Isnin, April 26

~ Dajjal Dan Sejarah Tamadun Manusia ~


Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Saya tahu dan sedia maklum, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….

KITA WAJIB BERILMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.

Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. Kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Bersambung --> (DAJJAL DI PENTAS SEJARAH)

Jumaat, April 23

~ Respons@Kebajikan UKM ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam, 23 April 2010, bersamaan hari Jumaat, satu kumpulan yang diberi nama Respons@Kebajikan UKM telah dibuat, dipaparkan untuk tatapan dan penglibatan semua orang di laman Facebook.


Tujuan penubuhan kumpulan atau laman ini adalah untuk mengumpul segala aduan, kritikan, nasihat, cadangan, maklumbalas, atau secara mudahnya, RESPONS setiap mahasiswa/i UKM terutamanya, dan warga UKM, umumnya.

Setelah 6 jam ditubuhkan, laman ini berjaya menarik sekitar 130 mahasiswa/i UKM. InsyaAllah, angka penyertaan dalam kumpulan ini akan sentiasa meningkat, dan segala interaksi akan dibalas secara baik, oleh exco-exco kebajikan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) yang terdiri daripada saya (Rasydan), Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan, Nasiha Sakina, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kesihatan, dan Yong Yoon Kian, Exco Tenaga, Air dan Komunikasi.
Sehubungan itu, saya memohon kepada semua warga UKM terutamanya mahasiswa/i UKM untuk sama-sama membantu kami dalam memperjuangkan kebajikan kita bersama-sama.


SUARA KAMI, SUARA ANDA. KEBAJIKAN ANDA, KEBAJIKAN KITA BERSAMA!

Think.Rational.Act.Professional


p/s : Apalah logo yang sesuai untuk Respons@Kebajikan UKM ni? :p


Khamis, April 22

~ Latar Belakang Si Laknatullah : Tony Blair ~

Nama penuh si laknatullah ini adalah Anthony Charles Lynton Blair dilahirkan pada 6 May 1953. Dia merupakan ahli politik Buruh British (British Labour) yang kemudiannya menjawat jawatan Perdana Menteri United Kingdom sejak 2 May 1997-27 Jun 2007 (10 tahun). Dia merupakan ahli Parlimen Sedgefield dari tahun 1983-2007 (24 tahun) dan pemimpin Parti Buruh (Labour Party) dari tahun 1994-2007 (13 tahun). Dia melepaskan semua jawatan secara serentak pada Jun 2007.


Si laknatullah Tony Blair ini ditabal menjadi pemimpin Parti Buruh semasa pilihanraya kepimpinan yang berlangsung pada Julai 1994, selepas kematian mengejut penyandang sebelumnya, John Smith. Di bawah kekuasaan dan pemerintahannya, parti ini telah menggunakan istilah "New Labour" dan terus bergerak menuju cita-cita untuk menakluk negara. Tony Blair berjaya memimpin Parti Buruh mencipta kemenangan semasa Pilihanraya Umum 1997. Setahun pemerintahan Kerajaan "New Labour" ini, Tony Blair mengimplementasi manifesto-manifestonya, termasuk memperkenalkan :

  • Gaji minimum
  • Akta Hak Asasi Manusia dan Akta Kebebasan Bersuara,
Selain itu, tindakannya yang tidak termasuk dalam manifesto, termasuklah, tindakan memberi kuasa untuk mengawal kadar faedah kepada Bank Of England, dan memperkenalkan yuran tuisyen Universiti.

Peranan Tony Blair sebagai Perdana Menteri dilihat terutamanya berkaitan dengan polisi-polisi dan dasar negara asing, dan keselamatan, termasuklah Ireland Utara di mana, dia terlibat dengan Perjanjian Good Friday, pada tahun 1998. Semenjak bermulanya War On Terror pada tahun 2001, si laknatullah ini menyokong sepenuhnya dasar luar negara Amerika Syarikat, di mana, dia terlibat dan menyertai pencerobohan Afghanistan pada tahun 2001, dan pencerobohon Iraq pada tahun 2003. Enam tahun pertama, Tony Blair, mengarahkan tentera-tentera British berperang sebanyak lima kali ; jauh lebih banyak dari Perdana Menteri lain dalam sejarah British.

Tony Blair merupakan Perdana Menteri terlama dalam Parti Buruh, dan satu-satunya individu yang memimpin Parti Buruh memenangi Pilihanraya Umum tiga kali berturut-turut, dan satu-satunya Perdana Menteri Parti Buruh yang berkhidmat untuk ketiga-tiga penggal, dan salah seorang dari pemimpin yang berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun. Semasa hari perletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, Tony Blair telah dilantik menjadi Utusan Rasmi Kuartet ke Timur Tengah, mewakili Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Russia.

Kini, setelah lama mencurahkan bakti menyeksa dan mencabul hak-hak negara-negara Islam, seperti Iraq dan Afghanistan, si Laknatullah Tony Blair ini ingin mencabul kehormatan negara Malaysia tercinta ini melalui syarahan nya di National Achieves Congress 2010 di Sunway Piramid Convention Centre, Petaling Jaya, melalui syarikat Success Resources pada 24 April 2010.

Justeru, saya dengan penuh semangat, menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan yang langsung ditolak sepenuhnya oleh masyarakat, terutamanya masyarakat Islam. Saya juga ingin memohon campurtangan pihak kerajaan untuk menghenti dan memaksa agar Kongres ini dibatalkan, atau paling tidak, penceramah nya ditukar. Bukan Tony Blair sahaja yang berjaya, ramai lagi tokoh-tokoh yang berjaya. Di Malaysia, kita ada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari untuk menceritakan pengalaman, susah senang, untuk bangkit, mencipta kejayaan.


TOLAK TONY BLAIR! TOLAK BUSH! TOLAK ISRAEL DAN ZIONIS!

~ UKM Di Ambang 40 Tahun ~

Rasional Logo Sambutan 40 tahun UKM

Konsep Logo: Kontemporari

1. Asas rekaan logo sambutan ke-40 tahun UKM adalah bermotifkan Bunga Raya. Ia dipilih kerana Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan selaras usaha UKM dalam memartabatkan keperibadian bangsa. Tiga kelopak yang berwarna merah
melambangkan tiga komponen penting iaitu visi, misi dan falsafah UKM yang menjadi teras dalam menjana wawasan 2020. Ia juga mencerminkan UKM sebagai pusat kecemerlangan beorientasikan penyelidikan yang terus maju ke arah menjadi sebuah universiti yang cemerlang, gemilang dan terbilang di rantau ini dan persada antarabangsa.

2. Angka 40 yang adalah merujuk ulang tahun ke-40 tahun penubuhan UKM (1970-2010).
Penggunaan warna merah pada angka 40 menggambarkan semangat, kesediaan dan keupayaan UKM dalam menujah transformasinya sebagai universiti penyelidikan yang ulung dan unggul di negara ini. Lapan bulatan yang berwarna kuning pada bahagian atas membawa maksud kecemerlangan yang dicipta bersama-sama lapan tujahan (niche) UKM sebagai hala tuju universiti iaitu:

i. Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya,dan Globalisasi
ii. Pembangunan Lestari Wilayah
iii. Tenaga Keterbaharuan
iv. Teknologi Kesihatan dan Perubatan
v. Perubahan Iklim
vi. Nanoteknologi dan Bahan Termaju
vii. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi
viii. ICT Informatik Isian

3. Tema sambutan ke-40 tahun UKM, iaitu ‘Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan’ diletakkan bersebelahan pada angka 40 bagi menggambarkan semangat gigih, keteguhan, iltizam serta berdaya saing sepanjang tempoh 40 tahun dalam usaha merealisasikan matlamat sebagai universiti penyelidikan yang keterhadapan.

4. Abjad UKM adalah singkatan bagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia, penggunaan warna biru pada huruf tersebut adalah menggambarkan kualiti, inovatif dan kreatif jatidiri warga UKM daripada setiap golongan pelajar, akademik dan pengurusan dalam membangunkan modal insan ke arah mencapai misi dan visi sebagai universiti kebangsaan yang terkemuka diperingkat global.

Isnin, April 19

~ Ekoran Kes Penyamaran ~

KUALA LUMPUR: Khidmat komandan Kem Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang, diberhentikan berikutan kesilapannya membenarkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat ke kem berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan disiplin tersebut adalah wajar kerana perkara seperti itu yang terang-terang memalukan, tidak sepatutnya berlaku.

Justeru soal menuding jari kepada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, tidak seharusnya timbul kerana kejadian itu bukan kesilapan beliau.

"Ini bukan satu kesilapan oleh dia (Abdul Hadi) kerana ia datang daripada komandan kem tersebut, maka ketua pengarah ketika itu berpendapat lawatan itu telah mendapat restu.

"Apabila kita mendapat tahu bahawa berlaku penyamaran di situ, maka kita mengambil tindakan disiplin terhadap komandan tersebut atas kesilapan yang telah dilakukannya," katanya pada sidang media di Pameran dan Persidangan Pertahanan Perkhidmatan Asia 2010 (DSA 2010) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya kini akan lebih berhati-hati untuk "membuka pintu" dengan menilai dan menyiasat secara menyeluruh terlebih dahulu setiap permohonan oleh pihak luar untuk membuat lawatan ke kem-kem PLKN.

Katanya, masyarakat tidak sepatutnya meragui tahap keselamatan di kem-kem PLKN dan memberi jaminan tahap keselamatan di semua kem berada di tahap paling tinggi.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan meletakkan syarat ketat kepada remaja berkenaan untuk menjalani latihan di kem PLKN.

"Kita menawarkan untuk memberikan remaja itu kaunseling oleh pasukan perubatan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlebih duhulu bagi mengetahui aspek-aspek psikologi terhadap peribadi beliau.

"Apabila ia telah selesai, barulah kita akan menentukan sama ada mahu menawarkan tempat untuk beliau mengikuti kursus di kem PLKN," katanya.

Remaja terbabit yang juga pelajar pintar dikatakan antara lain memperdayakan seorang Exco kerajaan negeri Pahang dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah untuk memasuki semua kem PLKN di Pahang.

Bagaimanapun, penyamaran itu terbongkar apabila seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang, Cherating mengetahui identiti sebenarnya. - Bernama


Reaksi Penulis :

Siapa yang perlu dipersalahkan tidak menjadi isu, yang menjadi isu adalah, bagaimana pemimpin-pemimpin yang merupakan seorang yang intelektual, yang ada bakat kepimpinan, boleh terpedaya dengan seorang remaja berusia 18 tahun. Sedikit memalukan. Lebih memalukan apabila Exco Kerajaan Negeri turut tertipu.

Kalau Exco Kerajaan Negeri dari negeri lain, saya fikir, boleh lah dimaafkan. Tetapi, apa yang berlaku, ialah, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang tertipu dengan remaja yang mengaku anak angkat kepada Tengku Abdullah, anak kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang. Sungguh memalukan.

Exco Kerajaan Negeri patut dipecat!!


Apa pun, tahniah kepada pelajar pintar kerana berjaya membongkar sifat pemimpin-pemimpin di Malaysia. Anda memang hebat!!

Ahad, April 18

~ Debat : Datuk Zaid Ibrahim Vs. Khairul Azam ~

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera.

Satu debat telah diminta untuk diadakan oleh Saudara Khairul Azam ( Penasihat MAGARAN) diantara calon P094, Datuk Zaid Ibrahim dengan beliau sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila diminta untuk dipublisitikan secara meluas melalui media massa, media arus perdana, permohonan beliau ditolak atas dasar "Siapa Kau?'.

Sehubungan itu, saya, seorang peminat yang suka menyaksikan debat, mengambil inisiatif untuk membuat publisiti mengenai perdebatan ini di alam maya. Bersama-sama ini saya sertakan surat kiriman saudara Khairul Azam kepada Y. Bhgia Datuk Zaid.

Semoga, Datuk Zaid dapat menghadirkan diri dan berdebat dengan saudara Khairul Azam memandangkan kedua-dua individu ini terkenal dalam bidang Undang-undang. Moga perdebatan itu selamat berlangsung hendakNya.



Gambar Khairul Azam dengan Shamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR


MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Penasihat Undang-undang
Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)
D/A Lot Parkir Restoran Ada,
Taman Seri,
Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan


Tarikh : 16 hb April 2010


Y.BHG DATO’ ZAID BIN IBRAHIM
Calon Pilihanraya P94
Parlimen Hulu Selangor
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
SEGERA
SERAHAN TANGAN



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Y.Bhg Dato’,


Per : JEMPUTAN UNTUK BERDEBAT ISU KETUANAN MELAYU

Adalah saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Pada 31 hb Oktober 2008, sempena persidangan LawAsia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Dato’ telah menyampaikan ucapan bertajuk “Malaysia-A Lost Democracy?”. (Lampiran 1)

Dalam ucapan Dato’ berkenaan, Dato’ antara lainnya telah memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan Dato’ secara terbuka telah menyatakan konsep Ketuanan Melayu ini tidak lagi sesuai di amalkan pada hari ini, menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa selepas Dato’, yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru, telah berjaya melepasi belenggu kemiskinan keluarga Dato’ di Kelantan dan kini Dato’ sekeluarga berkemampuan untuk berdomisil di kawasan perumahan elit Tropicana.

Dato juga memperlekehkan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan bahawa :-
“Affirmative action and special status become a matter of privilege by reference to race rather than of need and questioning of this new status quo was not to be tolerated.”

Saya percaya, kenyataan Dato itu pastinya di sorak gembira dan di sambut ceria oleh puak-puak chauvinis pelampau yang rasis daripada kaum bukan Melayu dan mereka semestinya mengangkat Dato sebagai wira mereka kerana jelas, nada prinsip Dato yang anti Ketuanan Melayu adalah aset untuk memudahkan laluan mereka menganggu status sosial dalam negara ini. Secara peribadi, saya menyifatkan ucapan Dato’ tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab, umpama kacang lupakan kulit, bak melepaskan anjing tersepit.

Samada Y.Bhg Dato’ sengaja menafikan hakikat, bahawa orang Melayu masih jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan amat bergantung kepada kepatuhan Kontrak Sosial demi keamanan dan kestabilan sosial di dalam negara, maka jelas ucapan Y.Bhg Dato tersebut saya labelkan sebagai tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Dasar Ekonomi Baru, saya percaya Dato’ bukanlah sebagaimana diri Dato pada hari ini.

Ucapan Dato’ yang anti KETUANAN MELAYU tersebut adalah satu ancaman terhadap survival orang Melayu yang majoritinya kini masih terkial-kial mencari & menambah pendapatan keluarga, walaupun secara metaforanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tersebut masih belum di mansuhkan. Bayangkan keadaan orang Melayu jika Perkara 153 Perlembagaan tersebut terus di hapuskan oleh Dato’ dan rakan-rakan politik Dato’ yang mungkin berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang. Apa jaminan Dato terhadap survival orang Melayu nanti? Atau Dato hanya menyeru kami berdoa yang terbaik untuk keluarga kami ketika perut kami lapar?

Bertitik tolak daripada luahan perasaan saya di atas, pada 11 hb November 2008, telah mengutus surat jemputan Debat Ketuanan Melayu kepada Dato. (Lampiran 2).
Surat jemputan tersebut telah di serahkan ke pejabat Dato dan akhbar Utusan malaysia pada 15 hb November 2008, di halaman berita utamanya telah turut menyiarkan tentang cabaran debat tersebut (Lampiran 3).

Namun pada tarikh debat berkenaan iaitu pada 26 hb November 2008, Dato langsung tidak muncul di lokasi tanpa khabar berita.

Maka saya dengan ini, sempena Pilihanraya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor, saya mengulangi cabaran debat KETUANAN MELAYU tersebut dan menjemput Dato’ dan rakyat Hulu Selangor untuk hadir seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 23 hb April 2010

Masa : Antara jam 9.00 malam-3.00 pagi

Tempat : Perkarangan Parkir, Restoran Ada, Batang Kali
(bersebelahan dengan Petronas Batang Kali 2)

Tajuk : KETUANAN MELAYU-Masih Relevan?

Saya menyedari bahawa Dato sedang sibuk berkempen pada tarikh berkenaan. Sebab itulah saya dan rakyat memperuntukkan masa yang panjang untuk menanti kemunculan Dato. Dato boleh berucap selama 1 minit atau 1 jam, terpulang kepada kelapangan masa Dato pada malam tersebut.

Tarikh dalam tempoh berkempen tersebut juga di pilih bagi membenarkan Dato secara tidak langsung berkempen dan meraih undi daripada rakyat Hulu Selangor yang akan hadir pada malam tersebut.

Tarikh berkenaan juga penting kerana ia adalah 24 jam sebelum Dato berjaya atau tidak menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor. Parlimen adalah tempat menggubal dan memansuhkan undang-undang. Jadi sebelum Dato menjadi sebahagian daripada institusi Parlimen Malaysia, saya dan rakyat Hulu Selangor inginkan penjelasan pendirian Dato terhadap konsep KETUANAN MELAYU tersebut.

Saya dan rakyat akan menunggu Dato pada malam tersebut. Saya juga telah melancarkan Fanpage Facebook "Kami Sokong Debat Buzze Azam vs Zaid Ibrahim" yang selepas 24 jam di lancarkan setakat 16/4/10 jam 9.30 pagi berjaya mengumpul 54 orang peminat.

Sila Y.Bhg Dato menghubungi saya di talian 012-9770412 untuk pengesahan kehadiran.

Sekian dan terima kasih.


HIDUP MELAYU!
ALLAHUAKBAR!


Yang berani kerana benar,




MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
770509-06-5757

Sabtu, April 17

~ Tribute To Achik Spin ~

SEREMBAN 17 April - Penyanyi, Achik Spin, 27, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan dekat sini lewat petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.

Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam.

Achik yang berasal dari Felda Sendayan di sini, merupakan pasangan duet paling sinonim dengan Siti Nordiana atau Nana serta popular dengan lagu Janji Kita, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 dekat sini.

Petang ini, beliau muncul menerusi dalam program siaran langsung Hits 1 TV1 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ekoran kemalangan itu, Allahyarham bersama-sama seorang rakannya tercampak keluar dari kereta tersebut sebelum kenderaan berkenaan terbakar dan meletup.

Rakan karibnya yang dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29, bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami patah kaki dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, ia berlaku sebaik sahaja kenderaan tersebut melepasi R&R Beranang, sebelum susur keluar ke Pajam.

"Kenderaan mangsa tiba-tiba terbabas dan melanggar papan tanda di tepi jalan," katanya di sini hari ini. Menurut Abd. Halil, sewaktu kejadian berlaku, tiada kenderaan lain terbabit dengan kemalangan berkenaan.

Orang ramai dan beberapa pekerja yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkannya Allahyarham, namun cubaan mereka itu gagal. Beberapa saksi yang berada di situ juga berkata, kenderaan MPV itu terbakar sejurus rakan Achik berjaya dibawa keluar untuk dihantar ke HTJ oleh orang ramai.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya tetapi gagal.

"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 6.32 petang dan kebakaran dipadamkan beberapa minit kemudian," katanya.

Mayat Achik telah dibawa ke HTJ di sini malam ini untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya.

Allahyarham telah berkahwin pada 2005 meninggalkan isteri H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau dikenali sebagai Tasha dan dua orang anak perempuan berusia 10 bulan dan tiga tahun.

Selain menyanyi, Achik kini mengusahakan perniagaan bersama abangnya di bawah syarikat Spire Spin Sdn. Bhd. Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru.

Sumber : Utusan Malaysia


MPV Terbakar (klik sini untuk muat turun)

Al-Fatihah buat Allahyarham Abdillah Murah Md. Shari di atas pemergiannya bertemu Ilahi pada petang semalam. Semoga roh dan jasad Allahyarham diberati Allah. Allahyarham yang terkenal dengan single popular bertajuk Janji Kita telah mengalami kemalangan yang agak ngeri di mana MPV yang dinaiki terbabas, dan sejurus selepas itu terbakar.

~ Khas Untuk Mahasiswa Dan Cendekiawan Dalam Bidang Bioteknologi ~

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dikaji untuk membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Walaupun kini bioteknologi telah memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksik, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”

Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168).

Setiap kejadian alam ini, termasuklah tumbuh-tumbuhan telah di jadikan Allah dengan sempurna mengikut kitaran kehidupan masing-masing. Maka setiap cubaan untuk mengubah kitaran dan hukum alam ini, adalah seumpama cubaan untuk mencabar kekuasaan Allah. Dan setiap cubaan untuk mencabar kekuasaan Allah, pasti akan membawa kepada kehancuran. Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak , usaha-usaha Bioteknologi! dalam hal tanaman dan pemakanan hendaklah dikaji semula, sebelum bencana menimpa!

Jumaat, April 16

~ Menolak Kepimpinan Barrack Obama ~

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas di sambut dengan gembira & penuh harapan oleh banyak juga negara & umat Islam. Mereka menganggap kemenangan Obama itu sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Namun saya melihat sebaliknya. Kemenangan Obama itu sedikit pelik kerana amatlah mustahil bagaimana rakyat Amerika & pelobi-pelobi Yahudi boleh merelakan kemenangan Obama itu. Saya melihatnya sebagai strategi terbaru mereka untuk kembali dijadikan sebagai "Hero Dunia".

Pertama. Satu kebijakan Luar Negara oleh Obama adalah menarik invasi ke Iraq dan akan fokus pada Afghanistan / Taliban / Osama bin Laden dan sebagainya. Pada pandangan orang Islam yang sedikit memiliki "semangat" Islam maka beramai2 mereka akan menyokong Afghan dan memperjuangkannya. Dan mereka menganggap bahawa Afghan tentu merupakan satu-satu nya Pusat Jihad Islam Dunia yang oleh Amerika "masih" diangap memiliki kekuatan -- hingga Amerika perlu lebih fokus padanya. Padahal kita tahu siapa Taliban. Tak lain dan tak bukan adalah hasil atau bikinan Amerika juga. Iraq (yang selama ini menjadi negara yang sangat struggle menentang Amerika -- dengan Saddam-nya) sudah bukan lagi halangan, meskipun di sana adalah sunni sebahagiannya -- tinggal hantar filem-filem Hollywood ke sana maka selesai sudah.

Adakah ini satu konspirasi hendak menjadikan umat Islam menyokong perkara yang tidak perlu disokong. Mencipta kawan palsu. Selain hendak tunjuk bahawa Amerika boleh berdamai dengan Islam ( Iraq ).

Kedua. Sejak Obama terpilih, wujud fenomena Obama Fans Club bahkan Amerika Fans Club di negara2 dunia ketiga termasuklah di negara2 majoriti Muslim (khususnya di Indonesia [ satu2nya negara di TIMUR yang "menjadi / dijadikan" bahagian dari sejarah hidup Obama sehingga memiliki hubungan emosional yang cukup kuat -- iaitu Bapa tiri dan sekolah rendahnya ] dan negara2 Afrika ). Bahkan Fanatisme ini tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan dikalangan budak-budak persekolahan yang belum tahu apa-apa. Obama The New Idol.

Adakah ini seolah mencipta opini publik bahawa demokrasi yang diamalkan oleh bapa demokrasi akhirnya membuahkan hasil. Seolah hendak membuktikan bahawa akhirnya demokrasi dapat menaungi dan memberi sedikit harapan kepada dunia Islam dan dunia ketiga. Seolah hendak mengambil hati masyarakat dunia meniti di atas fitrah dunia yang hendakkan pemimpin alternatif dan juga perdamaian hakiki. Sungguh suatu kejutan, tiba2 hampir seluruh dunia fanatik dan berkiblat kepada Amerika. Jika dilihat dari sisi strategi perang, ini adalah strategi perang yang hebat. Hingga demi itu Amerika rela mengorbankan maruahnya sebagai orang Putih. Seperti keyword yang selalu dilaung2kan semasa kempen iaitu "CHANGE".

Apakah ini bermakna "Changed of Strategi" ? Jadi, lepas ini Obama hendak membawa ke mana dunia yang sudah "menyerahkan nasibnya" kepada Amerika ini? hendak dibawa pada perdamaian hakiki atau dibawa masuk mulut buaya? Mari kita sama-sama lihat. Biasanya presiden Amerika yang bukan dari kalangan Yahudi mati terbunuh, maka akan bertahan berapa lamakah pemerintahan Obama andaikan dia bukan keturunan Yahudi -- setidaknya dari garis ibu?

Who knows... Hanya Allah yang Maha Mengetahui hakikat yang tersurat, manusia hanya dapat menilai yang lahir. Tipu daya Allah adalah yang terhebat dan janji Allah mengenai kebangkitan Islam pasti berlaku. Apa yang berlaku di dunia sedang mengarah ke sana samada positif mahupun negatif.

InsyaAllah. Wallahua'lam.

~ Isu Pemanasan Global : Apa Peranan Anak Muda (Mahasiswa) ~

LETUPAN gunung berapi Iceland disusuli dengan asap dan wap panas naik ke ruang udara gunung, kelmarin.
LETUPAN gunung berapi Iceland disusuli dengan asap dan wap panas naik ke ruang udara gunung, kelmarin.
LONDON: Gumpalan awan berdebu akibat letusan sebuah gunung berapi di Iceland, menjejaskan lalu lintas udara di seluruh Eropah Utara semalam, menyebabkan Britain terpaksa menghentikan operasi di Lapangan Terbang Heathrow dan membatalkan beratus-ratus penerbangan, manakala Norway bertindak menutup ruang udaranya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Britain berkata penerbangan bukan kecemasan terpaksa ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga jam 6 petang waktu tempatan, manakala Ireland turut menutup ruang udaranya selama lapan jam.
Lapangan Terbang Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah, mengendalikan hingga 1,200 hingga 180,000 penumpang sehari.

Penutupan Heathrow sekali gus menjejaskan lapangan terbang kedua dan ketiga terbesar, Gatwick dan Stansted. Tidak dapat dipastikan bila penerbangan dapat dipulihkan semula.

Berikutan penutupan itu, berpuluh-puluh penerbangan trans-Atlantik menuju Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan, manakala pembatalan penerbangan turut berlaku di bandaraya utama Eropah termasuk Brussels, Amsterdam, Geneva dan Paris.

Di utara Sweden, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, semua penerbangan ditangguhkan dan ini menjejaskan jadual di bandar lain termasuk Skelleftea, Lulea, Kiruna dan Hemavan.

Semua penerbangan di utara Finland turut dibatalkan.
Di Norway, Raja Harald V dan Permaisuri Sonja yang bercadang terbang ke Copenhagen untuk menyambut hari lahir ratu Denmark yang ke-70, sedang menimbang sama ada menaiki kereta, bot atau kereta api untuk ke negara itu.

Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg yang dijadual kembali ke negaranya semalam, kini terkandas di New York apabila penerbangan dibatalkan.

Di Iceland, beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri daripada banjir berikutan paras air meningkat selepas gunung berapi di bawah glasier Eyjafjallajokull meletus untuk kali kedua dalam tempoh sebulan semalam.

Air yang mengalir dari kawasan pergunungan, menyebabkan paras sungai meningkat sehingga tiga meter menjelang malam semalam. – AP

sumber : Berita Harian

Keadaan bumi yang mengalami pemanasan global atau global warming mungkin secara tidak langsung menyebabkan pemanasan lava-lava di dalam perut bumi, dan pemanasan cecair di Teras Dalam dan Teras Luar Bumi. Apabila teras-teras ini panas, ianya akan menggelak seperti menggelegaknya air yang dijerang.

Glasier yang cair di Cuba berukuran kira-kira 500 meter panjangnya telah menyebabkan Tsunami kecil di sana. Bayangkan betapa glasier yang berada di puncak bukit telah mengalami pencairan lantas tumbang dan jatuh ke dalam sungai yang berada di kaki bukit. Diramalkan glasier-glasier lain di bukit tersebut mungkin akan mengalami pencairan dan seluruh penduduk di kawasan berkenaan diarah untuk berpindah.

Berbicara mengenai pemanasan global atau global warming ini, saya terpanggil untuk bertanya apa peranan mahasiswa dalam usaha untuk menangani gejala ini.

Sokongan anak muda diperlukan untuk membantu mengurangkan pemanasan global ini.
Sedarlah anak muda terutamanya mahasiswa/i yang terpelajar, jika kita sendiri tidak menjaga dan membantu mengurangkan pemanasan global, dengan siapa lagi hendak kita harapkan? Satu kata-kata yang amat bermakna yang masih saya ingat hingga kini.

"Dunia Masa Kini Adalah Milik Anak Muda, Kerana Anak Muda Kini Pemimpin Masa Depan"


Selasa, April 13

~ Permohonan Kerja Melalui Surat (Cover Letter) ~

Klik sini Untuk Besarkan

Surat ikhlas yang dihantar kepada bakal majikan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kerja, tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuat Cover Letter (CL), anda dinasihatkan untuk belajar dari Mohd Kamal bin Abdul Ghafar. Seorang yang mahir dalam penulisan surat secara ugutan untuk mendapatkan kerja. Ha ha. :)
 
blogspot counter