Jumaat, Jun 12

~ Bukit Besi : Di Sini, Projek Ku Berakhir ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Hai semua. Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, dari pagi hingga petang, aku melakukan 'site survey' di Library Geology, di bangunan Geologi, FST. Bermula dari pagi, kami (aku dan Alexster) berjumpa penyelia kami, Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, di kolejnya, iaitu Kolej Burhanuddin Helmi, memandangkan beliau agak sibuk untuk menguruskan kolejnya yang bakal menerima pelajar-pelajar kemasukan baru di UKM, pada 28 Jun ini. Setelah kira-kira sejam setengah menunggu, barulah kami dapat berjumpa Dr. Kadderi.

Setelah berbincang kira-kira sejam, hasilnya, kami terpaksa membuat site survey terlebih dahulu, sebelum memulakan segala langkah yang lain, termasuklah mencerap di lapangan. Bagiku, tajuk yang ku dapat ini, agak menarik. Dan, kawasan sekitar tempat kajian ku, pernah kami teroka satu ketika dahulu, dan tiada masalah untuk ku ke sana semula.

Setelah selesai Solat Jumaat, dan makan tengah hari, aku dan Alexster, ke Perpustakaan Geologi, untuk mencari sedikit sumber rujukan dan sumber-sumber berkaitan tajuk projek kami. Aku dan Alexster, mendapat tajuk yang berbeza, namun, matlamat kami tetap sama, iaitu, berkonsepkan GEOSAINS PELANCONGAN! Satu yang baru yang perlu kami teroka untuk kemajuan negara. :)

Setelah mencari sumber hampir 2 jam, aku berhenti untuk berehat. Untuk hari ini, objektif ku tercapai, iaitu membuat tinjauan bentuk muka bumi kawasan kajian ku, dan beberapa lokasi-lokasi penting yang berpotensi untuk dimajukan untuk Geosains Pelancongan ini. Namun, ini barulah analisis awal, dan gerak kerja pertama untuk ku mengenal kawasan kajian, sebelum aku menghadapi kenyataan-kenyataan dan idea-idea baru berkonsepkan Geosains Pelancongan ini.

Insya Allah, minggu depan, aku akan menyemak secara terperinci kawasan kajian ku ini, dan mempelajari teknik dan kaedah-kaedah asas untuk mengenal bentuk muka bumi yang lebih terperinci melalui GIS (Geographic Information System), bersama tenaga pengajarku dari Yaman, yang juga pelajar Ijazah Kedoktoran Geologi, UKM.

Sekian sahaja dariku, di sini, aku 'upload'kan 2 gambar, lokasi kajian ku, di Bukit Besi, Terengganu.

Terengganu (klik sini untuk besarkan..)

Kawasan kajian ku : Bukit Besi
(klik sini untuk besarkan..)

Selasa, Jun 9

~ Award Dari CaPiQa ~

blogger-emoticon.blogspot.com


Thanx a lot CaPiQa!
blogger-emoticon.blogspot.com

~ Setelah 4 Minggu Menyepi ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Salam. Setelah 4 minggu meninggalkan arena blog, baru kini, setelah segalanya selesai, barulah aku dapat meluangkan masa untuk mengupdate blog. Bermula dengan pemergianku selama 2 minggu fieldwork di Kuala Krai, Kelantan, dan Bukit Keluang, Terengganu, seminggu penulisan laporan di Bangunan Geologi, UKM, sehinggalah pernikahan dan majlis perkahwinan abangku, Mohd Rafiuddin b. Mohd Rais, dengan isterinya, Siti Nor Suriani bt. Mohd Sukri pada 6.6.9 bersamaan hari Sabtu lalu.

Walaupun sudah 2 minggu ku bercuti di rumah, tetapi, hatiku masih lagi di UKM, dengan otak yang selalu memikirkan Latihan Ilmiah yang terpaksa aku lakukan sendirian bermula semester depan. Aku masih lagi tidak bersedia untuk menghadapi tahun akhir. Dengan keputusan peperiksaan yang tak seberapa, aku tak yakin untuk berdepan dengan alam pekerjaan. Walaupun hati, teringin amat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana, tetapi, berbekalkan keputusan yang tak seberapa, ku tak mampu untuk berdepan realiti. Sesungguhnya, aku takut.

Sedikit cerita semasa fieldwork selama 2 minggu di Kelantan dan Terengganu. Cerita tentang fieldwork ini terlalu banyak, sukar untuk diceritakan di blog ini. Tetapi, apa yang aku dan rakan-rakan tempuhi selama seminggu di Kuala Krai, Kelantan, memang begitu membosankan. Kami, terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A terpaksa menetap di khemah selama 3 hari, sedangkan Kumpulan B menetap di hotel yang 'mewah dan indah' selama 3 hari, dan bertukar pada hari ke-4. Semasa berpecah ini, kami rasakan kekurangan yang berlaku akibat perpecahan ini. Semuanya tidak menarik dan membosankan. Datangnya perasaan yang tak puas dan selesa dengan keadaan sebegini. Benarlah. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun hampir seminggu tidak berjumpa, datanglah perasaan rindu kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakan yang rapat. Rakan-rakan yang sering berada di samping sewaktu di UKM.

Apabila diadakan majlis makan malam di khemah, ketika itu malam ke 5 kami disana, pertemuan pertama selepas 5 hari tidak berjumpa, kami berborak sakan. Sehinggakan, masa 3 jam yang ditempoh bersama, dirasakan sekejap sahaja berlalu, seolah-olah 30 minit sahaja. Namun, kami semua gembira dengan majlis tersebut.

Hari-hari yang berlalu selepas itu, kami tempuh dengan kumpulan masing-masing. Mujurlah hanya tinggal 2 hari sahaja di Kuala Krai. Jika kami terpaksa berpecah selama sebulan atau lebih, tak tahulah bagaimana perasaan kami ketika itu. Seminggu di Kuala Krai, berlalu tanpa banyak insiden-insiden menarik. Dan, waktu malam ku juga tak semeriah di Bukit Keluang. Seminggu di Bukit Keluang, aku rasakan sangat gembira sehinggakan tidak sanggup untuk pulang ke UKM, untuk penulisan laporan. Seminggu di Bukit Keluang, menjadikan kami semakin rapat. Dengan masakan yang dimasak bersama, minuman dikongsi bersama, sama-sama membakar, menggoreng ikan, masak Maggi, dan segalanya bersama, aku rasakan hubunganku dengan hampir semua semakin rapat. Kecuali sesetengahnya yang ku langsung tidak tegur.

Di kala petang, kami bersama bermain bola sepak pantai. Yazid sangat berbangga dengan kehebatannya bermain bola. Buat julungnya Yazid bermain bola, tetapi, purata jaringannya satu gol setiap hari. Hebat! Yang lain juga tak kurang hebatnya. Semuanya berbakat belaka. Sungguh seronok waktu itu. Andai waktu itu berulang semula, sudah pasti semua akan gembira. Di Bukit Keluang juga, kamera digital ku rosak dek kerana air laut. Apakan daya, tiada rezeki. Akan ku hantar ke kedai kamera untuk membaikinya semula. InsyaAllah. Seminggu di Bukit Keluang berjalan lancar walaupun ada kalanya semuanya tak seperti yang dikehendaki, namun kuasaNya yang menentukan segalanya. Kita merancang, tetapi, Dialah penentu segalanya. Cukuplah ku kira setakat ini, aku bercoret. Ku upload sedikit gambar untuk tatapan bersama. Saksikan.

blogger-emoticon.blogspot.com


Lelaki-Lelaki Kacak

K.A.M.I

Ahad, Mei 10

~ Untuk Ibuku ~

:hi:



Aku Sayang + Cinta + Rindu ibuku sangat-sangat. Tak terlupa, ayah dan kaum keluarga ku di Pahang. Rinduku pada kalian membuak-buak. 3 minggu lagi InsyaAllah aku akn pulang

Sabtu, Mei 9

~ Selamat Hari Ibu ~

:hi:




Siapalah aku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Aku tidak pernah kecewa
Kata-katamu umpama mutiara
Terselit kata-kata berhikmat
Terselindung secebis kasih seorang Ibu
Terhadap anaknya
Ku pasti
Setiap nasihat itu adalah hanya untuk kebaikan diriku
Yang mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu.
Aku telah banyak berdosa padamu
Tidak mampu aku balas jasa baktimu
Umpama pepasir di pantai
Dan buih di lautan

Ibuku.
Ibu yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Ibu yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Ibu yang tidak henti mendengar luahanku
Ibu yang senantiasa menatap wajahku yang hina ini
Dari dahulu hingga kini.

Sempena Hari Ibu,
Aku memanjatkan doa pada Yang Esa
Agar ibuku dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.

Ibuku,
Aku sangat sayang padamu
Aku sangat cinta dirimu
Tanpamu duniaku gelap
Tanpamu aku hilang dari realiti
Tanpamu hidupku terabai

Ibu,
Moga ibu senantiasa dipeliharaNya
Moga kesihatan ibu sentiasa sihat
Moga ibu sentiasa ceria
Sedarilah ibuku.
AKU CINTA PADAMU!

~Rasydan~
Dedicated to : Pn. Noorjihan Bt. Mohd Yusof, Pekan, Pahang.

~ Tag ~

:hi:
Tag kali ini datangnya dari 3 orang sahabat Geologiku, Basir, Epen, dan Amal. Seperti yang dijanjikan, aku akan selesaikan sebelum aku berfieldwork. Berikut merupakan hasil tag yang telah ku jawab.





1.
Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2.
Link/ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda


Basir :
  • Seorang yang rapat dengan ku.
  • Satu Matrikulasi dengan ku di KMNS.
  • Selalu bermain bola @ futsal bersama.
  • Sahabat baik ku.
  • Senang dirapati.
  • Seorang yang kelakar.
  • Suke meluahkan ketidakpuasan hati.
  • Ada motor.
  • Ada awek bak kata beliau.
  • Satu course dengan ku.
  • Peminat Arsenal.
  • Roomate Chepot.
Epen :
  • Coursemate ku.
  • Sahabat baik ku.
  • Suka membantu ku.
  • Membuat lapangan bersama-sama sewaktu Teknik Lapangan I.
  • Seorang yang tabah.
  • Ceria.
  • Suke mencari pasal.
  • Ada blog.
  • Peminat MU.
  • Seorang yang berwawasan.
  • Rajin.
  • Mahir dalam designing.
  • Kreatif.
Amal :
  • Sempoi
  • Coursemate ku.
  • Suka merempit.
  • Kawan baik Jojie dan Chepot.
  • Minat Basir.
  • Pernah ajak Basir couple.
  • Tapi Basir tolak.
  • Tetapi, beliau tabah.
  • Seorang yang kelakar.
  • Suka bergurau.

3.
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

FAKTA :
  • Nama : Mohd Rasydan Mohd Rais
  • Tarikh Lahir : 6 Ogos 1988
  • Tempat Lahir : Hospital Besar Kuantan.
  • Tempat Tinggal : Kampung Ketapang Hilir, Pekan.
  • Fakta yang Tepat : Aku bukan siapa-siapa.
HOBI :
  • Online (Facebook, OneManga, Blog)
  • Buat kerja last minute.
  • Berorganisasi.
  • Main futsal.
  • Dating (walaupun tak selalu.)
4.
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda::

  1. Ms. Sakinah
  2. Mr. Khedir
  3. Ms. Ika
  4. Mr. Muiz
  5. Ms. Milla
  6. Mr. Khai
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di-tag sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda" Terima kasih!


~SELESAI~

:astig:

~ Fieldwork ~

:hi:

Esok, 10 Mei 2009, aku akan berangkat ke Kuala Krai dari bangunan Geologi pada jam 9 malam. Berbekalkan barang-barang keperluan, tanpa kompas dan tukul geologi, aku nekad akan membuat yang terbaik untuk fieldwork terakhir bersama rakan-rakan Geologi ku yang lain.

Pagi tadi, sepatutnya aku kena menghadiri gotong-royong memunggah barang di bangunan Geologi, tapi, kerana 'accidentally overslept', aku terjaga pada jam 11.45 pagi. Lepas subuh baru tidur. Semuanya gara-gara Football Manager. Dimana, aku menjadi pengurus Kelab Chelsea di alam maya. Sememangnya aku meminati Chelsea, sejak dari hari kehadiran Jose Maurinho, Pengurus Kelab Chelsea. (kini Inter Milan)

Beliau merupakan seorang yang mempunyai harapan dan impian yang tinggi, disanjung tinggi oleh anak buah, dan seorang yang berwawasan. Walaupun tampak ego, namun ku percaya, beliau bukanlah seego seperti yang ditunjukkan. Tiada yang benar-benar mengenalinya melainkan keluarganya dan anak-anak buahnya. Apa yang pasti, aku menyanjungi beliau.
:devilishgrin:

Berbalik kepada fieldwork. Fieldwork kali ini akan diadakan selama 2 minggu. Iaitu, seminggu di Kuala Krai, Kelantan, dan seminggu di Bukit Kluang, Terengganu. Dan seminggu di UKM, untuk membuat laporan fieldwork ini. Untuk fieldwork kali ini, aku tersenarai di Kumpulan B, yang ku kira agak bernasib baik dari Kumpulan A, yang rata-ratanya bekerja keras dan rajin. Kepada yang tersenarai di Kumpulan A, tahniah ku ucapkan. Terutamanya kepada Basir dan Aimirul Fahmi.
:ahaha:

Semoga kalian dapat melakukan fieldwork kali ini dengan jaya nya. :)

Kepada rakan-rakan yang lain, aku akan menyepi tanpa berita selama 2 minggu. Setelah segala kerjalapangan ku selesai. Semoga kalian merindui ku. :p

Selamat berjaya kepada semua, dan SELAMAT BERCUTI!
:eheh:



Rabu, Mei 6

~ Selesai Sudah ~

:hi:

Alhamdulillah. Selesai sudah aku menjawab peperiksaan yang ditangguh pada minggu lepas, sebentar tadi. Peperiksaan yang bermula pada jam 2.30 petang tadi, diadakan di Makmal Komputer dan Penderiaan Jauh di Aras 4, bangunan Geologi. Alhamdulillah, kebanyakan soalan sama seperti Past Year yang telah ku baca. Dan, hampir keseluruhan soalan ku jawab, walaupun ku tidak yakin dengan jawapan nya. Namun, apa yang telah aku usahakan, aku bersyukur, dan mengharap usaha aku tidak sia-sia.

Kini, aku menanti satu lagi subjek untuk peperiksaan akhir semester 2 tahun 2 ini, iaitu, Geofizik. Malangnya, aku masih belum bermula untuk mengulangkaji subjek ini. Mudah-mudahan boleh ku ulangkaji bersama-sama teman pada malam ini, disamping menyiapkan laporan untuk dihantar. Moga segala usaha aku, diberkatiNya.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu ku pada semester ini. Terutamanya, rakan-rakan seperjuangan Geologi, JAKSA Kolej Aminuddin Baki sesi 08/09, JAKSA Kolej-kolej UKM, para pensyarah, para lab assistant, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, Encik, Tuan, Puan, Cik, Datuk-datuk, Haji dan Hajah, Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri dan seluruh warga Malaysia dan masyarakat Global yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung, jutaan terima kasih ku ucapkan. Segala jasa kalian tidak akan ku lupa. Sekian sahaja dari saya, kita kembali ke STUDIO. Assalamualaikum....

p/s : homesick! na balik umah.. huhu..
:puppyeyes:

Selasa, Mei 5

~ Kembali Senyum ~

Haih.. Setelah beberapa hari laptop ku terkandas kerana masalah hardware + software, kini aku berjaya mem'format' lagi laptop ku. Baru ku tahu segala permasalahan di laptop ku ini.

Terima kasih kepada sahabat ku, Muiz kerana membantu mem'format' laptop ku semalam. Walau sudah beberapa kali format, tetap punya masalah. Sungguh bermasalah laptop ku ini. Huh!
Walau bagaimanapun, akan ku jaga laptop ku ini selepas ini. Aku perlu lebih teliti untuk meng'install' segala perisian. Kerana, di setiap perisian itu, kadang kala terkandungnya 'bugs' yang boleh memusnahkan hardware komputer. Mujur, antivirus ku berfungsi di saat akhir. Membantu membunuh 'bugs' ini. Jika tidak, habislah laptop ku ini.

Apapun, terima kasih kepada yang sudi memberi guna laptop, dan komputer mereka, terutamanya, Basir, Muiz, Chepot, dan sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih banyak-banyak.

p/s : Doakan aku menjawab dengan tenang peperiksaan ganti ku pada hari esok. :)

Sabtu, Mei 2

~ Sekian Lama ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Tepat jam 6.30 petang tadi, aku baru terjaga dari lena yang panjang. Aku mula lena dari jam 10.45 pagi tadi, bangun untuk solat zohor dan asar, dan tido semula sehingga jam 6.30 tadi. Sungguh panjang lena ku. :) Buka sahaja blogku, aku mendapati, aku di tagged lagi. Kali ini, oleh Nur Amalina Hamsan pula. Berkenaan "Wallpaper Desktop" atau dinding kertas. Bila pula di laptop ada dinding kertas? Apa pun, aku cuba menjawab tagged amal ni. K amal? Orait. Berbalik kepada tagged tadi, berikut adalah arahan untuk menyempurnakannya :-

Arahan: 1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3)tag 10 people
4)titik.

JAWAPAN : -
1)




2) Kenapa dinding kertas ini digemari?

*Sebab ini adalah hasil kerja rakan saya
*suasana yang menceriakan
*Kena dengan jiwa saya yang gelap

(tapi, smart juga dinding kertas saya ni kan? :p)


3. Anda di tagged

*Basir Hashim (pass balik kat ko.. haha..)
* Kak ika
*Dalila Daud
*Cha
*Abduh
*ENADINIM
*Skieyn
*Abg Kid
*Intan Munirah
* Muiz
*FND

OK. Masa untuk tido balik. Hehe.



blogger-emoticon.blogspot.com

Jumaat, Mei 1

~ Laptopku Pulih ~

Alhamdulillah.. Setelah semalaman membaiki laptop ku yang kerosakan speakernya, hari ini, tepat jam 5.50 pagi, aku berehat seketika sambil menanti azan Subuh berkumandang. Laptop ku yang speakernya rosak pada hari semalam, telah ku format semula hard-disknya, dan diganti dengan OS nya, iaitu Windows Vista Ultimate ke Windows Vista Black. Terima kasih kepada saudara Ikhwan kerana telah meminjam kan cd Windows nya, dan memberi pinjam external hard-disknya untuk ku meng'install' software-software lama dan baru yang sesuai untuk ku.

Ini adalah hasil selepas ku format laptop, dan mencantikkan Desktop ku.


Klik gambar untuk besarkan

 
blogspot counter