Ahad, November 9

.:Akhirnya!:.

Alhamdulillah. akhirnya aku berjaya gak siapkan report Geologi Struktur: Kerjalapangan di Lokaliti 3, Temerloh. Berkat usaha berterusan sampai tak tido malam semalam, siap gak report tu jam 11 tadi. Seksa nak wat benda tu. Da la ngan data takde nye, terpakselah aku adjust data-data orang lain supaya tak same. Kalo same, nampak sangat la mengopy (ada ke perkataan ini??) data orang lain.

Kini, hanya tinggal satu je keje lagi sebelum aku balik ke rumah. Siapkan unjuran dan plot kutub batuan kat makmal. Sib bek sume batuan aku da lukis. Na wat benda tu je sket. Pastu, aku nak balik ke rumahku syurgaku. Hehe.

Post ntah pape je sekarang. Otak tengah biol. Huhu.. :(



RUMAHKU SYURGAKU

Sabtu, November 8

.:Apa Nak Jadi!:.

Hm.. Hari ni dah masuk hari Ahad. Aku masih lagi di kolej tercinta, Kolej Aminuddin Baki. Jam menunjukkan jam 2.42 pagi. Aku masih lagi di meja study untuk membuat report Kerjalapangan di Temerloh yang perlu dihantar pada hari Isnin ni.

Banyak sungguh kerjanya. Ketua kumpulan ku, Kakashi meminta kami sekumpulan segera menyiapkan report itu sebelum Zohor. Tegas sungguh ketua ku itu. Hehe.

Apa-apa pun. Aku perlu teruskan perjuangan pada malam ini. Semoga aku berjaya.

GUDLUCK RASYDAN!! U CAN DO IT!!

Rabu, November 5

Ketenangan Itu Penting!

Ketenangan amat diperlukan ketika kita didalam keadaan tertekan. Ikuti kisah seorang guru dan anak muridnya, dan ambillah pengajaran yang berguna. Semoga anda berada dalam keadaan tenang sentiasa. :)

KISAHNYA
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"
Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."


Tenang tak sekarang??
hehe..
buat gaya ni untuk ketenangan jiwa anda...


1)


2)


3)



4)



Semoga anda tenang! :p

Selasa, November 4

Tribute To Mama!

Tanggal 11 Ogos 1961, lahirlah seorang insan yang amat ku sayang, ku cinta, dan ku sanjung setiap masa. Insan ini telah mengajar, mendidik, mengasuh, menyayang, mencinta aku sepenuh jiwa raga nya. Insan yang diberi nama Noorjihan ini telah banyak menabur kasih sayang yang tak terhingga kepada ku, adik beradik ku, dan sepupu-sepupuku. Ya, insan yang ku maksudkan ini adalah Ibu ku, dan kami, sekeluarga memanggilnya, MAMA..

Aku baru pulang dari rumah ku di Pekan, Pahang. Sepanjang cuti selama 5 hari, aku merasakan aku telah banyak menyusahkan mama. Segala makan minum, dan duit perbelanjaan ku, masih lagi mama tanggung. Walaupun banyak kali ku menolak, tapi, mama tetap menghulur dan meminta ku untuk menerima.

Mama ku seorang yang tabah. Kini, di rumah, mamalah yang menguruskan segala. Dari mengemas rumah, mencuci kain, sehinggalah menghantar dan menjemput adik-adikku dari sekolah. Semuanya bermula dari Raya ke-5. Tanggal 5 Oktober 2008, ayah yang ku sayang dan ku cinta telah ditimpa strok. Alhamdulillah, strok yang menimpa ayah tidak menyebabkan ayah lumpuh. Itu sudah cukup untuk kami bersyukur. Namun, segala ingatan ayah pada awalnya, hilang. Ayah tidak mengenal mama, isterinya yang telah bersamanya selama 27 tahun. Kami, anak-anaknya juga tidak ayah kenal. Namun, atas usaha mama membantu ayah mengingat kembali segala-gala nya, kini ingatan ayah semakin pulih. Ayah telah mengenali anak-anaknya, adik-beradiknya, ipar-iparnya, dan kebanyakan orang sekelilingnya. Namun, vocab ayah banyak yang telah hilang. Benda-benda banyak yang ayah lupa. Hendak bercakap sesuatu, ayah termenung dulu, sehinggalah mama yang telah memahami ayah, menyebut perkataan yang ingin ayah katakan.

Sejak rabu lepas, ayah diserang infection di kakinya. Kaki ayah bengkak. Sukar untuk ayah berjalan. Sejak hari itu la, mama mengurus segalanya. Mama jugalah menjadi nurse ayah di rumah. Segala ubat-ubat ayah, mama uruskan. Sudahlah sibuk mengajar di sekolah seharian. Balik saja ke rumah, mama melakukan kerja rumah pula. Sebelum ini, semasa ayah sihat, ayah membantu mama dari segi kerja rumah. Mencuci pakaian, menjemur, melipat kain, semuanya ayah lakukan. Malah, kadangkala ayah juga memasak untuk adik-adik yang berada di rumah. Kini, segalanya mama yang lakukan. Mama sangat tabah.

Bil-bil yang tertunggak mencecah RM1000. Semuanya mama langsaikan semalam. Walaupun sudah seribu habis, mama tetap memberi wang saku untuk aku. Menitis airmata ku ketika itu. Begitu besar pengorbanan mama kepada ku.

Sebelum pulang tadi, aku mencium pipi ayah, menasihati ayah supaya menjaga diri, dan berehat secukupnya. Ketika melangkah keluar dari rumah, airmata ku menitis lagi. Tidak ku sangka, keadaan yang sebelum ni elok, telah menjadi sebaliknya. Terlintas di fikiran untuk ku berhenti belajar. Menjaga ayah di rumah. Tapi, aku takut untuk bersuara. Bimbang mama berasa kecewa.
Aku kasihankan mama membuat segalanya di rumah. InsyaAllah, setiap kali cuti, akan aku membantu mama di rumah.

Mama

Meskipun dirimu manusia biasa
bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah lelah
membimbingku

Mama, maafkanlah aku
yang dulu sering tidak memahamimu
yang kadang meremehkanmu

Mama engkaulah segalanya bagi ku
tak pernah terlambat memberi kedamaian
semoga kau bahagia selalu
semoga aku dapat membahagiakanmu

Mama, aku amat mencintai mu,
aku amat menyayangi mu,
terimalah doa iringan kesejahteraan,
dari anakmu yang jauh.

I LOVE YOU MAMA!!


Mama

Rabu, Oktober 29

Gempa Bumi!

QUETTA: Angka kematian akibat gempa kuat di barat daya Pakistan semalam kini meningkat kepada 215 dan dijangka jumlah itu akan terus bertambah.

Menteri Wilayah, Zamarak Khan, berkata, setakat tengah malam tadi, jumlah korban yang dilaporkan kepadanya ialah 215 orang.

"Angka ini akan meningkat lagi selepas banyak keluarga masih dilaporkan hilang," katanya.

Simpati sangat-sangat kat orang-orang Pakistan ni.. Tapi, kalau dah bencana alam, dan takdir kita untuk ditimpa bencana alam, walau kita menyorok sekali pun, tetap kita akan kena.. Buat warga Pakistan, sabarlah menempuh dugaan dan cabaran.. Insya Allah, everything will be fine..

Sambil-sambil membaca ni, elok jugak kalo kita dapat berkongsi ilmu, tentang BAGAIMANA TERJADINYA GEMPA BUMI k?

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran skala Mercaili. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.

Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Ni antara tempat-tempat yng biasa berlakunya GEMPA BUMI.



Selasa, Oktober 28

Mimpi!

Jam menunjukkan jam 5.20 pagi, jam 5.00 pagi aku da terjaga.. mendapat satu petunjuk supaya berubah kot.. Aku bermimpi tadi aku dibunuh orang.. 3x mimpi benda yang same. dalam mase kurang dari 4 jam.. Sebab aku tdo tadi pn pukul 1.30 pagi.. Menurut tafsir mimpi dari http://istimewa2u.blogspot.com/2008/04/1001-rahsia-mimpi.html,


Jika anda bermimpi membunuh orang, bertanda akan keberuntungan besar, sedang anda dibunuh orang, bertanda kurang baik anda akan menjadi sakit-sakitan.


Maybe Allah na aku berubah kot.. Hmm.. Masih teringat bagaimana aku dibunuh dengan kejam.....

Balqis

Sambil menghadap nota Geologi Struktur, terdengar berkumandangnye lagu yang betul-betul menyentuh perasaan manusia bergelar LELAKI.. Terimbau kembali nyanyian Kumpulan Nasyid Ko-Kurikulum UKM membuat persembahan di Festival Seni UKM 2008, yang berlangsung di DECTAR, UKM pada 26hb Oktober.. Nyanyian oleh Fitri UNIC dan rakan-rakan yang lain ini amat hebat sehingga mendapat tepukan yang gemuruh dari warga DECTAR..

Lagu yang ku maksudkan ialah Balqis dendangan UNIC.. Lagu yang menceritakan seorang ratu di zaman Nabi Sulaiman A.S yang bernama Balqis.. Ratu Balqis ini merupakan seorang pemerintah yang mempunyai kecerdasan akal, dan kebijaksanaan yang tinggi. Lantaran, Balqis dipilih untuk mengepalai kerajaan Saba' menggantikan ayahandanya, Raja Hadhad Syarhabil.. Walaupun pernah di gulingkan oleh Raja Amr, Balqis berjaya menawan balik kerajaannya berkat kebijaksanaan yang dimiliki nya.. Balqis memimpin kerajaan nya dengan adil dan saksama.. Kerajaan nya menjadi terkenal di sekitar kawasan Eropah pada ketika itu.. Kemewahan dan kekayaan yang berlipat kali ganda dan mempunyai bala tentera yang begitu ramai.. Sayang sekali, apa yang disembah oleh kerajaan Balqis, adalah Sang Suria..

Lantas, apabila Hudhud milik Nabi Sulaiman A.S menyampaikan berita tentang kerajaan Balqis, Nabi Sulaiman A.S menghantar surat meminta Ratu Balqis memeluk Islam.. Setelah mendapat surat, Ratu Balqis membuat mesyuarat bersama-sama Pembesarnya.. Pembesar-pembesarnya mencadangkan agar berperang dengan kerajaan Sulaiman.. Akan tetapi, berkat kebijaksanaannya, Balqis menghantar hadiah terlebih dahulu kepada Nabi Sulaiman A.S dengan niat untuk melembutkan hatinya.. Namun, usahanya sia-sia kerana harta dan kekayaan Nabi Sulaiman A.S lebih hebat dari Kerajaan Saba'.. Nabi Sulaiman terkenal dengan mukjizatnya yang boleh berbicara dengan haiwan, memahami bahasa semut, dan mempunyai bala tentera yang terdiri dari Jin dan Manusia.. Angin sebagai kenderaannya, burung-burung sebagai tempat untuk berbicara.. Sungguh hebat Nabi Allah ini.. Masya Allah..

Setelah hadiahnya ditolak, Ratu Balqis mengarah bala tenteranya bersamanya ke Kerajaan Sulaiman untuk bertemu Nabi Sulaiman A.S.. Setelah mengetahui akan kehadiran Ratu Balqis, Nabi Sulaiman, memerintahkan Jin Ifrit untuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman dan melakukan perubahan agar Ratu Balqis tidak mengenalinya.. Apa yang diubahnya adalah kaca yang diletakkan sebagai lantai singgahsana Ratu Balqis itu..
Sampainya Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman, Ratu Balqis berjumpa Nabi Sulaiman A.S di singgahsana nya sendiri.. Bertanya Nabi Sulaiman A.S kepada Ratu Balqis, "Singgahsanamu kah ini?", menjawab soalan itu, Ratu Balqis menjawab, "Mungkin.".. Tahulah Nabi Sulaiman A.S., kebijaksanaan wanita bernama Balqis itu.. Hendak menjawab tidak, singgahsana itu seakan-akan singgahsananya, hendak menjawab YA, mustahil singgahsananya dipindahkan dalam masa yang singkat..

Terimbau kembali Ratu Balqis akan kisah seorang nabi yang mampu memindahkan singgahsana dalam masa yang sekejap, lantas Ratu Balqis akur akan perintah Allah dan memeluk Islam, lalu menjadi isteri yang taat kepada Nabi Sulaiman A.S..

BALQIS
UNIC

Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria

Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah mengubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya

Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya.

Download: UNIC-Balqis

Isnin, Oktober 27

Perbuatan Yang Melampau

Salam.. Semalam, merupakan hari yang agak malang bagi diri ini.. Gara-gara ingin bergurau, diri ini dimarah, semuanya atas kesalahan diri sendiri.. Tidak bermaksud untuk bertindak sedemikian, tetapi terbuat jua.. TIPS MENJAWAB EXAM.exe , sesuatu yang akan ku kenang sehingga akhir hayat, kerana ini lah membuat kawan-kawan ku menghempas laptopnye, menggangu mereka membuat assignment, dan tidak kurang membuat mereka menjerit dan menangis.. Program yang diperoleh dari kawan se YM, disebarkan kepada rakan-rakan YM yang lain tanpa memikirkan baik dan buruk tindakan tersebut.. Akibatnya, maki dan marah la membalas segalanya.. Ku mohon ampun dan maaf rakan-rakan sekalian.. Ampunilah rakan mu ini.. Insya Allah, tidak akan ku ulangi perbuatan sedemikian..

Bagi mereka yang ingin melihat sendiri apakah TIPS MENJAWAB EXAM.exe ini, silalah download.. Pastikan diri anda bersedia fizikal dan mental untuk melihatnya..

Download - Tips Menjawab Exam.exe

Ahad, Oktober 26

Sang Pujangga

setelah selesai membaca satu chapter Geostruktur, tergerak di hatiku ingin menyampaikan kata-kata pujangga yang lahir dari hati yang gelap ini..

KELMARIN ADALAH KENANGAN,
HARI INI ADALAH PERJUANGAN,
ESOK, BUKANLAH SATU KEPASTIAN...

MENCINTAI BUKAN BERMAKNA MEMILIKI,
MEMILIKI BUKAN BERMAKNA MENAKLUKI,
KERANA SESUNGGUHNYA,
PERCINTAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN..

PERSAHABATAN YANG TELAH TERBINA IBARAT SEBUAH JAMBATAN YANG MENGHUBUNGKAN DUA BENUA,
JAMBATAN AKAN KEKAL KUKUH SEANDAINYA DIBAIKI OLEH KEDUA-DUA PIHAK...

TIDAK DINAMAKAN HIDUP JIKA TIADA KEKUSUTAN,
TIDAK DINAMAKAN MATANG JIKA TIADA KEKALUTAN...

KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN SETAHUN, MAKA SEMAILAH BENIH,
KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN 10TAHUN, MAKA TANAMLAH POKOK,
KALAU INGINKAN KESEJAHTERAAN 100TAHUN, MAKA, DIDIKLAH MANUSIA...

~Diilhamkan secara fantasi~

Jumaat, Oktober 24

Tribute To Suffi

Salam Bestari..

Kali ni aku na kongsi citer ngan korang sume pasal perjuangan membe aku, Mohamad Suffi Kamari di Universiti Malaysia Pahang sehingga lah beliau di lantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang sesi 2008/2009. Beliau merupakan seorang pelajar yang begitu bersemangat memperjuangkan hak-hak pelajar. Seperti yang berlaku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, beliau secara lantang memperjuangkan hak pelajar untuk mendapatkan harga makanan yang murah. Semasa malam manifestasi calon, beliau telah memberi satu ucapan begitu bersemangat sehinggakan mendapat tepukan yang begitu gemuruh dari pelajar. Sesudah sahaja beliau berucap, tampak jelas ramai pelajar meninggalkan dewan.. Bolehla dikatakan yang beliau memang merupakan seorang yang mempunyai ketokohan dalam memimpin dan juga seorang yang berpengaruh. Di matrix juga, beliau ditawarkan untuk program kepimpinan ke Indonesia bersama sume pemimpin-pemimpin pelajar dari kolej matrikulasi. Beliau telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak atasan dengan baik. Beliau telah menjadi penghulu untuk kem Kokurikulum peringkat kolej atas dasar kepercayaan rakan-rakan yang telah melihat kredibiliti beliau sebagai pemimpin pelajar.

Di UMP, Suffi sekali lagi membawakan isu kenaikan harga makanan dan taraf hidup pelajar yang semakin meningkat. Manifesto beliau telah mendapat perhatian pelajar, lantas mendapat sokongan yang padu dari pelajar. Jelaslah pemikiran beliau sama seperti yang dikehendaki pelajar. Dan kali ni, beliau secara lantangnya memperjuangkan hak beliau dan pelajar-pelajar len dengan menyuarakan tindakan beliau dan rakan-rakan len untuk memboikot kafe sekiranya paras harga makanan tetap tinggi. Pada ketika itu, suasana amat kecoh dengan para pelajar sebulat suara menyokong apa yang dikatakan oleh YDP MMP UMP itu. Dengan perjuangan yang telah ditonjolkan oleh Suffi, aku percaya, harga makanan di UMP selepas ni, mesti turun. Buat pelajar UMP, sokonglah pemimpin korang itu. Susah na dapat pemimpin yang berjiwa rakyat ni. InsyaAllah UMP akan membuat perubahan di bawah pimpinan Mohamad Suffi Kamari.

Buat Suffi, perjuangkan la apa yang ko da janjikan. Insya Allah, ko boleh jadi Menteri, Perdana Menteri, pulak pas ni.. hehehe.. ganti la najib 2. Walaupun die orang Pekan, tapi pimpinan yang tak rasional, tak leh diikut.. betul tak? So, All The Best For You, and, Congratulations again.. My Support Will Always Be With You..









Suffi : Pemimpin Pelajar







"Dari Mata Turun Ke Tangan, Dari Tangan Turun Ke Hati, Dari Hati, Undilah SUFFI"




Gamba praktikum F1P1 semasa
Majlis Berbuka Puasa di rumah En. Subki.
Penganjur: En. Subki, Miss Sharliza, En. Faizal.

Geologi Struktur!!

Argh.. Tensennye aku study.. Nape la xleh masuk ape yang da dibace.. Dish2 (menumbuk-numbuk bantal).. Ari pulak tengah hujan.. syok gak kalo tido ni.. hehe.. Aku tengah study geostruktur bahagian Dr. Tajul Anuar Jamaluddin.. Menarik.. tp, kalo tak faham, nak menarik macam mane kan? Huhu.. Tajuk yang dibaca ialah Lipatan..

Ok, ni aku na citer sikit ape sebenarnye Lipatan ni.. Lipatan ni adalah bengkokkan atau fitur (feature) yang seakan-akan gelombang, pada batuan berlapis. Lipatan ni terbentuk melalui canggaan plastik/mulur (fleksible) di bawah pengaruh tegasan mampatan.. Perlipatan ni juga berlaku apabila batuan tertimbus pada kedalaman yang berkeadaan tekanan mengekang (confining pressure) dan suhu yang membolehkan berlakunya canggaan plastik/mulur.

Ni lah yang dinamakan LIPATAN.

Lipatan ini dinamakan LIPATAN ANTIKLIN (Lipatan yang melengkung ke atas)

Gambar ni menunjukkan ada 2 bentuk lipatan iaitu:
  • Lipatan Antiklin : Lengkungan ke atas
  • Lipatan Sinklin : Lengkungan ke bawah
Ni merupakan lipatan yang basic bagi student-student geologi, dan juga Geologist. Cukuplah setakat ni dulu pengenalan bidang Geologi untuk korang. Hehe.. Kalo na tambahan, boleh request kat Prof. Mohd Rasydan Mohd Rais. Hehe..

Salam perpaduan..

(p/s: Biasanya kat kawasan Lipatan ni la tersimpannya Minyak dan Gas Deposits.)




 
blogspot counter