Khamis, Januari 1

~Bercuti Di Tahun Baru~

Selamat tahun baru semua. Hari ini, hari khamis, tanggal 1 Januari 2009, aku meluangkan masa untuk merehatkan diri sambil mencari bahan-bahan keperluan di The Mines, Serdang. Hari ini, kami keluar berlima. Kami yang aku maksudkan terdiri dari Aku, Syuk, Gee, Lin, dan Hana. Cukup kuota nak kawin empat. Haha.

Kami keluar kira-kira jam 12 tengah hari. Sebelum bergerak, aku sempat berbual dengan seorang foreigner dari China. Kami berbual dalam bahasa Cina dan selang seli dengan bahasa Inggeris. Dia amat berminat untuk mengambil lesen, memandangkan kolej yang didiami nya, agak jauh dari fakulti iaitu, Kolej Keris Mas, manakala fakulti nya adalah FST. Agak lama kami bersembang. Adalah lebih kurang 20-25 minit. Orang nya agak tampan. Namanya Jo. Seorang yang peramah dan petah berkata-kata. Amat seronok berbual dengan nya. Jo ada mengatakan yang rakan-rakan nya yang lain membawa kereta tanpa lesen memandu. Dan, apabila ditahan polis, polis meminta duit sebagai 'saguhati' untuk melepaskan mereka. Ternyata, polis-polis Malaysia kebanyakan nya mengamalkan rasuah. Mungkin pendapatan mereka tidak mencukupi atau memang sudah ketagih untuk meminta dan memberi rasuah. KORUPSI! Mudah-mudahan, mereka yang terlibat dalam amalan ini, segeralah berhenti berbuat demikian kerana, duit yang diterima adalah duit haram. Dan, duit haram akan menjadi darah daging yang kotor buat keturunan mereka. Tidak berkat hidup mereka akibat duit itu. Bukan mereka sahaja, malahan, keturunan mereka turut terlibat sama. Bak kata pepatah, 'Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga'.

Selepas habis berborak, aku singgah sebentar di Pusanika. Melihat bakal-bakal MPP menaiki bas untuk 'bercuti' di A'Famosa Resort, Melaka. Kira-kira 10 minit disana, aku menumpang Dzareen untuk ke Hentian Bas di Luar UKM. Terima kasih Dzareen @ Lolo.

Kira-kira jam 1 tengahari, kami tiba di Mines. Tanpa melengahkan masa, kami terus menyerbu TGV untuk menempah tiket wayang. Kami menonton 'Bedtimes Stories' pada jam 3.20 petang.
Cerita nya agak seronok. Ternyata, filem-filem WALT DISNEYS memang berbaloi untuk ditonton. Bagi sesiapa yang belum menonton nya, silalah ke pawagam berhampiran untuk menontonnya. Sangat sesuai untuk tontonan umum. Lakonan Adam Sandler amat mantap. Tidak hairanlah, filem-filem yang beliau bintangi, pasti aku tak terlepas untuk menonton. :)

Cerita tersebut tamat kira-kira jam 5 petang. Selepas itu, kami beramai-ramai ber'shopping' sakan sebab, duit PTPTN baru masuk. Hehe. Tak lama nampaknya duit PTPTN ini bertahan. :(
Insya Allah, sem ini, aku akan cuba berjimat. Yang penting, aku takkan mintak duit daripada Mama lagi seperti mana yang berlaku pada sem lepas.

Jam tujuh, kami pulang ke UKM. Alhamdulillah, perjalanan pada hari ini dipermudahkan. Semua berjalan lancar. Tiada halangan sukar, dan yang penting, kami ENJOY!


^ ^
p/s: aku amat tertarik dengan BUGSY, si Guinea Pig bermata bulat. (0_0)

BEDTIME STORIES



Adam Sandler bersama Bugsy

0 Comments:

 
blogspot counter