Rabu, April 15
~Sajak : Sungai Langat~
Sungai Langat,
Aliran derasmu dari Gunung Nuang,
destinasinya ke Selat Melaka,
berbekalkan sumber air yang bersih,
kau menjadi sungai terpenting.
Sungai Langat,
Dengan kehadiran bijih timah,
mineral-mineral industri yang lain pada satu ketika,
kau gah menjadi perantara yang terkenal.
Sungai ku,
walaupun terdapat kawasan paya di laluanmu,
jika sekiranya ia diusahakan,
aku yakin,
sebenar-benar yakin,
kau mampu terkenal,
menjadi tempat pelancongan seperti di Johor.
Engkaulah menghubungkan universitiku denganmu,
aliranmu dinamakan Alur Ilmu,
dari FPI ke FST,
engkau mengalir tanpa henti.
Sungai Langat,
Cuma satu yang aku harapkan,
pulihlah dirimu seperti sediakala,
tanpa pencemaran yang nyata,
tanpa sampah dan sarap yang berleluasa,
aku yakin,
kau GEMILANG seperti dulu.
Hasil nukilan dan idea asal : MOHD RASYDAN BIN MOHD RAIS A119727
(berenang di sungai langat)

p/s: sape nak tiru, amiklah.. Hantar kat mane2 suratkabar. Leh dapat name.. hahaha.

Sajak diatas adalah hasil nukilan ku sendiri. Terpaksa dibuat kerana ia merupakan assignment ku untuk kursus, Sumber Bumi. Subjek Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa. Kelakar sungguh rasanya membuat sajak kerana aku bukanlah sasterawan untuk menulis sajak yang begitu puitis. Aku bukanlah seperti Basir yang penuh dengan idea-idea untuk membuat sajak. Aku juga bukanlah seperti Waqi yang rajin. Hasilnya, itulah sajak aku yang tak seberapa.
p/s: sape nak tiru, amiklah.. Hantar kat mane2 suratkabar. Leh dapat name.. hahaha.
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
5:00 PG
Ahad, April 12
~Cinta Jangan Dinanti~
Biar kuungkap cinta
Cinta begitu besar
Biarkan itu menjadi
Rasa indah yang ku miliki
Cinta tak sepantasnya
Tertutup tertepis saja
Biarku ungkap semua
Perasaanku terhadap mu
Ku pasti bisa bahagiakan dirimu
Secepatnya sebekunya takkan perasaanku
Slama ini
Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati
Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati
Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati
Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati
p/s: For my love..................
(Download - CLICK HERE)
*CREDIT TO ABDUH*
Cinta begitu besar
Biarkan itu menjadi
Rasa indah yang ku miliki
Cinta tak sepantasnya
Tertutup tertepis saja
Biarku ungkap semua
Perasaanku terhadap mu
Ku pasti bisa bahagiakan dirimu
Secepatnya sebekunya takkan perasaanku
Slama ini
Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati
Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati
Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati
Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati
p/s: For my love..................
(Download - CLICK HERE)
*CREDIT TO ABDUH*
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
10:09 PTG
~Kebingungan~
Adoi. Merujuk kepada tajuk diatas, aku tengah kebingungan sekarang ni. Macam mana lah aku nak study. Huhu. Asyik tak de mood je nak study. Boleh lingkup aku sem ni. Huhu.
Ya Allah. Berilah kekuatan untuk aku mengharungi dugaan Mu ini.
p/s: NOT IN THE MOOD!
Ya Allah. Berilah kekuatan untuk aku mengharungi dugaan Mu ini.
p/s: NOT IN THE MOOD!
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
9:52 PTG
Jumaat, April 10
~I'm Back~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hehe.. Lama tak berceloteh di blog ini. Sesungguhnya, masa amat mencemburui diri ini bermula sebulan yang lalu. Terlalu banyak kerja yang terpaksa ku lakukan sehingga akhirnya, aku jarang mempunyai masa terluang untuk menulis post. Hehe. Memandangkan peperiksaan akhir semester sudah hampir seminggu je lagi, sekarang tibalah masa untuk aku mengundurkan diri dari dunia yang mengkhayalkan. Aku perlu fokus untuk peperiksaan akhir ini. peperiksaan yang akan menentukan hala tuju majoring Geologi. Minta-mintalah aku dapat majoring yang telah ku pilih iaitu Geologi Petroleum.
Orait~.
Untuk post ini, aku nak berkongsi satu video yang memang lawak gile ni ngan korang. Lagu yang dinyanyikan oleh adik Faizal Tahir, iaitu Anas Tahir, bersama Akbar. Dengarkan.....

11:26 PG
Isnin, Februari 23
~Special Untuk Abg Kid~
Abang Kid dan juri Raja Tarik yang lain mempersembahkan aksi Tarik. Boleh masuk pertandingan ni abang kid. Hehe. :P
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
3:41 PG
Jumaat, Februari 13
~PemimpinKu~
Negara kini telah berdebu...
Lusuh tak menentu terumbang ambing palsu...
Selonggok sapu lidi pun tak mampu membasuh...
Hanya setokoh Luhur yang kami perlu...
Bukan segaris pengabdi pada dunia yang jemu...
Kita tak mencari pemimpin...
Namun memwujudkan pendorong...
Bangsa ini telah terpuruk...
Pilihlah mereka yang nerupakan petunjuk...
Bukan harapan tinggal harapan...
Setiap insan mari membangun...
Setiap jiwa mari berkumpul...
Jadikan negara ini subur...
Akan budi luhur dan pekerti timur...
Maju Bangsaku Maju Kolejku..

9:39 PG
Jumaat, Januari 30
Rabu, Januari 21
~ AKU DI TAG! : Part 4~
35 Little Secrets:
Who was your last text from?
~ Syukriah Syuhada
Where was your default pic taken?
~My house
Your relationship status?
~ in relationship
Your relationship status?
~ in relationship
Have you ever lost a close friend?
~ yup..
What is your current mood?
~ happy
What's your brother's name?
~ Mohd Rizuan Mohd Rais, Mohd Rafiuddin Mohd Rais, Mohd Riffhan Mohd Rais
What's your favorite color?
~ Black, Turqoise
What's your favorite color?
~ Black, Turqoise
Where do you wish you were right now?
~ my home sweet home
Have you ever been in trouble with the cops?
~ nope
Ever had a near death experience?
~ yes, time form 3.. nyaris-nyaris..
Something you do a lot?
~ pumping gune sblh jari
Angry at anyone?
~ yup
What's stopping you from going for the person you like?
~ kena marah
When did you cry last?
~ tak ingat..
Is there anyone you would do anything for?
~ yup,my family
What do you think about when you are falling asleep?
~ arwah tok.. miss her a lot
Who was the last person you talked to on the phone?
~ Cheng
What is your favorite song?
~ Mantera Beradu
What are you doing right now?
~ Answering tag by kak ika
Who do you trust right now?
~ trust membe-membe rapat je..
Where did you get the shirt you are wearing?
~ mama bagi
Who did you hold hands with last?
~ salam ada la kot
What is your lucky number?
~ 8
Who are your closest friends as of today?
~my love
Describe your life in one word?
~ terrible
Have you ever kissed in the rain?
~ haha..
Who are you thinking of right now?
~ secret
What should you be doing right now?
~ Solat maghrib
What did you do yesterday?
~ wat peta malaysia.
What are you listening to right now?
~ entah la. Lagu merepek je..
Who was the last person you hugged?
~ Membe lame..
Who do you hate at this moment?
~ 'Abang Penimbul Provokasi'
Do you act differently around the person you like?
~ nope
What is your natural hair color?
~ black.. skrg da beruban. So, Black n Grey
Who was the last person to make you laugh?
~ Basiaq
5 person you want to tag.
~Basiaq
~Dila
~Qila
~Fnd
~Kak Ana
5 person you want to tag.
~Basiaq
~Dila
~Qila
~Fnd
~Kak Ana
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
3:36 PG
~Aminuddin Baki's Carnival 2009~
Salam semua. Maaf kerana tak selalu mengemaskini post-post terkini di blog ini. Kehidupanku ketika ini sangat sibuk. Memandangkan program anjuran sekretariatku di Kolej Aminuddin Baki yang diberi nama, Aminuddin Baki's Carnival 2009 semakin mendatang, aku perlu berusaha memastikan segala usaha yang aku dan rakan-rakanku yang lain laksanakan tidak sia-sia. Aku perlu buktikan, program kami juga semantap KARISMA (program kolejku jua, anjuran Sekretariat Hal Ehwal Siswi).
Kepada kawan-kawan semua, silalah datang ke Aminuddin Baki's Carnival 2009 (ABC '09) 6-8 Februari 2009. bertempat di kolejku pada Pelbagai program menarik menanti anda. Jom join. Hehe. Sempat pulak nak promote. Anyway, tolong doakan aku tenang menghadapi situasi-situasi genting. Doakan aku tabah menghadapi segala pahit getir dan PROVOKASI dari pihak tertentu.
Sekian.
"United We Stand, Together We Rule"
(p/s: pada sesiapa yang hadir akan diberikan hadiah 'misteri')

3:10 PG
Khamis, Januari 1
~Bercuti Di Tahun Baru~
Selamat tahun baru semua. Hari ini, hari khamis, tanggal 1 Januari 2009, aku meluangkan masa untuk merehatkan diri sambil mencari bahan-bahan keperluan di The Mines, Serdang. Hari ini, kami keluar berlima. Kami yang aku maksudkan terdiri dari Aku, Syuk, Gee, Lin, dan Hana. Cukup kuota nak kawin empat. Haha.
Kami keluar kira-kira jam 12 tengah hari. Sebelum bergerak, aku sempat berbual dengan seorang foreigner dari China. Kami berbual dalam bahasa Cina dan selang seli dengan bahasa Inggeris. Dia amat berminat untuk mengambil lesen, memandangkan kolej yang didiami nya, agak jauh dari fakulti iaitu, Kolej Keris Mas, manakala fakulti nya adalah FST. Agak lama kami bersembang. Adalah lebih kurang 20-25 minit. Orang nya agak tampan. Namanya Jo. Seorang yang peramah dan petah berkata-kata. Amat seronok berbual dengan nya. Jo ada mengatakan yang rakan-rakan nya yang lain membawa kereta tanpa lesen memandu. Dan, apabila ditahan polis, polis meminta duit sebagai 'saguhati' untuk melepaskan mereka. Ternyata, polis-polis Malaysia kebanyakan nya mengamalkan rasuah. Mungkin pendapatan mereka tidak mencukupi atau memang sudah ketagih untuk meminta dan memberi rasuah. KORUPSI! Mudah-mudahan, mereka yang terlibat dalam amalan ini, segeralah berhenti berbuat demikian kerana, duit yang diterima adalah duit haram. Dan, duit haram akan menjadi darah daging yang kotor buat keturunan mereka. Tidak berkat hidup mereka akibat duit itu. Bukan mereka sahaja, malahan, keturunan mereka turut terlibat sama. Bak kata pepatah, 'Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga'.
Selepas habis berborak, aku singgah sebentar di Pusanika. Melihat bakal-bakal MPP menaiki bas untuk 'bercuti' di A'Famosa Resort, Melaka. Kira-kira 10 minit disana, aku menumpang Dzareen untuk ke Hentian Bas di Luar UKM. Terima kasih Dzareen @ Lolo.
Kira-kira jam 1 tengahari, kami tiba di Mines. Tanpa melengahkan masa, kami terus menyerbu TGV untuk menempah tiket wayang. Kami menonton 'Bedtimes Stories' pada jam 3.20 petang.
Cerita nya agak seronok. Ternyata, filem-filem WALT DISNEYS memang berbaloi untuk ditonton. Bagi sesiapa yang belum menonton nya, silalah ke pawagam berhampiran untuk menontonnya. Sangat sesuai untuk tontonan umum. Lakonan Adam Sandler amat mantap. Tidak hairanlah, filem-filem yang beliau bintangi, pasti aku tak terlepas untuk menonton. :)
Cerita tersebut tamat kira-kira jam 5 petang. Selepas itu, kami beramai-ramai ber'shopping' sakan sebab, duit PTPTN baru masuk. Hehe. Tak lama nampaknya duit PTPTN ini bertahan. :(
Insya Allah, sem ini, aku akan cuba berjimat. Yang penting, aku takkan mintak duit daripada Mama lagi seperti mana yang berlaku pada sem lepas.
Jam tujuh, kami pulang ke UKM. Alhamdulillah, perjalanan pada hari ini dipermudahkan. Semua berjalan lancar. Tiada halangan sukar, dan yang penting, kami ENJOY!
^ ^
p/s: aku amat tertarik dengan BUGSY, si Guinea Pig bermata bulat. (0_0)

BEDTIME STORIES
Disajikan oleh :
Mohd Rasydan
Pada
8:45 PG
Langgan:
Ulasan (Atom)