Jumaat, Jun 12

~ Bukit Besi : Di Sini, Projek Ku Berakhir ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Hai semua. Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, dari pagi hingga petang, aku melakukan 'site survey' di Library Geology, di bangunan Geologi, FST. Bermula dari pagi, kami (aku dan Alexster) berjumpa penyelia kami, Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, di kolejnya, iaitu Kolej Burhanuddin Helmi, memandangkan beliau agak sibuk untuk menguruskan kolejnya yang bakal menerima pelajar-pelajar kemasukan baru di UKM, pada 28 Jun ini. Setelah kira-kira sejam setengah menunggu, barulah kami dapat berjumpa Dr. Kadderi.

Setelah berbincang kira-kira sejam, hasilnya, kami terpaksa membuat site survey terlebih dahulu, sebelum memulakan segala langkah yang lain, termasuklah mencerap di lapangan. Bagiku, tajuk yang ku dapat ini, agak menarik. Dan, kawasan sekitar tempat kajian ku, pernah kami teroka satu ketika dahulu, dan tiada masalah untuk ku ke sana semula.

Setelah selesai Solat Jumaat, dan makan tengah hari, aku dan Alexster, ke Perpustakaan Geologi, untuk mencari sedikit sumber rujukan dan sumber-sumber berkaitan tajuk projek kami. Aku dan Alexster, mendapat tajuk yang berbeza, namun, matlamat kami tetap sama, iaitu, berkonsepkan GEOSAINS PELANCONGAN! Satu yang baru yang perlu kami teroka untuk kemajuan negara. :)

Setelah mencari sumber hampir 2 jam, aku berhenti untuk berehat. Untuk hari ini, objektif ku tercapai, iaitu membuat tinjauan bentuk muka bumi kawasan kajian ku, dan beberapa lokasi-lokasi penting yang berpotensi untuk dimajukan untuk Geosains Pelancongan ini. Namun, ini barulah analisis awal, dan gerak kerja pertama untuk ku mengenal kawasan kajian, sebelum aku menghadapi kenyataan-kenyataan dan idea-idea baru berkonsepkan Geosains Pelancongan ini.

Insya Allah, minggu depan, aku akan menyemak secara terperinci kawasan kajian ku ini, dan mempelajari teknik dan kaedah-kaedah asas untuk mengenal bentuk muka bumi yang lebih terperinci melalui GIS (Geographic Information System), bersama tenaga pengajarku dari Yaman, yang juga pelajar Ijazah Kedoktoran Geologi, UKM.

Sekian sahaja dariku, di sini, aku 'upload'kan 2 gambar, lokasi kajian ku, di Bukit Besi, Terengganu.

Terengganu (klik sini untuk besarkan..)

Kawasan kajian ku : Bukit Besi
(klik sini untuk besarkan..)

5 Comments:

.millalara. berkata...

xpenah jejak ganu lagik... huuu~~

Mohd Rasydan berkata...

ek? siannye milla ni.. hehe

basiaq berkata...

kedoktoran geologi..???
doktor utk batu ker..???

Mohd Rasydan berkata...

hahaha.. aah.. doktor batu. hebat kan??

mohd nasrul asyraf berkata...

jana wang hanya dengan klik rm 100 hingga rm 300 seminggu,sehari just view link kat bawah untuk maklumat :
free jer view la

http://jutawanklik.com?a_aid=7fd1a516

 
blogspot counter