Isnin, April 12
~ Dendam Kesumat Si Chauvinism ~
Sabtu, April 10
~Melayu Yang Mudah Diperalatkan~
~Kejadian Yang Semakin Melampau-lampau~
~NEGERI SEMBILAN Vs. KEDAH ~

Jumaat, April 9
~UKM Vs. UM~
~ Kisah Si AdukaTaruna~
Aduka Taruna…
Nama ini tiba-tiba menjadi popular. Kalau tidak silap ini adalah gabungan kepada nama dua watak utama di dalam filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Semerah Padi. Di dalam filem itu Aduka dan Taruna adalah sahabat baik yang ditugaskan untuk mentadbir kampung mereka. Klimaks filem itu ialah apabila Aduka terlanjur berzina dengan Dara tunangannya Taruna lalu dihukum..
Bagaimana dengan AdukaTaruna yang satu ini pula..?
Ramai yang baru mengenalinya termasuk saya. Kalau tidak kerana popularitinya yang naik mendadak rasanya tidak mungkin saya akan menjejakkan kaki ke terataknya. Berdasarkan entri-entri di blog beliau bolehlah kita katakan yang AdukaTaruna ini begitu kuat berpegang kepada ideologinya. Penyampaiannya ada gaya tersendiri walaupun kadangkala ada yang terkeluar dari norma kemanusiaan.
Dari apa yang beliau tulis dan ngomelkan di blognya kita dapat rasakan ada sesuatu yang mahu disampaikan berkenaan dengan sepak terajang politik negara ini tetapi mungkin kerana terlalu banyak bantahan di dalam fikirannya akhirnya tanpa sengaja AdukaTaruna telah menjerat dirinya sendiri. Benarlah sebagaimana nasihat Muslim Yasar :
“Berhati-hati ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu.Dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya keadaan tergelincir.
Itulah yang terjadi kepada AdukaTaruna. Atas rasa kebencian pada satu pihak beliau telah melukakan satu pihak lain dan akhirnya diheret ke muka pengadilan. Beliau telah terlanjur sebagaimana terlanjurnya Aduka menodai kesucian Dara. Perkara itu tidak boleh ditarik balik dan pihak yang dilukakan bukan golongan sebarangan . Jika Aduka telah dibuktikan kesalahannya lalu dihukum sebat maka bagaimana pula nasib AdukaTaruna?
Banyak respon yang dapat kita saksikan susulan kes AdukaTaruna ini. Ada yang bersimpati dan bukan sedikit yang mengeji dengan kenyataannya yang berani mati! Rasanya tak perlulah kita pula yang menjadi AdukaTaruna. Janganlah nanti kita pula yang terlanjur atas sebab keterlanjurannya yang tanpa sedar telah menghina Almarhum Sultan Johor. Ingat kata-kata Benjamin Franklin:
“Tiada siapa yang boleh terlepas daripada melakukan kesilapan. Akui kesilapan anda, kesalinya, dan belajar daripadanya”
Sebagai Rakyat Johor saya sudi memaafkan keterlanjuran AdukaTaruna tetapi mampukah undang-undang memaafkan beliau?
Tertarik juga dengan beberapa komen berkenaan isu ini yang mengatakan kita sepatutnya hanya mentaati Allah dan Rasul sahaja bagi menyatakan tindakan Adukataruna ini tidaklah keterlaluan. Wahai teman-teman yang menyokong komen ini ingatlah satu hadis sahih yang direkodkan oleh Bukhari :
“Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”
Itu seorang Yahudi, bagaimana pula dengan saudara seislam dengan kita yang juga merupakan seorang Pemimpin?
Tidak perlulah kita saling membantah sesama kita dek kerana seorang manusia yang menggelarkan dirinya AdukaTaruna ini. Beliau telah sedar akan kesalahan yang dilakukan dan sekarang sedang menanti apakah hukuman dunia yang akan dikenakan terhadap beliau. Nasihat untuk kita semua:
“Renungkan kesalahan sendiri sebelum anda tidur, dan kesalahan orang lain setelah terlena”(Peribahasa Cina)
credited to : Bro Nuaeman
Selasa, Mac 23
~ Tahniah Canselor UKM ~
Anugerah itu disampaikan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhamaad Fa'iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang mewakili Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hammad, dalam satu kenyataan berkata DKKelantan adalah peringkat tertinggi yang dianugerahkan atau dikurniakan kepada Raja-Raja Melayu atau sesiapa yang dirasakan layak oleh Sultan atau pun Pemerintah Negeri Kelantan. Katanya, penganugerahan DK Kelantan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini mencerminkan satu hubungan yang rapat di antara negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan hubungan yang rapat di antara dua institusi diraja khususnya.
Rombongan Tengku Bendahara Kelantan tiba di Istana Besar Seri Menanti dengan diiringi Tengku Seri Jaya, Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias.
Turut menyaksikan istiadat penganugerahan itu ialah ahli Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Razi Kail; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan: dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad. - Bernama
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), melalui Presiden, Saudara Hamzah berkata "Saya bagi pihak semua ahli-ahli PMUKM yang lain ingin menyampaikan sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir merangkap CANSELOR UKM di atas penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Semoga dengan penganugerahan ini, hubungan antara Negeri Sembilan dan Kelantan lebih erat, dan lebih rapat, dan pelbagai kerjasama, termasuk yang melibatkan universiti kebanggaan kita, Universiti Kebangsaan Malaysia dapat berjalan lancar dibawah naungan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM. Insya Allah."

Isnin, Mac 22
~ NPL Consultant~
Taklimat Program Pengurusan Kredit Pinjaman (Program PKP)
Dimaklumkan satu taklimat mengenai Pengurusan Kredit Pinjaman oleh NPL Consultant Sdn Bhd akan diadakan pada:
Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 1400-1700
Tempat : Dewan Kuliah 2, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan formula baru bagi membantu
mengutip semula hutang tertunggak dan meringankan beban yang ditanggung
oleh badan-badan pemberi pinjaman terutamanya PTPTN.
Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk menghadiri ke taklimat tersebut seperti yang tertera di atas. Anda dibenarkan masuk pada bila-bila masa, sepanjang program ini berlangsung kerana setiap slot yang diacarakan mempunyai pengisian yang berbeza.
Sekian, terima kasih.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang NPL Consultant di sini.
Khamis, Mac 18
~ Kebajikan Yang Perlu Dijaga ~
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
16/3/10, Selasa : Unit Kebajikan Pelajar (UKP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ke Klang, bagi melawat dan menziarah keluarga Allahyarhamah Azirah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Arwah yang merupakan mahasiswi Kolej Keris Mas, tahun 1, telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Disember 2009 akibat sakit buah pinggang. UKP yang diwakili oleh Puan Ruslinah telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sedikit bantuan kewangan untuk keluarga mangsa. Turut hadir sama ialah Exco Prasarana, Keselamatan, Dan Pengangkutan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Mohd Rasydan bin Mohd Rais, dan En. Anuar dari Unit Kenderaan, UKM.
Wakil dari UKM ini bertolak dari Pusanika, UKM pada jam 10.45 pagi, dan tiba di rumah arwah pada jam 11.30 tengahari. Setibanya di sana, mereka disambut oleh Cik Halimah, kakak kepada arwah. Pada waktu itu, ayah arwah, En. Zulkifli telah keluar bekerja, manakala ibunya, Pn. Suzana keluar menghadiri kelas mengaji Quran di rumah kawannya.

Menurut Cik Halimah, arwah telah kembali ke rahmatullah setelah sebulan setengah terlantar di hospital dalam keadaan koma. Menurutnya lagi, keadaan arwah mula kritikal semasa minggu ulangkaji Semester 1, sesi 09/10.
'Semasa arwah berada di rumah pada minggu ulangkaji, arwah tak boleh bangun. Kami ingat arwah terkena keracunan makanan, sebab pada waktu itu, arwah deman dan mengalami muntah-muntah. Selain itu, arwah juga kerap membuang air kecil.' ujar Cik Halimah. 'Kerana tak sanggup melihat kesusahan dan penderitaan arwah, kami berpakat untuk memanggil ambulan, dan membawa arwah ke Hospital Kuala Lumpur.' ujarnya lagi.

Difahamkan, arwah tidak menunjukkan simptom-simptom awal penghidap penyakit buah pinggang. Namun, setelah diagnosis dijalankan, keputusan menunjukkan terdapat komplikasi pada kedua-dua buah pinggang arwah. Segala usaha telah dilakukan oleh pihak hospital, termasuklah Dialisis. Tetapi, segala usaha tidak berhasil. Dan arwah kembali ke rahmatullah pada 11 Disember 2009.
Tujuan utama Pn. Ruslinah dari UKP, UKM hadir adalah untuk memberi sumbangan Tabung Khairat Kematian, yang berjumlah RM 2,500.00 kepada keluarga mangsa. Selain itu, UKP juga memohon keluarga arwah untuk ke pejabat UKP di Pusanika, UKM untuk mengisi borang insurans, dan laporan perubatan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan. Apabila ditanya mengenai status PTPTN, Pn. Ruslinah memberi jaminan bahawa pihaknya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Rasydan ketika dihubungi berkata, "Saya amat bersimpati terhadap keluarga mangsa. Saya juga baru dimaklumkan hal ini, oleh UKP. Seterusnya, kami merancang untuk menziarah keluarga mangsa dan cuba memberi bantuan sedaya upaya kami. Saya memohon kepada semua mahasiswa/i UKM untuk memaklumkan segala permasalahan mengenai kebajikan atau apa-apa sahaja, tak kisah sama ada dari segi kewangan atau tidak, terus kepada saya, PMUKM, atau UKP untuk kami mencari ruang-ruang yang boleh kami bantu untuk meringankan beban mahasiswa/i sekalian.'
Justeru, sesiapa yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi saudara Rasydan di talian 013-2509846, atau emelkan ke rasydanpmukm@gmail.com. Segala kerjasama, didahului dengan ucapan terima kasih.
Isnin, Mac 8
~ Pengambilan Sekretariat Prasarana, Keselamatan Dan Pengangkutan PMUKM ~
Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera.
Pengumuman penting :
Klik sini Untuk Besarkan.(p/s : Sesiapa yang berminat, nanti saya sediakan borang permohonan sukarelawan sekretariat. :) )
Sabtu, Februari 20
~ Lawak Politik ~
Assalamualaikum Dan Salam Persahabatan.
Setelah lama tidak bergelumang di arena penulisan (hampir setengah tahun), aku rasa terpanggil untuk berkongsi satu cerita tentang pemahaman politik oleh anak kecil. Kelakar sungguh. Jom kita lihat penangan dari si kecil. :)
Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia . Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?" Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?" Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri. Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?" Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?". Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab.
"Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik."
Buat rakan-rakan pembaca sekalian, untuk memberitahu sesuatu, beritahulah dengan jelas. Buat ibu bapa, jadilah contoh dan tauladan yang baik untuk anak-anak. :) Wallahualam.
Yang baik, kita sampaikan, yang buruk, kita sama betulkan. Insya Allah.
Assalamualaikum w.b.t, salam persahabatan, salam ukhwah.






