Jumaat, Jun 12

~ Bukit Besi : Di Sini, Projek Ku Berakhir ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Hai semua. Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, dari pagi hingga petang, aku melakukan 'site survey' di Library Geology, di bangunan Geologi, FST. Bermula dari pagi, kami (aku dan Alexster) berjumpa penyelia kami, Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, di kolejnya, iaitu Kolej Burhanuddin Helmi, memandangkan beliau agak sibuk untuk menguruskan kolejnya yang bakal menerima pelajar-pelajar kemasukan baru di UKM, pada 28 Jun ini. Setelah kira-kira sejam setengah menunggu, barulah kami dapat berjumpa Dr. Kadderi.

Setelah berbincang kira-kira sejam, hasilnya, kami terpaksa membuat site survey terlebih dahulu, sebelum memulakan segala langkah yang lain, termasuklah mencerap di lapangan. Bagiku, tajuk yang ku dapat ini, agak menarik. Dan, kawasan sekitar tempat kajian ku, pernah kami teroka satu ketika dahulu, dan tiada masalah untuk ku ke sana semula.

Setelah selesai Solat Jumaat, dan makan tengah hari, aku dan Alexster, ke Perpustakaan Geologi, untuk mencari sedikit sumber rujukan dan sumber-sumber berkaitan tajuk projek kami. Aku dan Alexster, mendapat tajuk yang berbeza, namun, matlamat kami tetap sama, iaitu, berkonsepkan GEOSAINS PELANCONGAN! Satu yang baru yang perlu kami teroka untuk kemajuan negara. :)

Setelah mencari sumber hampir 2 jam, aku berhenti untuk berehat. Untuk hari ini, objektif ku tercapai, iaitu membuat tinjauan bentuk muka bumi kawasan kajian ku, dan beberapa lokasi-lokasi penting yang berpotensi untuk dimajukan untuk Geosains Pelancongan ini. Namun, ini barulah analisis awal, dan gerak kerja pertama untuk ku mengenal kawasan kajian, sebelum aku menghadapi kenyataan-kenyataan dan idea-idea baru berkonsepkan Geosains Pelancongan ini.

Insya Allah, minggu depan, aku akan menyemak secara terperinci kawasan kajian ku ini, dan mempelajari teknik dan kaedah-kaedah asas untuk mengenal bentuk muka bumi yang lebih terperinci melalui GIS (Geographic Information System), bersama tenaga pengajarku dari Yaman, yang juga pelajar Ijazah Kedoktoran Geologi, UKM.

Sekian sahaja dariku, di sini, aku 'upload'kan 2 gambar, lokasi kajian ku, di Bukit Besi, Terengganu.

Terengganu (klik sini untuk besarkan..)

Kawasan kajian ku : Bukit Besi
(klik sini untuk besarkan..)

Selasa, Jun 9

~ Award Dari CaPiQa ~

blogger-emoticon.blogspot.com


Thanx a lot CaPiQa!
blogger-emoticon.blogspot.com

~ Setelah 4 Minggu Menyepi ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Salam. Setelah 4 minggu meninggalkan arena blog, baru kini, setelah segalanya selesai, barulah aku dapat meluangkan masa untuk mengupdate blog. Bermula dengan pemergianku selama 2 minggu fieldwork di Kuala Krai, Kelantan, dan Bukit Keluang, Terengganu, seminggu penulisan laporan di Bangunan Geologi, UKM, sehinggalah pernikahan dan majlis perkahwinan abangku, Mohd Rafiuddin b. Mohd Rais, dengan isterinya, Siti Nor Suriani bt. Mohd Sukri pada 6.6.9 bersamaan hari Sabtu lalu.

Walaupun sudah 2 minggu ku bercuti di rumah, tetapi, hatiku masih lagi di UKM, dengan otak yang selalu memikirkan Latihan Ilmiah yang terpaksa aku lakukan sendirian bermula semester depan. Aku masih lagi tidak bersedia untuk menghadapi tahun akhir. Dengan keputusan peperiksaan yang tak seberapa, aku tak yakin untuk berdepan dengan alam pekerjaan. Walaupun hati, teringin amat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana, tetapi, berbekalkan keputusan yang tak seberapa, ku tak mampu untuk berdepan realiti. Sesungguhnya, aku takut.

Sedikit cerita semasa fieldwork selama 2 minggu di Kelantan dan Terengganu. Cerita tentang fieldwork ini terlalu banyak, sukar untuk diceritakan di blog ini. Tetapi, apa yang aku dan rakan-rakan tempuhi selama seminggu di Kuala Krai, Kelantan, memang begitu membosankan. Kami, terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A terpaksa menetap di khemah selama 3 hari, sedangkan Kumpulan B menetap di hotel yang 'mewah dan indah' selama 3 hari, dan bertukar pada hari ke-4. Semasa berpecah ini, kami rasakan kekurangan yang berlaku akibat perpecahan ini. Semuanya tidak menarik dan membosankan. Datangnya perasaan yang tak puas dan selesa dengan keadaan sebegini. Benarlah. Kami saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun hampir seminggu tidak berjumpa, datanglah perasaan rindu kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakan yang rapat. Rakan-rakan yang sering berada di samping sewaktu di UKM.

Apabila diadakan majlis makan malam di khemah, ketika itu malam ke 5 kami disana, pertemuan pertama selepas 5 hari tidak berjumpa, kami berborak sakan. Sehinggakan, masa 3 jam yang ditempoh bersama, dirasakan sekejap sahaja berlalu, seolah-olah 30 minit sahaja. Namun, kami semua gembira dengan majlis tersebut.

Hari-hari yang berlalu selepas itu, kami tempuh dengan kumpulan masing-masing. Mujurlah hanya tinggal 2 hari sahaja di Kuala Krai. Jika kami terpaksa berpecah selama sebulan atau lebih, tak tahulah bagaimana perasaan kami ketika itu. Seminggu di Kuala Krai, berlalu tanpa banyak insiden-insiden menarik. Dan, waktu malam ku juga tak semeriah di Bukit Keluang. Seminggu di Bukit Keluang, aku rasakan sangat gembira sehinggakan tidak sanggup untuk pulang ke UKM, untuk penulisan laporan. Seminggu di Bukit Keluang, menjadikan kami semakin rapat. Dengan masakan yang dimasak bersama, minuman dikongsi bersama, sama-sama membakar, menggoreng ikan, masak Maggi, dan segalanya bersama, aku rasakan hubunganku dengan hampir semua semakin rapat. Kecuali sesetengahnya yang ku langsung tidak tegur.

Di kala petang, kami bersama bermain bola sepak pantai. Yazid sangat berbangga dengan kehebatannya bermain bola. Buat julungnya Yazid bermain bola, tetapi, purata jaringannya satu gol setiap hari. Hebat! Yang lain juga tak kurang hebatnya. Semuanya berbakat belaka. Sungguh seronok waktu itu. Andai waktu itu berulang semula, sudah pasti semua akan gembira. Di Bukit Keluang juga, kamera digital ku rosak dek kerana air laut. Apakan daya, tiada rezeki. Akan ku hantar ke kedai kamera untuk membaikinya semula. InsyaAllah. Seminggu di Bukit Keluang berjalan lancar walaupun ada kalanya semuanya tak seperti yang dikehendaki, namun kuasaNya yang menentukan segalanya. Kita merancang, tetapi, Dialah penentu segalanya. Cukuplah ku kira setakat ini, aku bercoret. Ku upload sedikit gambar untuk tatapan bersama. Saksikan.

blogger-emoticon.blogspot.com


Lelaki-Lelaki Kacak

K.A.M.I
 
blogspot counter