Khamis, Ogos 26

~ i-Network : Aplikasi Semudah ABC ~

i-Network = 'international Network'
✰ Menyatukan rakan-rakan FB dalam satu jaringan antarabangsa melalui portal pengiklanan.
✰ Memberi peluang kepada rakan-rakan FB mendapat duit poket di luar imaginasi

Apa itu i-Network?
Bermula di Malaysia pada 1 Ramadhan 1431(11 Ogos 2010)
Aplikasi Facebook rangkaian tanpa sempadan pertama di malaysia dan di dunia!!
Yuran Pendaftaran hanya RM100/RM50 dan akan menjadi USD100/USD50
apabila dilancarkan di peringkat antarabangsa pada bulan Oktober 2010
Portal Pengiklanan percuma kepada semua i-networkers!

Kelebihan Sebagai i-Networkers
Tidak perlu mencari orang. Cuma post di wall anda atau invite friend melalui Facebook sahaja.
Lebih Ramai Rakan FB anda. Lebih Besar potensi pendapatan anda!
Percuma SMS pemberitahuan dan SMS jemputan rakan tanpa had !
Bonus akan terus dimasukkan ke akaun Maybank anda!
Ruangan Iklan percuma di dalam i-network.us (Dilancarkan pd Sept 2010) bernilai RM100 satu banner
Forum VIP percuma !
Hadiah Cabutan Bertuah yang hebat menanti anda setiap bulan!
Hadiah Istimewa Bulan Ogos 2010- 3 buah Handphone HTC bernilai RM1600!

Dan Lebih banyak lagi kelebihan anda sebagai i-networker! Jadi tunggu apa lagi??!!
Sertai kami sekarang! Jadilah yang terawal! Klik tab seterusnya untuk mengetahui cara yang betul

Jangan biarkan hari raya Aidilfitri anda kali ini dibebani masalah kewangan!
Berikan Ibu Bapa dan keluarga anda tersenyum lebar di hari lebaran kali ini!

Kami, pihak admin i-network mengucapkan selamat berpuasa kepada anda!
p/s : AKAUN FREE BERNILAI RM50 AKAN DIBERIKAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI FACEBOOK FRIEND LIST 2500 PEOPLES KEATAS. (DGN PERSETUJUAN 5 UPLINE DIATAS) PROMOSI HINGGA 31 OGOS SAHAJA! MENTOR SILA EMAILKAN NAMA DOWNLINE KE inetwork.fb@gmail.com UNTUK PENDAFTARAN (dalam masa 24 jam proses pengaktifan dijalankan)

Untuk Tahu Lebih Lanjut : Klik Sini

http://i-network.us/rasydanrais

Isnin, Ogos 23

~ Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam : Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman ~

Alhamdulillah. Akhirnya, dapat juga saya bertemu secara langsung dengan seorang tokoh yang disegani, iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM. Walaupun pertemuan kami bukanlah pertemuan secara langsung, namun, dengan kata-kata Prof. Dato, cukup untuk menyedarkan saya bahawa, tanpa sains, Islam tidaklah seindah sekarang. Ada benarnya juga kata-kata Prof. Dato', kerana tanpa ilmu yang lebih saintifik dan lebih terperinci, seseorang itu tidak akan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Sehinggalah, segala kekusutan diselesaikan secara saintifik, berpandukan kalamullah, nah, ramai yang terkesima, tidak kurang yang teruja, lantas memeluk dan menghayati Islam. Sedikit perkongsian yang saya dapat dari laman MajalahSains, yang ditulis oleh editor Aqil Fitri, untuk sama-sama kita hayati, dan lebih mendalami Islam.

Al-Islamu Ya'lu, Wala Yu'la Alaih.

myho

Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman

Oleh:Aqil Fitri

Agama dan sains, adalah dua wilayah yang berbeza. Dalam sejarah Barat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Renaisans, hubungan antara agama dengan sains mula dibangkit serta dipersoalkan ekoran daripada beberapa penemuan sains yang bersifat menggemparkan seperti perubahan kedudukan bumi dari geosentrik kepada heliosentrik. Dan, dari penemuan inilah antara dampak yang melahirkan istilah revolusi sains itu.

Kemudian, apabila Barat mula memasuki Zaman Pencerahan (Enlightenment) hubungan antara agama dengan sains mula memuncak hinggakan berkumandangkan suara Laplace yang menganjurkan faham tentuismenya itu (determinism). Akhirnya, hubungan antara agama dan sains, dalam pengalaman Barat memang tidak pernah aman, meskipun vakuum agama sudah mula dirasai oleh komuniti sains mereka dewasa ini.

Sebaliknya, dalam Tamadun Islam, iaitu ketika belahan Barat masih lena lagi, hubungan antara agama dan sains berlangsung dengan suasana yang cukup harmonis dan murni sekali. Tidak pernah ada peristiwa dimana ilmuan Islam yang dibakar hidup-hidup seperti Giordano Bruno atau dipenjarakan seperti Galileo Galilei.

Jadi, perbedaan seperti inilah yang cuba diungkapkan oleh Mohd Yusof Othman (Prof. Dr) dalam wawancara beliau bersama Ummahonline Team baru-baru ini. Berlatarbelakangkan dalam displin fizik tenaga, beliau cuba membicarakan hubungan agama dan sains ini dari kacamatanya, sambil sesekali melantunkan firman Allah swt sebagai jawapan terhadap konflik sains yang berlaku di Barat. Bagi beliau, sains yang dibangunkan dalam konteks Barat ini terbatas sifatnya, yang tentunya dengan sifat ini ia tidak akan mampu membawa jalan keluar kepada kebahagian yang hakiki yang dicari oleh setiap insan.

Justeru, kepada para pembaca yang berminat untuk meneliti perspektif Professor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga pemenang Anugerah Penghargaan Maal Hijrah 1427 ini, maka eloklah disoroti hasil dari wawancara yang telah Ummahonline Team sempurnakan pada 13 Februari 2006.

Bagaimana anda melihat hubungan antara sains dengan agama?

Oh, yang menjadi isu sekarang di Barat ini kerana sains tanpa agamalah. Semua ini dari kita ini sedang menyaksikan satu keruntuhan tamadun manusia akibat tidak ada agama. Dan, tamadun Barat moden ini telah dibangunkan tanpa berasaskan agama. Jadi itu natijah yang paling jelas. Mereka eksploitasi alam ini semahunya, sehingga tidak ada nilai-nilai lagi yang memandunya. Jadi, akibatnya dia inilah. Malah, kepada saya, tentang isu yang hangat ketika ini, iaitu masalah orang yang menghina agama Islam ini, mereka sebenarnya (Barat) telah menghina agama mereka. Tapi, golongan gereja mereka tidak sehebat orang Islam dalam melawan arus ini. Bayangkanlah, bagaimana seks bebas, black metal, dll itu meluas atas alasan kebebasan yang dianjurkan oleh mereka. Ini dilema yang sedang mereka hadapi sekarang ini.

Jadi, adakah anda bermaksud agama mesti menundukkan sains? Begitu?

Tidak! Sains itu dibangunkan mesti dalam acuan agama, bukannya agama yang menundukkan sains. Mana boleh tunduk-menunduk di sini? Kita perlukan sains. Kalau tak, macamana kita nak ambil wuduk tanpa sains? Bagi tahu saya? Setakat nak cerita ambil wuduk begini begitu, air tak ada, buat apa? Juga, bagaimana kita nak membicarakan zakat, kalau harta kita sedikit? Bayangkan, kalau ada telefon bimbit, tapi tak ada agama, itulah yang pornografi masuk. Jadi, sains perlu dibangunkan dalam acuan Agama.

Sekarang ini, saya melihat, kita sedang berhadapan dengan kemusnahan. Ini bukan saya yang sebut, tetapi Fritjof Capra, fizikawan Austria, dalam bukunya The Turning Point. Capra menyatakan, aku hairan manusia Barat ini, mereka berjaya mendarat di bulan dengan tepat dan jitu, mereka berjaya membangunkan alam ini, tapi mereka tidak boleh mengawal asap-asap yang keluar dari kenderaan dan kilang-kilang yang telah mencemarkan alam sekitar hingga ini mencetuskan global warming. Barat pun tahu, yang menyebabkan Taufan Katrina disebabkan oleh gempa bumi. Tapi kemusnahan alam ini masih berlaku. Barat juga membicarakan tentang maayarakat sejahtera. Mereka manifestasi dalam dalam filem-filem, tapi sebaliknya konteks kebahagiaan yang mereka hasilkan ialah, seorang isteri tidak boleh menghormati suaminya dan sebaliknya, anak-anak tidak tahu dididik oleh ibu bapanya serta pemimpin-pemimpin yang membohongi rakyatnya, dll. Ini yang disebut oleh Fritjof Capra itu. Melihat dari kehancuran ini, bangkit satu golongan yang mahu melihat keserasian antara agama dan sains, tapi malangnya orang-orang yang menguasai media massa ini adalah mereka yang ekstrim sekularnya, sebab itu mereka tidak membawa aspirasi yang bertentangan dengan mereka.

Ya, bila kita merujuk kepada Fritjof Capra juga, iaitu dalam bukunya yang satu lagi The Tao of Physic, memang Capra menoleh penyelesaian masalah-masalah Barat kepada ajaran Timur. Tetapi, apakah ini boleh membuktikan bahawa memang wujud kekosongan spiritual yang besar dalam masyarakat Barat itu?

Ya. Sebab itulah ramai saintis Barat mengajak balik kepada spiritual dan agama. Malah, Albert Einstein yang dianggap sebagai tokoh yang begitu hebat pernah menyebut, sains tanpa agama laksana orang gila memegang kapak. Dan, kalau saya menambah, sains tanpa agama kemusnahan, agama tanpa sains tempang. Amalan agama tidak boleh dilaksanakan tanpa agama. Sebab itu, tujuan manusia diciptakan oleh Allah swt ialah untuk menjadi khalifahnya. Khalifah ini tidak boleh dilaksanakan tanpa ilmu pengetahuan iaitu sains itu. Bagaimana saya nak bela kambing, bagaimana saya nak bercucuk tanam dan segala-galanya, kalau tanpa sains? Tetapi, kalau dibiarkan sains itu, maka ilmu yang berhubung dengan penerokaan alam itu akan terlepas tanggaungjawab dengan Tuhannya, maka inilah jadinya. Jadi, kita kena sedar, dalam konteks Islam, tujuan agama itu bukannya amalan-amalan ritual semata-mata. Dan, sebab itu, Islam tidak memisahkan amalan ritual dengan bentuk yang lain-lainnya.

Bagaimana pula dengan usaha yang dibuat untuk mencocokkan Al-Quran dengan penemuan-penemuan sains?

Yang ini saya tidak bersetuju! Sebab itu ada penulisan yang menyebut hal ini sebagai Bucaillisme. Kita cari apa yang ada dalam al-Quran, kemudian apa yang ada dalam sains, maka terbukti itu benar. Bukan begitu! Memang al-Quran ada menerangkan begitu, tetapi al-Quran bukannya kitab sains. al-Quran lebih besar dari itu, huda li muttaqin, iaitu memberi petunjuk, memberikan falsafah serta dasar-dasar sahaja. Maka, untuk yang terperincinya, al-Quran menyatakan fas’alu ahlaz zikri in kuntum la ta’lamun, tanyalah kepada yang pakarnya, meskipun yang kita tanyakan itu bukannya muslim sekalipun.

Sekarang ini ramai orang yang memahami agama sebagaimana Barat memahami agamanya. Jika kita tanya orang Barat yang sekular ini, adakah kamu beragama, ya saya beragama, jawab mereka. Tapi cuba kita tanya dia tentang agama Kristian, dia tidak faham. Begitu juga apa yang berlaku kepada orang Melayu dan Muslim. Dia pergi sembahyang, dia pergi puasa, dia pergi Haji, tapi apabila kita sebut mengapa kamu membuat perkara ini hingga merosakkan alam, dia akan cakap I dont care. Ini disebut sebagai orang yang bersifat indifferent, saya tak kata muslim ini sekular. Indifferent terhadap agamanya, dan juga terhadap sains. Dia tidak akan sedar keserasian dua hal ini, setelah ia ditanam dengan nilai-nilai yang meroskakkannya ini.

Sebab itu kita perhatikan, ramai ahli-ahli sains tidak kisah tentang masyarakatnya. Sebab memang pendidikan sains yang kita terima di sekolah itu telah memisahkan sains daripada masyarakat. Ilmu yang berkaitan dengan pengurusan masyarakat itu diajar kepada orang lain sebenarnya. Sebab itu, orang sains mereka hanya belajar satu perkara saja, dan akhirnya mereka merasa seronok. Itu yang jadi bahayanya. Sekarang persoalannya, bagaimana nak mengembalikan sains seperti yang diterapkan oleh Al-Farabi, Al-Kindi, Ibn Sina, dll?

Sebenarnya, di manakah kedudukan anda, bila pemenang Hadiah Nobel Fizik, Abdus Salam sendiri telah mengkritik Hossein Nasr tentang gagasan Sains Islam, manakala di waktu yang sama anda pula menawarkan Sains Insan dalam banyak tulisan anda? Jadi, di mana posisi anda?

Ok, sekarang ini sebelum menjawab soalan anda ini, kita kena jelaskan dahulu, apa itu definisi sains? Kalau menurut orang Barat sendiri, iaitu Peter Medewar, salah seorang pemenang Hadiah Nobel, dia menyebut sains adalah satu usaha (di sini, pada awalnya bukannya ilmu pun yang disebutnya, malah dia nak cuba elak dari menggunakan perkataan ilmu) untuk memahami fenomena tabii alam secara rasional, objektif dan sistematik dengan menggunakan kaedah yang tertentu, yang diperantikan untuk menumpukkan pengetahuan, daripada seseorang itu tidak tahu kepada tahu. Itulah ringkasnya apa yang dimaksudkan oleh Medewar tentang definisi sains ini.

Definisi ini kita boleh jelaskan begini. Umpamanya, Galileo Galilei ambil sebiji batu dan dilepaskan di Menara Pisa, kemudian setelah itu dia ambil bulu ayam pula dan dilepaskan. Di sini, dia tengok sama atau tidak masa untuk objek-objek ini mendarat. Oh, tak sama, kata Galileo. Jadi, untuk menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayainya, maknanya, bila saya membentang ilmu menurut kaedah ini, maka semua orang boleh terima, boleh mempercayainya. Kalau kita lihat takrifan sains seperti ini, maka kita akan perhatikan ada lima perkara yang perlu kita lakukan untuk membangunkan sains ini.

Pertama, kemampuan untuk melihat fenomena alam tabii, dan kedua ialah secara rasional, manakala ketiga kita mesti ada alat atau kaedah tertentu, iaitu kita mesti tanya kenapa batu dengan bulu ayam tidak jatuh sama dalam kes Galileo tadi? Begitu juga, contohnya, kita mesti Tanya, kenapa api yang panas membakar? Kenapa pisau yang tajam memotong? Kenapa air yang dicincang tidak akan putus? Petanyaan ini boleh dijawab sama ada melalui eksperimen seperti Galileo Galilei, atau pun teoritikal seperti yang dilakukan oleh Albert Einstein atau Abdus Salam. Dan, yang keempatnya, kita akan menumpuk pengetahuan. Aakhirnya, yang kelimanya ia boleh dipercayai. Dalam sains ada error analysis. Kenapa ada error analysis ini? Jadi untuk mengelakkan error analysis ini kita mesti melakukan ujikaji berulang-ulang kali supaya sebarang unsur-unsur yang manusiawi itu dapat dielakkan.

Itu definisi sains. Jadi, bagaimana pula untuk membangunkan sains? untuk membangunkan sains ini kita terpaksa mengambil tiga premis. Premis pertama ialah alam ini ada tabiinya. Apa tabiinya itu? Umpamanya seperti tadi, api itu membakar, pisau itu memotong, air dicincang tidak akan putus, objek yang dilepaskan akan jatuh, pokok memerlukan matahari, itulah yang dinamakan tabiinya. Ini juga yang kita sebut sebagai sains tabii. Yang kedua ialah, lelaki atau wanita, tua atau muda, Timur atau Barat, dalam bahasa dan bangsa apapun, kita sebagai manusia boleh mempersoalkan keteraturan alam tadi. Jika pisau boleh memotong, kita boleh tanya kenapa pisau itu memotong? Kenapa api boleh membakar? Kenapa tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari? Manakala, premis yang ketiga ialah, setelah kita mengamati fenomena tersebut, kita akan mendapat keputusan dan kesimpulan yang sentiasa sama.

Nah, kembali untuk menjawab soalan anda ini, sekarang ini Abdussalam menerima takrif sains yang seperti ini sebagai premisnya. Kalau orang Islam tidak maju dalam sains, maka dia juga tidak akan maju dalam kehidupannya. Manakala, Sayyed Hossein Nasr menolak takrif sains yang seperti ini. Hujah Hossein Nasr, kalau sains memutlakkan tabii alam, umpamanya api itu membakar, jadi bagaimana kita nak menceritakan tentang Nabi Ibrahim as yang dicampak dalam api, tetapi tidak terbakar, kecualilah kita tidak percaya. Sebab itu, apabila orang-orang Barat yang subscribe dengan sains, atau saintisme ini, maka mereka juga akan memutlakkan sains sampai menafikan yang perkara-perkara yang lain daripada sains. Cerita-cerita dalam Bible misalnya, begitu juga dalam al-Quran, misalnya cerita Nabi Musa as yang membelah air laut. Macam mana kita nak percaya semua ini? Cerita al manna wassalwa yang diturunkan daipada langit ketika zaman Nabi Musa as, bagaimana kita nak percaya kejadian ini secara saintifik?

Jadi, apa kaedah untuk kita mendamaikan antara daerah sains itu dengan daerah yang barangkali kita boleh sebut sebagai metafizik ini?

Ok, saya belum habis lagi. Jadi macam mana dengan sistem kepercayaan kita? Kalau kita kita terima al-Quran itu sebagai mutlak, dan al-Quran itu wahyu Allah swt, maka kita akan mengatakan bahawa alam itu memang tabii. Api yang panas itu membakar, tetapi kebolehterbakaran api itu bukannya bergantung kepada apinya, tetapi dengan keizinan Allah swt. Dalam konteks Nabi Ibrahim as, Allah swt tidak mengizinkan api membakar. Jadi pembakaran itu berlaku dalam keadaan isolated. Tabii api memang terbakar, tetapi kebolehan api untuk membakar adalah tidak bergantung kepada dirinya sendiri. Tapi dia bergantung kepada kehendak Allah swt yang menjadikannya. Pisau yang tajam itu memotong, ya, tetapi pisau tersebut tidak akan memotong secara mutlak. Jadi, di sini peranannya berbeza. Kalau tadi kita menolak agama sebab kita memutlakkan sains, manakala yang ini kita memutlakkan al-Quran. Banyak pun kes kalau saya boleh membuktikan David Copperfield. Macamana kita nak jelaskan? Orang-orang Hindu yang berjalan atas api, macamana kita nak jelaskan? Tabii ini berlaku sebab manusia dilantik oleh Allah swt sebagai khalifahnya. Maka manusia mesti tahu. Tetapi pengetahuannya tidak mutlak.

Jadi, umpamanya kita ungkapkan apa yang dikatakan oleh Ian G. Barbour dalam bukunya When Science Meets Religion, katanya fenomena fizik quantum sendiri telah menunjukkan peranan Tuhan?

Tidak! Fizik quantum itu berlaku secara tabii. Kita tidak boleh menerangkan alam ini secara Newtonian apabila kita pergi kepada peringkat mikroskopik. Jadi Newtonan disini tak boleh pakai lagi. Dan eksperimennya memang menunjukkan demikian. Jadi, fenomena itu berlaku berlaku secara tabii. Justeru, fenomena ini berlaku bukan sebab ada Tuhan atau sebaliknya. Peranan Tuhan jauh lebih besar dari itu. Sebab itu saya cukup bimbang dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Maurice Bucaille. Kaedah di mana, ada dalam al-Quran, dan dalam sains, maka ianya ada. Ini juga diiukuti oleh Harun Yahya dari Turki itu. Saya benar-benar bimbang dengan kaedah ini. Kaedah ini sebenarnya boleh ’menipu kita. Umpamanya, kalau sesuatu itu tidak ada dalam sains bagaimana? Ini kerana kita melihat seolah-olah sains itu mutlak.

Tapi saya tahu, sekarang ini golongan mereka ini (aliran Bucaillisme) telah merubah pendekatan. Mereka mula mengatakan ilmu yang kita miliki ini kecil. Dalam Islam, kita kena terima bahawa ilmu daripada Allah swt ini macam lautan. Umpamanya, dalam kehidupan manausia, yang hendak dicari itu ialah kebahagian. Bahagia itu ada apa? Di mana ada kebahagian? Jadi, dalam Islam bahagia bukannya boleh disaintifikkan. Dalam surah al-Hujurat, Allah swt ada menegaskan mengenai kebahagiaan ini melalui jalan memeluk agama Islam. Begitu juga, saya tidak boleh memberi kebahagian kepada isteri dan anak-anak saya. Tetapi bahagia itu akan diberi oleh Allah swt, sekiranya saya berusaha untuk keimanan dan saya tidak boleh tipu isteri saya. Tetapi di Barat lain. Kita baca tentang, misalnya Catherine Zeta-Jones berkahwin dengan Michael Douglas. Mereka menggunakan taruhan wang sebagai penentu kepada berpisahnya mereka. Siapa yang curang akan mendapat wang itu. Dalam Islam, pergantungannya bukan kepada kebendaan. Jadi premisnya sudah lain. Justeru, sains itu perlu berada di bawah Islam tadi. Sains hanya sebagai alat sahaja. Sebab itu saya tegaskan bahawa sains perlu dibangunkan dalam acuan Islam. Jadi itu caranya yang sebenar.

Itu juga yang saya cuba sampaikan dalam banyak tulisan saya. Sebab, masalah dalam penulisan ini, buah-buah fikiran yang ada dalam minda saya, kemudiannya saya nak bentangkan dalam makalah atau buku. Jadi bila orang lain yang membaca, dia tidak faham macam saya faham. Apatah lagi bila mereka membandingkan antara siapa Abdus Salam dengan Yusof Othman itu. Lalu, mereka tidak berani nak komen dah. Jadi silapnya di situ. Abdus Salam silapnya di situ. Abdus Salam marah kepada Sayyed Hossein Nasr dalam buku Islamic Science, Pervez Hoodbhoy. Kata Abdus Salam, kalau kita mengajak orang kepada Sains Islam maka kita akan melakukan kemusnahan. Kemudian, balas Sayyed Hossein Nasr pula, kalaulah benar hujah yang dikemukakan oleh Abdus Salam tadi, tentulah orang-orang Barat, apabila dia berkarya dalam sains dan teknologi, dia tidak akan hilang agamanya. Tetapi, kenapa ahli-ahli sains Barat ini makin jauh dari agamanya?

Jadi, adakah ini juga menunjukkan bahawa sains itu tidak bebas nilai?

Ya, mereka pergi kepada nilai-nilai saintifik, atau dewasa ini turut dikenali sebagai saintisme. Dan, hari ini kita boleh perhati masyarakat ini menggunakan nilai ini, dia suka pada saya, saya pula suka padanya, so what? Tanpa ada rasa malu lagi. Malu ini bila ada bersalah. Sebab, apabila nilai agama sudah tidak ada, maka hilanglah rasa bersalah itu. Seseorang itu tidak akan mencuri hak orang, kalau dia mempunyai agama.

Perbincangan antara sains dengan agama juga akan membawa kita kepada perbincangan antara alatnya, iaitu akal dan wahyu. Tetapi tidakkah wahyu dan akal itu sejajar, maksudnya masing-masing saling merlu-memerlukan?

Bukan! Ilmu manusia yang menggunakan akal itu seumpamanya titisan air sahaja. Manakala ilmu Allah swt (wahyu) itu seluas lautan. Ilmu yang ada kalimat itu, itu sebenarnya ilmu Allah swt. Alif Lam Min itu saya tidak tahu maknanya. Sebab itu ada Paderi Kristian yang pelik dan pernah bertanya, kenapa muslim dia sembahyang juga walhal dia tidak faham? Sedangkan kami yang Kristian ini faham apabila kami sembahyang. Dan, saya kata hujah tersebut tidak betul. Muslim memanglah tidak faham. Muslim, bila mereka sembahyang dia tidak tahu kenapa? Ini kerana aslama. Tetapi kalau dia berdoa, dia kena tahu apa yang dia baca. Saya tidak tahu kenapa saya baca al-Fatehah sewaktu sembahyang. Tapi itulah menunjukkan aslama. Kita menerima ritual tanpa ada membangkitkan persoalan-persoalannya. Sebab itu, kalau kita nak tahu makna-makna al-Fatehah setahu-tahunya, itu sesuatu yang mustahil. Sebab itu adalah wahyu Allah swt. Yang muslim tahu ialah sebahagian kecil untuk kita beramal sahaja.

Jadi kalau kita berbalik kepada quantum, ia sebenarnya tidak ada apa-apa. Quantum, meksipun di sana terselit pengajaran, ianya hanya mengambarkan perubahan dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, iaitu dari pendekatan klasik (Newtonan) sudah tidak boleh digunakan. Ibaratnya, saya berada di kampung dan datang ke bandar, saya tidak boleh menggunakan paradigma kampung untuk tinggal di bandar lagi.

Tapi, adalah tidak tepat kalau kita menolak Newtonan sepenuhnya, kerana ia masih dapat berfungsi dalam alam makroskopik?

Ya, ia benar dalam alam makroskopik. Tetapi ia sudah tidak relevan dalam alam mikroskopik. Malah, sekarang ini kalau anda tanya saya, maka saya akan tambah lagi tentang nanoteknologi. Apabila orang mula bercakap tentang nanoteknologi, apakah nano zarah itu memerlukan tenaga seperti kita sekarang? Itu satu persoalan yang sangat besar. Sebab, asas kepada gerakan Newton adalah suatu objek yang bergerak itu memerlukan rintangan, kalau tidak ia tidak boleh bergerak. Saya nak bergerak ini, mesti ada rintangan. Dan, dalam menerangkan bahan superkonduktor material seperti ini, iaitu tentang nanoteknologi ini, ia tidak ada rintangan.

Wah, tanpa menggunakan tenaga, zarah tersebut masih boleh bergerak?

Ia, zarah tersebut masih boleh bergerak. Telah pun diuji, bahawa elektron masih boleh bergerak dalam bahan superkonduktor, meskipun tanpa rintangan dan tanpa tenaga. Jadi, kalau sesiapa boleh jelaskan hal ini, dia dapatlah Hadiah Nobel (ketawa). Kini apabila Werner Heseinberg membangkitkan soal dualiti (zarah-gelombang), maka kita kini tidak menngunakan Newtonan lagi. Dan, mungkin suatu masa nanti, kita tak pakai dah keadaan quantum ini. Kita beralih kepada yang lain pula. Itu sesuatu yang tidak mustahil boleh berlaku.

Bagaimana pula dengan Teori Kenisbian Einstein?

Ya, macamana Einstein mengamati objek di cakrawala. Dia merumuskan tidak ada objek yang tidak bergerak di cakrawala tersebut. Ya, pengamatan ini betul. Jadi, pandangan tiga dimensi yang selama ini (Newtonan) kita tidak boleh dipakai lagi, maka kita kena tambah satu lagi, menjadi empat dimensi, iaitu masa. Dengan adanya dimensi masa ini, maka ia boleh untuk menerangkan pergerakan objek-objek di cakrawala itu. Sebab itu, kalau kita nak menerangkan, umpamanya teori denguman besar (Bing-Bang theory), kita mesti guna teori kenisbian ini.

Sebagai seorang saintis muslim, sikap anda sendiri terhadap teori kenisbian ini?

Ya, tak ada masalah. Teori ini hanya untuk menjelaskan. Saya makan nasi saya kenyang. Memang kenyang itu Allah swt itu bagi, jadi apa salahnya jika saya cuba nak jelaskan kenapa saya boleh kenyang. Tetapi jangan sehingga sains itu mengawal hidup saya, budaya saya, dll.

Sekali lagi, bagaimana mahu menjelaskan peranan Tuhan dalam kejadian alam. Pertama, adakah Tuhan menciptakan kesempurnaan alam, lalu membiarkan alam terurus secara tabii (deis), atau kedua, Tuhan menciptakan alam lalu sentiasa campur tangan, dari masa ke semasa, dalam penciptaannya tersebut?

Itu pandangan siapa? Itukan pandangan Kristian! Tuhan sentiasa campurtangan dalam segenap aspek penciptaannya. Kalau kita telaah dalam surah al-Sajadah, Allah swt ada menegaskan peranannya yang terus menerus, tanpa henti-henti. Kalau tidak, seperti tadi, macam mana kita nak menjelaskan Nabi Ibrahim as tidak terbakar?

Jadi, adakah langsung tiada ruang untuk kita jelaskan secara mantik soal-soal ini (metafizik)?

Ya, memang tidak ada ruang untuk itu. Sebenarnya, orang yang bermula cakap-cakap begitulah, itulah dia akan mula cipta ajaran sesat. Yang perlu kita tahu ialah, bagaimana kita nak memahami tabii-tabii alam ini, dan bagaimana kita dapat bertindak dengan alam supaya kita tidak terkeluar dari batas-batas agama. Kita tidak percaya pada azab kubur. Sahabat Rasulullah saw pernah bertanya, apakah benar Tuhan akan menghidupkan kita semula?. Sebaliknya Rasullah saw menjawab dengan mudah, apakah susah sangat Tuhan nak menghidupkan semula daripada yang telah ada, berbanding menciptakan sesuatu dari tidak ada langsung. Jadi, di sini Rasulullah mengajak ummatnya untuk berfikir dengan paradigma begitu.

Mudahnya, muslim seharusnya mempunyai paradigma yang berbeza?

Ya, begitu. Sebab masalahnya sekarang ini, maaf jika saya katakan, bahawa kalau kita perhatikan agama-agama lain, mereka cuba untuk mencipta Tuhannya sendiri. Sebenarnya, dalam Hindu pun, Tuhannya tidak boleh digambarkan. Sebab itu, implikasi bila munculnya karikatur Rasulullah saw ini, menunjukkan bahawa golongan-golongan ini (Barat) sudah lama dah mempermainkan agama. Malangnya, orang-orang Kristian sendiri tidak memberi respons. Macam kumpulan Sister in Islam ini, mereka minoriti, tetapi dia bising bukan main lagi. Bila dia mendakwa mereka mewakili wanita Islam di Malaysia, itu tidak betul.

Becakap tentang krisis tafsir agama ini, termasuk juga bagaimana kita nak melihat sains, adakah ini menandakan kita memerlukan dialog atau pun satu bentuk kawalan sepihak?

Kalau tentang sains dengan agama tadi, dialog itu memang perlulah. Tetapi yang pentingnya kita kena tukar paradigma kita berfikir. Paradigma kita ialah, al-Quran itu mutlak, manakala sains ini baru dan tidak mutlak. Malah, Fittjof Capra juga mengatakan sains itu tidak mutlak. Apa buktinya sains itu tidak mutlak? Teorinya yang berubah-ubah. Teori atom contohnya, Dalton, Rutherford dan Sommerfeld masing-masing mempunyai tafsiran teori yang berbeza. Malah, sekarang ini kita gunakan tahap tenaga (energy level), ia lagi berbeza. Jadi, kalau itu sifat sains, maka banyak lagi kita tidak tahu. Albert Einstein sendiri juga menyatakan, makin banyak kita teroka, makin banyak juga yang kita tidak tahu.

Jadi, kita lihat sains itu relatif, sebaliknya al-Quran itu tidak relatif. Kita tahu, al-Quran menunjukkan (penjilidannya itu) sebuah kerja yang saintifik, kajian, yang sampai hari ini pun berterusan menunjukkan hebatnya kajian itu. Apa buktinya? Tidak boleh orang mempertikaikan keaslian Al-Quran. Terbukti, memang tidak ada orang yang berjaya mempertikaikan. Sepanjang zaman, orang telah cuba, tapi akhirnya usaha itu dapat disangkal. Bible yes! Sebab Bible tidak ada teks yang asal, iaitu daripada kata-kata atau ucapan Nabi Isa as. Sebab orang Kristian kata, dalam Bible itu ada kata-kata Jesus Christ, Cesar dan sebagainya. Tapi dalam al-Quran tidak ada. Malah, mereka yang nak buktikan bahawa Al-Quran ini cumanya kata-kata Rasulullah saw, maka tentunya kita boleh bezakan bila kita tengok cara grammar antara Al-Quran dengan Hadith, itu sudah nyata lain sekali. Macam, Innama al-amal bi al-niyyat (setiap amalan bermula daripada niat), maka ini grammar hadith. Saya sendiri sedang menulis satu buku, buku yang bertajuk, Sains, Masyarakat & Agama, sebagai usaha untuk menjelas tentang hubungan antara ketiga-tiga ini.

Begitu juga berbalik kepada tadi, apa itu definisi sains? Dan, bagaimana sains dapat menjelaskan tentang Isra wa Mikraj, misalnya. Jika anda tidak percaya, anda telah menolak Al-Quran. Firman Allah swt dalam surah al-Isra, subhanalladzi asra bi ‘abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa, (mahasuci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa). Sebab itu saya kata, bila kita terlalu kuat sangat sainsnya seperti yang difahami oleh Barat, maka kita akan mengesampingkan agama, dan akhirnya perkara-perkara seperti ini yang kita tidak akan percaya. Sebab itu, saya bimbang dalam sistem sekolah kita mengajar agama itu bukan dalam konteks huda li muttaqin, tapi agama dalam konteks sains. Itu silapnya.

Tentang kebimbangan anda ini, adakah ini juga kesan dari apa yang anda pernah sebut tentang konsep dualisme dalam pendidikan itu?

Pada saya, ini orang yang tidak faham. Dualisme itu ada. Macam, lelaki dan perempuan ada, positif dan negatif ada, tapi dualisme itu tidak bererti kita pisahkan. Dualisme itu ialah saling lengkap-melengkapi, baru nice. Agama yang mengajak orang itu berbuat baik, sebaliknya sains tidak mengajak ke arah itu. Sila beritahu saya? Sains sebenarnya hanya menyatakan tentang etika masuk makmal, etika belajar, tetapi hakikatnya etika menurut agama itu lebih tinggi kedudukannya. Sebab agama itu adanya dosa dan pahala. Dosa dan pahala itu lebih besar nilainya dari harta, dan apa-apa yang kita pada ada.

Maknanya tentang dosa dan pahala ini, anda menganjurkan penekanan kepada dimensi metafizik, kemudiannya barulah fizik, begitu?

Bukan, saya tidak ada menekankan kepada mana-mana. Sekali lagi, saya menekankan sains itu perlu dibangun dalam acuan Islam. Sebab perkataan metafizik itu kita ambil maknanya dalam bahasa Inggeris. Dan, bahasa Inggeris, dalam istilah itu membawa makna yang bersifat sekular.

Contohnya?

Ya, contohnya dalam bahasa Inggeris mereka sebut justice, apa yang mereka maksudkan tentang justice ini? Maknanya di sini, seorang hakim yang mnejatuhkan hukuman itu, berdasarkan kepada prinsip sama rata. Tapi dalam Islam bukan sama rata. Dalam Islam berasaskan ayat, berlaku adillah, sebab adil itu mendekatkan kamu kepada ketaqwaan. Seorang hakim yang nak menjatuhkan hukuman dengan berdasarkan konsep adil, yang di pentingkannya ialah ketaqwaan kepada Allah swt. Sebab itulah Saidina Ali kwj tidak mempertikai baju besi yang diberi kepada Yahudi. Sebab itu juga, dalam Islam, pembahagian harta diberi dua bahagian kepada lelaki, dan satu bahagian kepada perempuan, sebab Islam itu mahu berlaku adil. Tapi sains itu tidak adil. Tapi yang dipentingkan dalam Islam ialah ketaqwaan kepada Allah. Justeru, sekarang bila anda menyebut metafizik, metafizik kita ini bererti dalam konsep dan konteks Barat, yang memisahkan itu. Ini yang saya tidak setujunya.

Itu, saya kata tentang istilah adil, bagaimana pula dengan ethic? Ethic tidak sama dengan adab dan akhlak. Ethic tidak ada Tuhan. Sebaliknya, kalau kita tengok, akhlak datangnya dari perkataan khaliq dan makhluk. Masyarakat ada Tuhan, sains itu tidak ada Tuhan. Syura itu ada Tuhan, meeting tidak ada Tuhan. Ilmu ada Tuhan, knowledge belum tentu adanya Tuhan. Iklhas ada Tuhan, sincerity tidak ada Tuhan. Jadi, dalam konteks Islam, istilah-istilahnya, yang berbentuk makna-makna kefalsafahan ini, dia tidak akan menjauhkan kita daripada Tuhan. Tetapi dalam Barat, mereka mencipta istilah itu, yang asalnya ada Tuhan, tetapi sekarang mereka telah keluarkan. Sincerity, so what? Contohnya, dalam Islam, saya ikhlas dengan dia (isterinya). Kalaulah saya tak ikhlas, saya tak jujur, tentulah bila kami dapat anak, saya tak bertanggungjawab. Tapi, bila saya ikhlas, saya bertanggunjawab.

Tetapi, etika Barat juga sedia untuk bertanggungjawab, bukan?

Dia bertanggungjawab atas apa, bila Tuhan tak ada? Kita tanggungjawab pada Tuhan nombor satu, dia tanggungjawab pada undang-undanglah. Dan undang-undang ini orang Barat cukup takut, sebab itu kita tengok orang Barat ini cukup berperaturan. Takkanlah mereka nak berperaturan dengan Tuhan, sedangkan konsep Tuhan mereka tidak ada. Sebab itulah, Islam menekankan atiullaha wa atiurrasul wa ulil amri minkum. Tapi bila pemerintah itu mengajak kita pada yang keburukan, maka kita tak boleh taat lagi.

Tetapi, bila anda menyentuh Barat nampaknya lebih berperaturan, bukankah ini menunjukkan kelemahan bila menyandarkan tangunggjawab pada Tuhan?

Itu yang saya nak sebut-sebutnya. Sebab ada sesuatu yang tidak kena pada sistem pendidikan Islam kita. Kita mengajar Islam, minta maaflah saya cakap, macam lebai punya mengajar. Dalam tak sedar, lebai-lebai ini sekular juga. Contohnya, pergi sembahyang sahaja ibadah, belajar itu tidak ibadah. Saya fikir, ini salah! Lagi, mereka ini cenderung untuk menyatakan hal-hal fardu ain seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji seolah-olah tak payah benda lain lagi, itu sekular maksud saya. Sedangkan ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan. Dalam Islam, kita hanya buat pengkelasan sahaja, tetapi bukan bermakna memisah-misahkannya. Ilmu kifayah bererti sebahagian sahaja yang memilikinya, yang lain tak payahlah. Tapi ilmu fardu ain semua orang kena miliki. Ilmu yang berhubung dengan Tuhan, ilmu yang berhubung dengan sembahyang dll adalah tuntutan semua orang (muslim). Tapi ilmu yang cari air, sebahagian sahaja yang mesti menuntutnya. Tapi jangan kata ilmu cari air ini tak penting, sebab kalau tidak ada air, kita tidak boleh ambil wuduk. Jadi, kalau begitu juga , kita boleh sembahyang. Jadi, kalau kita orang agama, yang hanya mementingkan begitu, tetapi dalam waktu yang sama kita tidak menghubungkan dalam kehidupan, maka itulah yang jadi sekular pada saya.

Terakhir, bagaimana anda mengamati, contohnya dalam kemuncak sains Islam, mereka yang belajar ilmu optik dengan Ibn Haitham, dalam waktu yang sama, ilmu-ilmu tersebut tidak akan bertembung dengan pelajaran tentang konsep cahaya oleh Suhrawadi. Bagaimana kedinamikan ini boleh berlaku?

Ya, begitu juga dengan al-Biruni. Anda tahu, tak? Galileo Galilei yang dapat anugerah pada tahun 1611, manakala pada tahun 1616 Galileo dipenjarakan, mengapa? Sebabnya, Galileo menyebut bumi yang kita diami inilah yang sebenarnya mengelilingi matahari. Dan, pada waktu itu golongan gereja yang berpengaruh dan berkuasa, maka gereja tangkap Galileo ini. Dan, Galileo ini dihukum penjara sehinggalah ke akhir hayatnya. Dan, kebetulan Galileo ini orang terkenal, makanya hanya dikenakan tahanan dalam rumah sahaja. Anak muridnya yang bernama Giordano Bruno, telah dibakar hidup-hidup. Itu sejarah mereka (Barat), sedangkan sebelum tahun 1000 Masihi lagi, al-Birunilah yang mula-mula mengatakan, yang lengkap dengan lakaran sekali, bahawa bumilah yang mengelilingi matahari. Tapi, ia tidak jadi isu pun. Dan, orang Islam tidak pernah tangkap dan penjarakan Al-Biruni ini. Itu hebatnya tamadun Islam. Jadi, kita kena tahu, ini adalah ilmu yang berusaha untuk menerangkan alam, sebab dalam al-Quran itu, ia tidak memperincikan seperti sebuah ensiklopedia sains. Jadi, respon saya pada soalan terakhir anda ini, fenomena tabii dan kajian sains bukannya menjadi masalah besar dalam tamadun Islam, tidak seperti yang berlaku di dalam tamadun Barat.

Catatan Editor

Wawancara ini dijalankan oleh team UmmahOnline yang diketuai oleh saudara Aqil Fitri selaku editor dan diterbitkan online di web UmmahOnline pada 25 Februari 2006. MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula wawancara yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ini untuk dimanfaatkan oleh pengunjung . Selamat membaca!

Isnin, Ogos 16

~Siapa Dr. Ng Seng Ini? ~



Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti.

TAJUK: ’BERSATULAH KAUM CINA’

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.


Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sanatiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu (Tun Dr Lim Chong Eu- Bekas Ketua Menteri) di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, KotaBharu dan Kuala Terengganu.


Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.

Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan
Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.

Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan
mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun
Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak
memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.




Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.
Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang
Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.

Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.

Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan
dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.


Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Oleh Dr. Ng. Seng
Komen
Setelah saudara/saudari meneliti akan hakikatnya, saya meminta saudara/saudari merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa kita. Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan kepada kita semua. Memandangkan kepada jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, hampir-hampir separuh darinya terdiri dari bangsa Cina. Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur.Sedarlah, insaflah, bangunlah bersatu, pada menjalani kesedaran pertaruhan ini. Janganlah diabaikan.

Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama, bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA. Jangan biarkan generasimu dan anak buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian. Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Nenek, ibumu dan bapamu yang telah lewat usianya itu tidak mungkin boleh dijaga atau disedarkan lagi. Hanya kamu golongan yang bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi melindungi maruah bangsamu.

"BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".
Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat.

Ahad, Ogos 15

~ Perkongsian : Istimna' (Onani) Di Siang Ramadhan~

Oleh: Ustaz Abu Syu'aib
Sumber : http://abusyuaib.blogspot.com

Pertamanya yang dimaksudkan dengan Istimna’ الاستمناء ialah perbuatan mengeluarkan mani selain jimak, dengan apa jua cara sama ada dengan tangan (onani) atau ketika sedang bersedap-sedapan dengan isteri atau sebagainya.

Ramai yang bertanya tentang persoalan ini “adakah terbatal puasa seseorang jika dia mengeluarkan maninya “al-Istimna’” dengan apa jua cara sama ada dengan mengeluarkannya dengan menggunakan tangan (onani) atau ketika bersama dengan isterinya atau yang seumpamanya”. Persoalan ini merupakan peJustify Fullrkara yang diperselisihkan oleh para ulamak. Maka Jumhur atau majoriti ulamak berpendapat perbuatan mengeluarkan mani tersebut membatalkan puasa. Sementara sebahagian yang lain menyatakan sebaliknya iaitu tidak membatalkan puasa. Adapun jimak pada siang hari dibulan ramadhan, sepakat mengatakan hukumnya haram dan dikenakan kaffarah dengan nas.

Kaedah

Jika ditinjau dari sudut yang disepakati oleh para ulamak, maka kesemua mereka bersetuju di atas: الأصل عدم الإفطار yang membawa pengertian, kaedah asalnya seseorang yang berpuasa itu tidak terbatal puasanya dengan sesuatu tindakan kecuali jika adanya dalil yang menyatakan bahawa tindakan tersebut membatalkan puasanya. Oleh itu sesiapa yang ingin menyatakan tindakan tertentu apabila dilakukan oleh seorang yang berpuasa akan menyebabkan puasanya terbatal perlu membawakan dalil dari al-Quran atau sunnah bagi membuktikan perkara tersebut. Bertitik-tolak daripada kaedah ini, maka perbuatan istimna’ dengan apa jua cara sekalipun tidak membatalkan puasa serta tidak perlu diganti (Qada’) di sisi sebahagian ulamak.


Perbincangan ulamak terhadap dalil yang mengatakan batal

Oleh kerana kaedah asal menyatakan sesuatu itu tidak membatalkan puasa seseorang kecuali dengan dalil, maka para ulamak yang berpendapat terbatalnya puasa dengan istimna’ pada siang hari ramadhan membawakan beberapa dalil bagi menyokong pendapat mereka, antara dalilnya ialah dengan menggunakan kaedah Qias. Maka diqiaskan perbuatan istimna’ itu dengan perbuatan jimak pada siang hari di bulan ramadhan.

Hujah ini dijawab oleh syeikh al-Albani ketika memberi komentar beliau terhadap apa yang ditulis oleh syeikh Sayyid Sabiq di dalam fiqh al-sunnah:

الإستمناء (إخراج المني) سواء أكان سببه تقبيل الرجل لزوجته أو ضمها إليه، أو كان باليد، فهذا يبطل الصوم ويوجب القضاء.

Mengeluarkan mani sama ada disebabkan seorang lelaki mencium isterinya, atau rapatnya (isteri) kepadanya atau dengan mengunakan tangan, maka ini membatalkan puasa dan wajib menggantikannya.

Syeikh al-Albani berkata:

لا دليل على الإبطال بذلك وإلحاقه بالجماع غير ظاهر، ولذلك قال الصنعاني: الأظهر أنه لا قضاء ولا كفارة إلا على من جامع، وإلحاق غير المجامع به بعيد. وإليه مال الشوكاني، وهو مذهب ابن حزم.

Tiada dalil batalnya (puasa) dengan perkara-perkara yang disebutkan dan mengqiaskannya dengan perbuatan jimak adalah suatu yang tidak jelas. Oleh sebab itu berkata al-Son’ani: yang jelasnya, perbuatan tersebut tiada ganti (qada’) dan tiada kaffarah kecuali ke atas mereka yang melakukan jimak, dan mengqiaskan dengan selain jimak maka ianya tersasar jauh. Al-Syaukani juga cenderung kepada pendapat ini dan ianya merupakan mazhab Ibn Hazm. (rujuk Tamamul Minnah, hlm. 418. Perkataan Imam al-Son’ani boleh dirujuk di dalam Subulus Salam, jilid 2, hlm.644)

Imam Ibn Hazm menyatakan di dalam kitabnya:

وأما الإستمناء فإنه لم يأتي نص بأنه ينقض الصوم
Adapun Istimna’ tidak ada nas yang menyatakan ianya membatalkan puasa. (rujuk al-Muhalla, jilid 6, hlm. 205)

Syeikh al-Albani menyatakan lagi bahawa mengqiaskan perbuatan istimna’ dengan jimak merupakan قياس مع الفارق iaitu Qias dengan sesuatu yang berbeza sama sekali. Ini dapat dilihat kepada sebahagian mereka yang berpendapat istimna’ membatalkan puasa tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menyatakan wajibnya kaffarah seperti kaffarah mereka yang melakukan jimak pada siang hari ramadhan. Hujah mereka ialah kerana jimak itu lebih berat daripada istimna’, maka kembali kepada hukum asalnya tiada kaffarah.

Syeikh al-Albani menjawab: sekiranya begitu maka kami juga katakan hukum asal ialah sesuatu itu tidak membatalkan puasa, jadi perbuatan jimak itu lebih berat daripada istimna’, maka tidaklah boleh diqiaskan istimna’ itu dengan jimak, perhatikan dan fikirkanlah. (Tamamul Minnah, hlm. 418-419)

Sekiranya hendak menggunakan Qias di dalam masalah ini, maka hukum akhirnya juga mesti sama dengan perkara atau benda yang diqiaskan kepadanya.

Sebahagian ulamak menyatakan batalnya puasa dengan istimna’ berdalilkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Allah menyatakan hal keadaan mereka yang berpuasa:

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya disebabkan kerana Aku, Puasa itu untuk Ku dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya. (al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan keadaan mereka yang berpuasa, iaitu mereka meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya. Jika sekiranya seseorang yang berpuasa itu makan, minum serta tidak menahan syahwatnya maka batallah puasanya. Oleh yang demikian istimna’ itu syahwat dan keluarnya mani itu syahwat. Maka jika melakukan istimna’, mengeluarkan mani dengan tangan atau ketika melihat isteri atau dengan apa cara sekalipun menyebabkan puasanya terbatal.

Tetapi sekiranya diterima pakai hujah di atas maka bagaimanakah hadis-hadis baginda s.a.w. yang menyatakan baginda mencium dan menyentuh isterinya pada siang hari di bulan ramadhan? Adakah itu tidak dikira syahwat?

Aisyah r.ha menyatakan:

كان النبي صلى الله عليه وسلم يُقَبِّل ويباشر وهو صائم، وكان أملككم لاربه
Adalah Nabi s.a.w. mencium dan menyentuh (isterinya) sedang baginda berpuasa, dan baginda ialah orang yang paling mampu mengawal kemaluannya. (al-Bukhari dan Muslim)

mengawal kemaluan maksudnya dari melakukan jimak.

Perkataan يُبَاشِر-الْمُبَاشَرَة kebiasaannya digunakan untuk perkataan jimak, di dalam hadis ini ia bermaksud sesuatu yang lebih dari hanya sekadar mencium. Juga boleh bermaksud menyentuh atau meraba dengan tangan.

Maka Al-Imam Ibn Hajar di dalam fathul bari menyatakan yang dimaksudkan dengan syahwat di dalam hadis “Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya disebabkan kerana Aku” ialah syahwat jimak.


Perhatian

Disebutkan sebelum ini istimna’ iaitu mengeluarkan mani dengan tangan atau onani bukan bermaksud perbuatan itu dibenarkan tanpa ada perincian tetapi ianya hanya menjelaskan sama ada membatalkan puasa atau tidak.

Adapun pendapat yang benar di dalam masalah onani ialah pendapat yang mengharamkannya berdasarkan firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Mukminun ayat 5-7:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَإِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

Maksudnya:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tiada tercela, barangsiapa mencari cara sebaliknya, mereka ialah orang-orang yang melampaui batas.

Maka perbuatan onani termasuk di dalam maksud ayat barangsiapa yang mencari jalan yang lain daripada jalan yang telah dibenarkan. Dan jalan yang dibenarkan oleh syarak ialah dengan isteri ataupun hamba-hamba yang dimiliki tetapi pada zaman ini hamba sudah tiada lagi.


Kesimpulan

Di sana terdapat ulamak yang mengatakan istimna’ dengan erti kata menggunakan tangan atau onani membatalkan puasa dan juga yang berpendapat sebaliknya iaitu tidak membatalkan puasa. Tetapi tidak diragukan lagi ianya haram.

Adapun istimna mengeluarkan mani sewaktu bersama dengan isteri selagi mana tidak melakukan jimak maka setelah melihat kepada pendapat para ulamak ianya tidak membatalkan puasa.

Walaupun demikian kedua-dua belah pihak tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima pendapatnya. Perlu diingat yang penting seseorang itu tidak mengikut hawa nafsu. Selagi mana seseorang itu merujuk dan bergantung kepada pendapat ulamak serta cuba sedaya upaya untuk mengetahui kebenaran dengan menjauhkan diri dari sifat ta’asub dan dari mengikut hawa nafsu maka insya Allah dia akan berjaya dengan izin Allah s.w.t.

Wallahu Ta’ala A’lam
-Abu Syu'aib

p/s : Perlu diingat, artikel ini untuk pasangan suami isteri. Bukan untuk tunang, individu, apatah lagi couple atau pasangan kekasih. Jangan gunakan ilmu ditempat yang salah. Renung-renungkan, selamat beramal, dan selamat berkongsi. :)

Rabu, Ogos 11

Jom Tadarus!

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkah, karena di dalamnya terkandung beribu kebaikan. Tidak heran pada bulan ini semua umat Islam berlumba-lumba mencari kebaikan, termasuk tadarus (membaca) Alquran. Pada malam hari Ramadlan, masjid-masjid marak dengan bacaan Al-Qur’an secara silih berganti. Tidak jarang, bacaan tersebut disambungkan pada pengeras suara. Semua itu dilakukan dengan satu harapan: berkah Ramadlan yang telah dijanjikan Allah SWT.

Bagaimana hukum melakukan tadarus tersebut ?

Pada bulan Ramadhan, pahala amal kebaikan akan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memeriahkan bulan Ramadlan dengan ibadah/qiyamu ramadhan; (dan dilakukan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu”. (Shahih Bukhari, h.1870)

Al-Shan’ani dalam kitabnya Subulus Salam menjelaskan, qiyam ramadhan (dalam hadist diatas) adalah mengisi dan memeriahkan malam Ramadlan dengan melakukan shalat dan membaca Al-Qur’an. (Subulus Salam Juz II, h. 173)

Membaca Al-Quran pada malam hari di bulan Ramadhan sangat dianjurkan oleh agama. Kemudian bagaimana jika membaca Al-Quran secara bersama-sama, yang satu membaca dan yang lain menyimak?

Syaikh Nawawi Al-Bantani menjawab, termasuk membaca Al-Quran adalah mudarasah, yang sering disebut dengan idarah. Yakni seseorang membaca pada orang lain. Kemudian orang lain itu membaca pada dirinya. Yang seperti itu tetap sunah.” (Nihayah al-Zain, 194-195)

Dapat disimpulkan bahwa tadarus Al-Quran yang dilakukan di masjid-masjid pada bulan Ramadhan tidak bertentangan dengan agama dan merupakan perbuatan yang sangat baik, karena sesuai dengan tuntunan Rasul. Jika dirasa perlu menggunakan pengeras suara agar menambah syiar Islam, maka hendaklah diupayakan sesuai dengan keperluan dan jangan sampai menganggu pada lingkungannya.

(Alif **dikutip dari buku Fiqh Tradisionalis karya KH. Muhyidin Abdussomad h. 183)

sumber : Taubatku

 
blogspot counter