Rabu, Oktober 29

Gempa Bumi!

QUETTA: Angka kematian akibat gempa kuat di barat daya Pakistan semalam kini meningkat kepada 215 dan dijangka jumlah itu akan terus bertambah.

Menteri Wilayah, Zamarak Khan, berkata, setakat tengah malam tadi, jumlah korban yang dilaporkan kepadanya ialah 215 orang.

"Angka ini akan meningkat lagi selepas banyak keluarga masih dilaporkan hilang," katanya.

Simpati sangat-sangat kat orang-orang Pakistan ni.. Tapi, kalau dah bencana alam, dan takdir kita untuk ditimpa bencana alam, walau kita menyorok sekali pun, tetap kita akan kena.. Buat warga Pakistan, sabarlah menempuh dugaan dan cabaran.. Insya Allah, everything will be fine..

Sambil-sambil membaca ni, elok jugak kalo kita dapat berkongsi ilmu, tentang BAGAIMANA TERJADINYA GEMPA BUMI k?

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran skala Mercaili. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Ni antara tempat-tempat yng biasa berlakunya GEMPA BUMI.



Selasa, Oktober 28

Mimpi!

Jam menunjukkan jam 5.20 pagi, jam 5.00 pagi aku da terjaga.. mendapat satu petunjuk supaya berubah kot.. Aku bermimpi tadi aku dibunuh orang.. 3x mimpi benda yang same. dalam mase kurang dari 4 jam.. Sebab aku tdo tadi pn pukul 1.30 pagi.. Menurut tafsir mimpi dari http://istimewa2u.blogspot.com/2008/04/1001-rahsia-mimpi.html,


Jika anda bermimpi membunuh orang, bertanda akan keberuntungan besar, sedang anda dibunuh orang, bertanda kurang baik anda akan menjadi sakit-sakitan.


Maybe Allah na aku berubah kot.. Hmm.. Masih teringat bagaimana aku dibunuh dengan kejam.....

Balqis

Sambil menghadap nota Geologi Struktur, terdengar berkumandangnye lagu yang betul-betul menyentuh perasaan manusia bergelar LELAKI.. Terimbau kembali nyanyian Kumpulan Nasyid Ko-Kurikulum UKM membuat persembahan di Festival Seni UKM 2008, yang berlangsung di DECTAR, UKM pada 26hb Oktober.. Nyanyian oleh Fitri UNIC dan rakan-rakan yang lain ini amat hebat sehingga mendapat tepukan yang gemuruh dari warga DECTAR..

Lagu yang ku maksudkan ialah Balqis dendangan UNIC.. Lagu yang menceritakan seorang ratu di zaman Nabi Sulaiman A.S yang bernama Balqis.. Ratu Balqis ini merupakan seorang pemerintah yang mempunyai kecerdasan akal, dan kebijaksanaan yang tinggi. Lantaran, Balqis dipilih untuk mengepalai kerajaan Saba' menggantikan ayahandanya, Raja Hadhad Syarhabil.. Walaupun pernah di gulingkan oleh Raja Amr, Balqis berjaya menawan balik kerajaannya berkat kebijaksanaan yang dimiliki nya.. Balqis memimpin kerajaan nya dengan adil dan saksama.. Kerajaan nya menjadi terkenal di sekitar kawasan Eropah pada ketika itu.. Kemewahan dan kekayaan yang berlipat kali ganda dan mempunyai bala tentera yang begitu ramai.. Sayang sekali, apa yang disembah oleh kerajaan Balqis, adalah Sang Suria..

Lantas, apabila Hudhud milik Nabi Sulaiman A.S menyampaikan berita tentang kerajaan Balqis, Nabi Sulaiman A.S menghantar surat meminta Ratu Balqis memeluk Islam.. Setelah mendapat surat, Ratu Balqis membuat mesyuarat bersama-sama Pembesarnya.. Pembesar-pembesarnya mencadangkan agar berperang dengan kerajaan Sulaiman.. Akan tetapi, berkat kebijaksanaannya, Balqis menghantar hadiah terlebih dahulu kepada Nabi Sulaiman A.S dengan niat untuk melembutkan hatinya.. Namun, usahanya sia-sia kerana harta dan kekayaan Nabi Sulaiman A.S lebih hebat dari Kerajaan Saba'.. Nabi Sulaiman terkenal dengan mukjizatnya yang boleh berbicara dengan haiwan, memahami bahasa semut, dan mempunyai bala tentera yang terdiri dari Jin dan Manusia.. Angin sebagai kenderaannya, burung-burung sebagai tempat untuk berbicara.. Sungguh hebat Nabi Allah ini.. Masya Allah..

Setelah hadiahnya ditolak, Ratu Balqis mengarah bala tenteranya bersamanya ke Kerajaan Sulaiman untuk bertemu Nabi Sulaiman A.S.. Setelah mengetahui akan kehadiran Ratu Balqis, Nabi Sulaiman, memerintahkan Jin Ifrit untuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman dan melakukan perubahan agar Ratu Balqis tidak mengenalinya.. Apa yang diubahnya adalah kaca yang diletakkan sebagai lantai singgahsana Ratu Balqis itu..
Sampainya Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman, Ratu Balqis berjumpa Nabi Sulaiman A.S di singgahsana nya sendiri.. Bertanya Nabi Sulaiman A.S kepada Ratu Balqis, "Singgahsanamu kah ini?", menjawab soalan itu, Ratu Balqis menjawab, "Mungkin.".. Tahulah Nabi Sulaiman A.S., kebijaksanaan wanita bernama Balqis itu.. Hendak menjawab tidak, singgahsana itu seakan-akan singgahsananya, hendak menjawab YA, mustahil singgahsananya dipindahkan dalam masa yang singkat..

Terimbau kembali Ratu Balqis akan kisah seorang nabi yang mampu memindahkan singgahsana dalam masa yang sekejap, lantas Ratu Balqis akur akan perintah Allah dan memeluk Islam, lalu menjadi isteri yang taat kepada Nabi Sulaiman A.S..

BALQIS
UNIC

Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria

Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah mengubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya

Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya.

Download: UNIC-Balqis

Isnin, Oktober 27

Perbuatan Yang Melampau

Salam.. Semalam, merupakan hari yang agak malang bagi diri ini.. Gara-gara ingin bergurau, diri ini dimarah, semuanya atas kesalahan diri sendiri.. Tidak bermaksud untuk bertindak sedemikian, tetapi terbuat jua.. TIPS MENJAWAB EXAM.exe , sesuatu yang akan ku kenang sehingga akhir hayat, kerana ini lah membuat kawan-kawan ku menghempas laptopnye, menggangu mereka membuat assignment, dan tidak kurang membuat mereka menjerit dan menangis.. Program yang diperoleh dari kawan se YM, disebarkan kepada rakan-rakan YM yang lain tanpa memikirkan baik dan buruk tindakan tersebut.. Akibatnya, maki dan marah la membalas segalanya.. Ku mohon ampun dan maaf rakan-rakan sekalian.. Ampunilah rakan mu ini.. Insya Allah, tidak akan ku ulangi perbuatan sedemikian..

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri apakah TIPS MENJAWAB EXAM.exe ini, silalah download.. Pastikan diri anda bersedia fizikal dan mental untuk melihatnya..

Download - Tips Menjawab Exam.exe

Ahad, Oktober 26

Sang Pujangga

setelah selesai membaca satu chapter Geostruktur, tergerak di hatiku ingin menyampaikan kata-kata pujangga yang lahir dari hati yang gelap ini..

KELMARIN ADALAH KENANGAN,
HARI INI ADALAH PERJUANGAN,
ESOK, BUKANLAH SATU KEPASTIAN...

MENCINTAI BUKAN BERMAKNA MEMILIKI,
MEMILIKI BUKAN BERMAKNA MENAKLUKI,
KERANA SESUNGGUHNYA,
PERCINTAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN..

PERSAHABATAN YANG TELAH TERBINA IBARAT SEBUAH JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN DUA BENUA,
JAMBATAN AKAN KEKAL KUKUH SEANDAINYA DIBAIKI OLEH KEDUA-DUA PIHAK...

TIDAK DINAMAKAN HIDUP JIKA TIADA KEKUSUTAN,
TIDAK DINAMAKAN MATANG JIKA TIADA KEKALUTAN...

KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN SETAHUN, MAKA SEMAILAH BENIH,
KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN 10TAHUN, MAKA TANAMLAH POKOK,
KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN 100TAHUN, MAKA, DIDIKLAH MANUSIA...

~Diilhamkan secara fantasi~

Jumaat, Oktober 24

Tribute To Suffi

Salam Bestari..

Kali ni aku na kongsi citer ngan korang sume pasal perjuangan membe aku, Mohamad Suffi Kamari di Universiti Malaysia Pahang sehingga lah beliau di lantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang sesi 2008/2009. Beliau merupakan seorang pelajar yang begitu bersemangat memperjuangkan hak-hak pelajar. Seperti yang berlaku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, beliau secara lantang memperjuangkan hak pelajar untuk mendapatkan harga makanan yang murah. Semasa malam manifestasi calon, beliau telah memberi satu ucapan begitu bersemangat sehinggakan mendapat tepukan yang begitu gemuruh dari pelajar. Sesudah sahaja beliau berucap, tampak jelas ramai pelajar meninggalkan dewan.. Bolehla dikatakan yang beliau memang merupakan seorang yang mempunyai ketokohan dalam memimpin dan juga seorang yang berpengaruh. Di matrix juga, beliau ditawarkan untuk program kepimpinan ke Indonesia bersama sume pemimpin-pemimpin pelajar dari kolej matrikulasi. Beliau telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak atasan dengan baik. Beliau telah menjadi penghulu untuk kem Kokurikulum peringkat kolej atas dasar kepercayaan rakan-rakan yang telah melihat kredibiliti beliau sebagai pemimpin pelajar.

Di UMP, Suffi sekali lagi membawakan isu kenaikan harga makanan dan taraf hidup pelajar yang semakin meningkat. Manifesto beliau telah mendapat perhatian pelajar, lantas mendapat sokongan yang padu dari pelajar. Jelaslah pemikiran beliau sama seperti yang dikehendaki pelajar. Dan kali ni, beliau secara lantangnya memperjuangkan hak beliau dan pelajar-pelajar len dengan menyuarakan tindakan beliau dan rakan-rakan len untuk memboikot kafe sekiranya paras harga makanan tetap tinggi. Pada ketika itu, suasana amat kecoh dengan para pelajar sebulat suara menyokong apa yang dikatakan oleh YDP MMP UMP itu. Dengan perjuangan yang telah ditonjolkan oleh Suffi, aku percaya, harga makanan di UMP selepas ni, mesti turun. Buat pelajar UMP, sokonglah pemimpin korang itu. Susah na dapat pemimpin yang berjiwa rakyat ni. InsyaAllah UMP akan membuat perubahan di bawah pimpinan Mohamad Suffi Kamari.

Buat Suffi, perjuangkan la apa yang ko da janjikan. Insya Allah, ko boleh jadi Menteri, Perdana Menteri, pulak pas ni.. hehehe.. ganti la najib 2. Walaupun die orang Pekan, tapi pimpinan yang tak rasional, tak leh diikut.. betul tak? So, All The Best For You, and, Congratulations again.. My Support Will Always Be With You..









Suffi : Pemimpin Pelajar







"Dari Mata Turun Ke Tangan, Dari Tangan Turun Ke Hati, Dari Hati, Undilah SUFFI"




Gamba praktikum F1P1 semasa
Majlis Berbuka Puasa di rumah En. Subki.
Penganjur: En. Subki, Miss Sharliza, En. Faizal.

Geologi Struktur!!

Argh.. Tensennye aku study.. Nape la xleh masuk ape yang da dibace.. Dish2 (menumbuk-numbuk bantal).. Ari pulak tengah hujan.. syok gak kalo tido ni.. hehe.. Aku tengah study geostruktur bahagian Dr. Tajul Anuar Jamaluddin.. Menarik.. tp, kalo tak faham, nak menarik macam mane kan? Huhu.. Tajuk yang dibaca ialah Lipatan..

Ok, ni aku na citer sikit ape sebenarnye Lipatan ni.. Lipatan ni adalah bengkokkan atau fitur (feature) yang seakan-akan gelombang, pada batuan berlapis. Lipatan ni terbentuk melalui canggaan plastik/mulur (fleksible) di bawah pengaruh tegasan mampatan.. Perlipatan ni juga berlaku apabila batuan tertimbus pada kedalaman yang berkeadaan tekanan mengekang (confining pressure) dan suhu yang membolehkan berlakunya canggaan plastik/mulur.

Ni lah yang dinamakan LIPATAN.

Lipatan ini dinamakan LIPATAN ANTIKLIN (Lipatan yang melengkung ke atas)

Gambar ni menunjukkan ada 2 bentuk lipatan iaitu:
  • Lipatan Antiklin : Lengkungan ke atas
  • Lipatan Sinklin : Lengkungan ke bawah
Ni merupakan lipatan yang basic bagi student-student geologi, dan juga Geologist. Cukuplah setakat ni dulu pengenalan bidang Geologi untuk korang. Hehe.. Kalo na tambahan, boleh request kat Prof. Mohd Rasydan Mohd Rais. Hehe..

Salam perpaduan..

(p/s: Biasanya kat kawasan Lipatan ni la tersimpannya Minyak dan Gas Deposits.)




Rabu, Oktober 22

Wanita

Tadi layan lagu nasyid, tbe2 rse cm feeling plak layan lagu ni.. Lagu yang ditujukan khas untuk kaum Hawa.. Buat kaum Hawa, amik pedoman dari lagu ni.. Lagu dari Kumpulan De Hearty
bertajuk, Wanita..

WANITA
De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Download: De Hearty - Wanita (Piano Version)

Jenis-jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca post kali ini.

#1 - Jenis habis madu sepah dibuang
Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

#2 - Jenis bagi betis nak peha
Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

#3 - Jenis manis mulut di bibir
Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.


#4 - Jenis lembut gigi dari lidah
Lelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.

#5 - Jenis tikam dari belakang
Tikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?

Mewujudkan Pertengkaran Yang Lembut

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Disini, saya ingin berkongsi tips bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.


Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Cinta Adalah Satu Anugerah Yang Suci

Isnin, Oktober 20

Cinta Yang Semakin HAMBAR!!


Di awal-awal cinta, segala nya tampak sempurna. Segala kesilapan yang berlaku, senang untuk dimaafkan. Namun, usia percintaan yang matang, akan membuatkan perhubungan cinta pasangan yang pada mulanya merupakan pasangan Ideal, GOYANG. Pelbagai masalah yang menimpa kini, akan mencetuskan perbalahan. Hati semakin bingung dengan situasi ini. Na clash, dalam hati masih ada sayang, cinta dan rindu, kalau na diteruskan, nanti ada pulak yang merana dan berduka. Tapi, seperti yang dijanjikan YANG ESA, setiap masalah ada penyelesaiannya, tetapi, kite hendaklah terlebih dahulu mengetahui Sebab-Sebab, Punca yang menjadikan percintaan kita, HAMBAR...


1. Bosan
-terjadi nye kerana, aktiviti yang dilakukan sama sahaja stiap kali berjumpa. Untuk menghindari rase bosan, ambillah inisiatif melancong atau merelaxkan pale otak yang berserabut ke tempat-tempat yang nyaman, aman, dan damai.

2. Tidak jujur
-Di awal percintaan, kerana na sgt jaga hati pasangan masing-masing, sume perkara dirahsiakan.. takut sgt pasangan kecik hati.. tapi, sampai ble bleh perasaan tu disimpan.. lme-lme akn meletup gak, lagi teruk dari jujur di awal percintaan..

3. Tidak bertolak ansur
- da lame bercinta, sume benda da xbleh bertolak ansur.. sampai na pilih tmpt makan pn bleh mencetuskan Perang Dunia Ke3.. kalo la bleh bertolak ansur cm mula-mula couple dlu, mesti xde masalah..

4. Selalu mengungkit
- benda bese terjadi, kalo xdpat benda yang dia na, mule la na ungkit-ungkit benda yang die da bagi.. xtaula smpi ble ungkit-mengungkit ni terjadi.. rsenye, kalo da slalu sgt ungkit-mengungkit ni, senang-senang je ditinggalkan nanti..

5. Cemburu sangat-sangat
-cemburu tahap dewa ni lgla susah.. sampai na berkawan pn xleh.. sume detail dalam henset pn die check.. aish.. cmno ni?? cube-cubela kawal emosi n sifat cemburu tu.. k?


~LUAHAN HATI SEORANG INSAN~


 
blogspot counter