Khamis, November 5

~ Dajjal : Teori Konspirasi ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ni, aku nak bercerita sikit pasal Teori Konspirasi yang diilhamkan oleh musuh akhir zaman, iaitu Dajjal Al-Masih. Rasanya, semua dah kenal kot Dajjal tu. Tak perlu rasanya nak mencirikan laknatullah ni. Kan rakan-rakan? "(*_^)"

TEORI KONSPIRASI

Apa yang dimaksudkan teori konspirasi? Teori konspirasi adalah satu konspirasi, atau kata sepakat, atau komplot, yang dilakukan oleh sebuah organisasi, individu atau kumpulan, secara senyap atau rahsia mengenai sesuatu perkara.

Jadi, apa yang diilhamkan oleh Dajjal ni?

ILHAM DAJJAL

Dajjal al-Masih telah mengilhamkan pelbagai idea, untuk menguasai dunia dan mewujudkan huru-hara di dunia. Antara ilham-ilham Dajjal adalah :

  1. Penubuhan Illuminati dan Gerakan Freemason
  2. Penubuhan Negara Israel
  3. Penguasaan Ekonomi Dunia
  4. Penguasaan Amerika Melalui Politik
  5. Penguasaan Eropah Melalui Sistem Beraja
  6. Penguasaan India Melalui Peperangan
  7. Penguasaan Asia Tenggara Melalui Golongan Hamba China
  8. PENGUASAAN MINDA UMAT MANUSIA TERUTAMA ISLAM
Umumnya, untuk menguasai seseorang, kita perlu memahami corak, budaya, dan pattern kehidupan seseorang. Kita perlu mengetahui minat, sensitiviti, dan apa yang kurang digemari oleh seseorang. Jadi, untuk menguasai seseorang, apa yang penting adalah MINDA nya. Kuasailah minda seseorang, untuk menguasai seseorang. (tips sikit.. hehe..) PSIKOLOGI merupakan senjata utama dalam menguasai minda, emosi, dan perasaan seseorang.

Dajjal, dengan kerjasama Israel dan Amerika, telah merancang untuk penaklukan minda melalui HIBURAN YANG BERLELUASA. Hiburan inilah yang menyebabkan seseorang lalai, dan memudahkan seseorang dikuasai mindanya.

Alhamdulillah, sekarang aku dah kurang menonton televisyen, dan rancangan-rancangan berbentuk hiburan, walaupun kadang-kadang menonton wayang. :P

Aku rasa cukuplah setakat ini sahaja dahulu. Kalau ada yang berminat, insyaAllah aku akan sambung. So, ramai-ramailah komen dan bagi tindakbalas, sama ada positif atau negatif.

"Segala Yang Baik Datangnya Dari Allah, Dan Yang Tidak Baik Datangnya Dari Diri Penulis Itu Sendiri"

Sehingga bertemu lagi, Insya Allah. Wallahualam..


blogger-emoticon.blogspot.com

Ahad, November 1

~ MikroPaleontologi ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Terpanggil untuk menulis coretan di blog ini, setelah hampir 6 bulan, lenyap di arena coretan blog. Alhamdulillah, di kala ini, masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk menyedut oksigen, berfikir secara waras, dan membuat keputusan secara rasional. Emosi masih lagi stabil. Hehe.

Esok, aku bakal berjuang dengan akal, dan ilmu yang dipelajari semester ini. Mikropaleontologi, satu subjek yang membincangkan mengenai hidupan yang hanya mampu dilihat di bawah kanta mikroskop. Sekecil-kecil binatang itu, ianya amat berguna buat kami, bakal ahli geologi, dan ahli-ahli geologi yang lain. Mikrofosil amat berguna dalam penentuan usia bumi, mengkaji perubahan paleosekitaran, perubahan climate global, dalam pencarian petroleum dan sebagainya.

Tak kenal, maka tak cinta, justeru, saya ingin mengajak rakan-rakan mengenali ciptaan Tuhan yang kecil, tapi berguna ini. :)
blogger-emoticon.blogspot.com

Mikrofosil, terbahagi kepada 4 kategori, iaitu Calcareous, Phospatic, Siliceous, dan Organic. Jenis calcareous, atau berkalkar, adalah dari jenis Coccolith, Foraminifera, Ostracod, dan Calcareous Dinoflagellate. Jenis Phospatic pula terdiri dari jenis Conodonts, Scolecodonts, Shark Fins And Teeth, danc Ichtyoliths. Diatoms, Radiolaria, sebahagian Scolecodonts, Spicules, dan Silicoflagellate tergolong dalam kategori mikrofosil Siliceous. Kategori Organic, terbahagi kepada dua jenis, iaitu, Pollens, dan Spores.

Berikut merupakan gambar-gambar mikrofossil yang dinyatakan seperti di atas. Saksikan :-


CALCAREOUS MICROFOSSIL



PHOSPHATIC MICROFOSSIL



SILICEOUS MICROFOSSIL



ORGANIC MICROFOSSIL



Sehingga bertemu kelak. InsyaAllah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. :)


blogger-emoticon.blogspot.com

Jumaat, September 11

~ Surat Formal Poligami ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300 , Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa
ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang
akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura
binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan
komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika
kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye
rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini
hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah
besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi
drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain
kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan
ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja
yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan
lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja
pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap
permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari
pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan
bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi
kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang
sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma
bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan
membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan
penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.



8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki



Nota :

En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah
Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan
dimana? Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini
kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat
pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

*Credited To : Fadzlullah Ramadzan*


blogger-emoticon.blogspot.com

Isnin, Ogos 24

~ Kembali ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Salam Ramadhan..

Setelah hampir kira-kira 2 bulan menyepi di arena blog, kini, aku kembali. Kembali untuk menceriakan blog ini. Hehe. Selama hampir kira-kira 2 bulan yang lepas, banyak peristiwa yang telah berlaku. Segala peristiwa yang berlaku, kini telah menjadi sebahagian dari memori ku sepanjang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. Peristiwa yang mengeratkan hubungan ku bersama rakan-rakan seperjuangan ; rakan - rakan Geologi, rakan - rakan Mantan JAKSA, rakan - rakan adik JAKSA, rakan - rakan di Kolej Aminuddin Baki, rakan - rakan di seluruh kolej - kolej UKM, dan rakan - rakan yang lain. Tahun akhir di UKM merupakan tahun yang paling akan diingati oleh semua mahasiswa-mahasiswi, kerana, tahun ini merupakan tahun akhir sebelum ramai di kalangan mahasiswa - mahasiswi dari pelbagai varsiti akan menceburi bidang pekerjaan yang hakikatnya memaksa seluruh graduan - graduan bekerja keras untuk kepentingan masa depan.

Jadi, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, mengenai halatuju mahasiswa - mahasiswi tahun akhir. Bagaimana kita merancang masa depan, bagaimana kita menguruskan kepentingan atau 'priority' dalam menghadapi suasana DUNIA LUAR yang pada aku, sangat mencabar. Jadi, apa yang penting untuk menghadapi dunia ini adalah dengan sentiasa bersedia. Walau apa pun yang terjadi, kita hendaklah bersedia. Apa yang penting adalah emosi. Pastikan emosi kita sentiasa tenang dan stabil. Emosi yang stabil akan menenangkan kita. Walau apa pun masalah kita hadapi, emosi senantiasa akan membantu kita. Jika kita menggunakan emosi kita dengan pemikiran yang positif, insyaAllah hasilnya akan menjadi positif. Begitulah sebaliknya.

Jadi, persiapkan lah emosi yang stabil, lancar dan boleh bertahan sentiasa. Perbanyakkan berdoa moga kita dianugerahkan emosi yang sentiasa stabil dan tenang. Insya Allah, segala urusan kita akan berjalan dengan lancar dan jaya.

Sekian sahaja dahulu. Sehingga bertemu lagi, insya Allah. :)

Jumaat, Jun 12

~ Bukit Besi : Di Sini, Projek Ku Berakhir ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Hai semua. Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, dari pagi hingga petang, aku melakukan 'site survey' di Library Geology, di bangunan Geologi, FST. Bermula dari pagi, kami (aku dan Alexster) berjumpa penyelia kami, Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, di kolejnya, iaitu Kolej Burhanuddin Helmi, memandangkan beliau agak sibuk untuk menguruskan kolejnya yang bakal menerima pelajar-pelajar kemasukan baru di UKM, pada 28 Jun ini. Setelah kira-kira sejam setengah menunggu, barulah kami dapat berjumpa Dr. Kadderi.

Setelah berbincang kira-kira sejam, hasilnya, kami terpaksa membuat site survey terlebih dahulu, sebelum memulakan segala langkah yang lain, termasuklah mencerap di lapangan. Bagiku, tajuk yang ku dapat ini, agak menarik. Dan, kawasan sekitar tempat kajian ku, pernah kami teroka satu ketika dahulu, dan tiada masalah untuk ku ke sana semula.

Setelah selesai Solat Jumaat, dan makan tengah hari, aku dan Alexster, ke Perpustakaan Geologi, untuk mencari sedikit sumber rujukan dan sumber-sumber berkaitan tajuk projek kami. Aku dan Alexster, mendapat tajuk yang berbeza, namun, matlamat kami tetap sama, iaitu, berkonsepkan GEOSAINS PELANCONGAN! Satu yang baru yang perlu kami teroka untuk kemajuan negara. :)

Setelah mencari sumber hampir 2 jam, aku berhenti untuk berehat. Untuk hari ini, objektif ku tercapai, iaitu membuat tinjauan bentuk muka bumi kawasan kajian ku, dan beberapa lokasi-lokasi penting yang berpotensi untuk dimajukan untuk Geosains Pelancongan ini. Namun, ini barulah analisis awal, dan gerak kerja pertama untuk ku mengenal kawasan kajian, sebelum aku menghadapi kenyataan-kenyataan dan idea-idea baru berkonsepkan Geosains Pelancongan ini.

Insya Allah, minggu depan, aku akan menyemak secara terperinci kawasan kajian ku ini, dan mempelajari teknik dan kaedah-kaedah asas untuk mengenal bentuk muka bumi yang lebih terperinci melalui GIS (Geographic Information System), bersama tenaga pengajarku dari Yaman, yang juga pelajar Ijazah Kedoktoran Geologi, UKM.

Sekian sahaja dariku, di sini, aku 'upload'kan 2 gambar, lokasi kajian ku, di Bukit Besi, Terengganu.

Terengganu (klik sini untuk besarkan..)

Kawasan kajian ku : Bukit Besi
(klik sini untuk besarkan..)

Selasa, Jun 9

~ Award Dari CaPiQa ~

blogger-emoticon.blogspot.com


Thanx a lot CaPiQa!
blogger-emoticon.blogspot.com

~ Setelah 4 Minggu Menyepi ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Salam. Setelah 4 minggu meninggalkan arena blog, baru kini, setelah segalanya selesai, barulah aku dapat meluangkan masa untuk mengupdate blog. Bermula dengan pemergianku selama 2 minggu fieldwork di Kuala Krai, Kelantan, dan Bukit Keluang, Terengganu, seminggu penulisan laporan di Bangunan Geologi, UKM, sehinggalah pernikahan dan majlis perkahwinan abangku, Mohd Rafiuddin b. Mohd Rais, dengan isterinya, Siti Nor Suriani bt. Mohd Sukri pada 6.6.9 bersamaan hari Sabtu lalu.

Walaupun sudah 2 minggu ku bercuti di rumah, tetapi, hatiku masih lagi di UKM, dengan otak yang selalu memikirkan Latihan Ilmiah yang terpaksa aku lakukan sendirian bermula semester depan. Aku masih lagi tidak bersedia untuk menghadapi tahun akhir. Dengan keputusan peperiksaan yang tak seberapa, aku tak yakin untuk berdepan dengan alam pekerjaan. Walaupun hati, teringin amat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana, tetapi, berbekalkan keputusan yang tak seberapa, ku tak mampu untuk berdepan realiti. Sesungguhnya, aku takut.

Sedikit cerita semasa fieldwork selama 2 minggu di Kelantan dan Terengganu. Cerita tentang fieldwork ini terlalu banyak, sukar untuk diceritakan di blog ini. Tetapi, apa yang aku dan rakan-rakan tempuhi selama seminggu di Kuala Krai, Kelantan, memang begitu membosankan. Kami, terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A terpaksa menetap di khemah selama 3 hari, sedangkan Kumpulan B menetap di hotel yang 'mewah dan indah' selama 3 hari, dan bertukar pada hari ke-4. Semasa berpecah ini, kami rasakan kekurangan yang berlaku akibat perpecahan ini. Semuanya tidak menarik dan membosankan. Datangnya perasaan yang tak puas dan selesa dengan keadaan sebegini. Benarlah. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun hampir seminggu tidak berjumpa, datanglah perasaan rindu kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakan yang rapat. Rakan-rakan yang sering berada di samping sewaktu di UKM.

Apabila diadakan majlis makan malam di khemah, ketika itu malam ke 5 kami disana, pertemuan pertama selepas 5 hari tidak berjumpa, kami berborak sakan. Sehinggakan, masa 3 jam yang ditempoh bersama, dirasakan sekejap sahaja berlalu, seolah-olah 30 minit sahaja. Namun, kami semua gembira dengan majlis tersebut.

Hari-hari yang berlalu selepas itu, kami tempuh dengan kumpulan masing-masing. Mujurlah hanya tinggal 2 hari sahaja di Kuala Krai. Jika kami terpaksa berpecah selama sebulan atau lebih, tak tahulah bagaimana perasaan kami ketika itu. Seminggu di Kuala Krai, berlalu tanpa banyak insiden-insiden menarik. Dan, waktu malam ku juga tak semeriah di Bukit Keluang. Seminggu di Bukit Keluang, aku rasakan sangat gembira sehinggakan tidak sanggup untuk pulang ke UKM, untuk penulisan laporan. Seminggu di Bukit Keluang, menjadikan kami semakin rapat. Dengan masakan yang dimasak bersama, minuman dikongsi bersama, sama-sama membakar, menggoreng ikan, masak Maggi, dan segalanya bersama, aku rasakan hubunganku dengan hampir semua semakin rapat. Kecuali sesetengahnya yang ku langsung tidak tegur.

Di kala petang, kami bersama bermain bola sepak pantai. Yazid sangat berbangga dengan kehebatannya bermain bola. Buat julungnya Yazid bermain bola, tetapi, purata jaringannya satu gol setiap hari. Hebat! Yang lain juga tak kurang hebatnya. Semuanya berbakat belaka. Sungguh seronok waktu itu. Andai waktu itu berulang semula, sudah pasti semua akan gembira. Di Bukit Keluang juga, kamera digital ku rosak dek kerana air laut. Apakan daya, tiada rezeki. Akan ku hantar ke kedai kamera untuk membaikinya semula. InsyaAllah. Seminggu di Bukit Keluang berjalan lancar walaupun ada kalanya semuanya tak seperti yang dikehendaki, namun kuasaNya yang menentukan segalanya. Kita merancang, tetapi, Dialah penentu segalanya. Cukuplah ku kira setakat ini, aku bercoret. Ku upload sedikit gambar untuk tatapan bersama. Saksikan.

blogger-emoticon.blogspot.com


Lelaki-Lelaki Kacak

K.A.M.I

Ahad, Mei 10

~ Untuk Ibuku ~

:hi:



Aku Sayang + Cinta + Rindu ibuku sangat-sangat. Tak terlupa, ayah dan kaum keluarga ku di Pahang. Rinduku pada kalian membuak-buak. 3 minggu lagi InsyaAllah aku akn pulang

Sabtu, Mei 9

~ Selamat Hari Ibu ~

:hi:




Siapalah aku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Aku tidak pernah kecewa
Kata-katamu umpama mutiara
Terselit kata-kata berhikmat
Terselindung secebis kasih seorang Ibu
Terhadap anaknya
Ku pasti
Setiap nasihat itu adalah hanya untuk kebaikan diriku
Yang mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu.
Aku telah banyak berdosa padamu
Tidak mampu aku balas jasa baktimu
Umpama pepasir di pantai
Dan buih di lautan

Ibuku.
Ibu yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Ibu yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Ibu yang tidak henti mendengar luahanku
Ibu yang senantiasa menatap wajahku yang hina ini
Dari dahulu hingga kini.

Sempena Hari Ibu,
Aku memanjatkan doa pada Yang Esa
Agar ibuku dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.

Ibuku,
Aku sangat sayang padamu
Aku sangat cinta dirimu
Tanpamu duniaku gelap
Tanpamu aku hilang dari realiti
Tanpamu hidupku terabai

Ibu,
Moga ibu senantiasa dipeliharaNya
Moga kesihatan ibu sentiasa sihat
Moga ibu sentiasa ceria
Sedarilah ibuku.
AKU CINTA PADAMU!

~Rasydan~
Dedicated to : Pn. Noorjihan Bt. Mohd Yusof, Pekan, Pahang.

~ Tag ~

:hi:
Tag kali ini datangnya dari 3 orang sahabat Geologiku, Basir, Epen, dan Amal. Seperti yang dijanjikan, aku akan selesaikan sebelum aku berfieldwork. Berikut merupakan hasil tag yang telah ku jawab.





1.
Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2.
Link/ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda


Basir :
  • Seorang yang rapat dengan ku.
  • Satu Matrikulasi dengan ku di KMNS.
  • Selalu bermain bola @ futsal bersama.
  • Sahabat baik ku.
  • Senang dirapati.
  • Seorang yang kelakar.
  • Suke meluahkan ketidakpuasan hati.
  • Ada motor.
  • Ada awek bak kata beliau.
  • Satu course dengan ku.
  • Peminat Arsenal.
  • Roomate Chepot.
Epen :
  • Coursemate ku.
  • Sahabat baik ku.
  • Suka membantu ku.
  • Membuat lapangan bersama-sama sewaktu Teknik Lapangan I.
  • Seorang yang tabah.
  • Ceria.
  • Suke mencari pasal.
  • Ada blog.
  • Peminat MU.
  • Seorang yang berwawasan.
  • Rajin.
  • Mahir dalam designing.
  • Kreatif.
Amal :
  • Sempoi
  • Coursemate ku.
  • Suka merempit.
  • Kawan baik Jojie dan Chepot.
  • Minat Basir.
  • Pernah ajak Basir couple.
  • Tapi Basir tolak.
  • Tetapi, beliau tabah.
  • Seorang yang kelakar.
  • Suka bergurau.

3.
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

FAKTA :
  • Nama : Mohd Rasydan Mohd Rais
  • Tarikh Lahir : 6 Ogos 1988
  • Tempat Lahir : Hospital Besar Kuantan.
  • Tempat Tinggal : Kampung Ketapang Hilir, Pekan.
  • Fakta yang Tepat : Aku bukan siapa-siapa.
HOBI :
  • Online (Facebook, OneManga, Blog)
  • Buat kerja last minute.
  • Berorganisasi.
  • Main futsal.
  • Dating (walaupun tak selalu.)
4.
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda::

  1. Ms. Sakinah
  2. Mr. Khedir
  3. Ms. Ika
  4. Mr. Muiz
  5. Ms. Milla
  6. Mr. Khai
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di-tag sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda" Terima kasih!


~SELESAI~

:astig:

~ Fieldwork ~

:hi:

Esok, 10 Mei 2009, aku akan berangkat ke Kuala Krai dari bangunan Geologi pada jam 9 malam. Berbekalkan barang-barang keperluan, tanpa kompas dan tukul geologi, aku nekad akan membuat yang terbaik untuk fieldwork terakhir bersama rakan-rakan Geologi ku yang lain.

Pagi tadi, sepatutnya aku kena menghadiri gotong-royong memunggah barang di bangunan Geologi, tapi, kerana 'accidentally overslept', aku terjaga pada jam 11.45 pagi. Lepas subuh baru tidur. Semuanya gara-gara Football Manager. Dimana, aku menjadi pengurus Kelab Chelsea di alam maya. Sememangnya aku meminati Chelsea, sejak dari hari kehadiran Jose Maurinho, Pengurus Kelab Chelsea. (kini Inter Milan)

Beliau merupakan seorang yang mempunyai harapan dan impian yang tinggi, disanjung tinggi oleh anak buah, dan seorang yang berwawasan. Walaupun tampak ego, namun ku percaya, beliau bukanlah seego seperti yang ditunjukkan. Tiada yang benar-benar mengenalinya melainkan keluarganya dan anak-anak buahnya. Apa yang pasti, aku menyanjungi beliau.
:devilishgrin:

Berbalik kepada fieldwork. Fieldwork kali ini akan diadakan selama 2 minggu. Iaitu, seminggu di Kuala Krai, Kelantan, dan seminggu di Bukit Kluang, Terengganu. Dan seminggu di UKM, untuk membuat laporan fieldwork ini. Untuk fieldwork kali ini, aku tersenarai di Kumpulan B, yang ku kira agak bernasib baik dari Kumpulan A, yang rata-ratanya bekerja keras dan rajin. Kepada yang tersenarai di Kumpulan A, tahniah ku ucapkan. Terutamanya kepada Basir dan Aimirul Fahmi.
:ahaha:

Semoga kalian dapat melakukan fieldwork kali ini dengan jaya nya. :)

Kepada rakan-rakan yang lain, aku akan menyepi tanpa berita selama 2 minggu. Setelah segala kerjalapangan ku selesai. Semoga kalian merindui ku. :p

Selamat berjaya kepada semua, dan SELAMAT BERCUTI!
:eheh:



 
blogspot counter