Selasa, Disember 30

Happy New Year!

Selamat tahun baru ditujukan buat semua pelawat-pelawat rasydanrais.blogspot.com. Semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kesenangan, sejuta kemanisan, dan keindahan tiada bandingan. Moga apa jua yang kita buat di redhai Tuhan Pencipta Alam, Allah Yang Esa. Dan, moga segala niat jahat yang ada dalam diri sesetengah insan yang iri hati dengan kejayaan orang lain, lenyap selamanya.

Insya Allah, segala perancangan dalam meneruskan hidup di Tahun Baru 2009, akan berjalan lancar. Kepada sesiapa yang tidak melangsaikan azam Tahun 2008, tidak mengapa, anjakkan azam anda ke Tahun 2009, dan tahun seterusnya. Tidak mengapa, itu azam anda, bukan azam orang lain. Mereka tiada hak untuk mengata pada azam anda. Apa yang anda lakukan, itu ada lah diri anda, bukan diri mereka yang sangat merasakan diri mereka terlampau bagus. Jangan risau, tetapkan niat, tekadkan usaha, insya Allah berjaya.

Di sini, saya ingin kongsikan satu lagu khas dari filem kartun, The Lion King, bertajuk Circle Of Life. Begitu menarik perhatian saya, semenjak filem ini ditayangkan lagi dari tahun 1994, sehingga kini. Begitu bermakna filem pada saya. Masih teringat lagi detik pertama ketika saya menonton filem ini. Tanpa membuang masa, mari kita berhibur dengan :-

CIRCLE OF LIFE : Sir Elton John (OS The Lion King)



Lirik

Nants ingonyama bagithi Baba  [Here comes a lion]
Sithi uhm ingonyama [Oh yes, it's a lion]

Nants ingonyama bagithi baba
Sithi uhhmm ingonyama
Ingonyama

Siyo Nqoba [We're going to conquer]
Ingonyama
Ingonyama nengw' enamabala [A lion and a leopard come to this open place]

[Chant repeats]

From the day we arrive on the planet
And blinking, step into the sun
There's more to see than can ever be seen
More to do than can ever be done
There's far too much to take in here
More to find than can ever be found
But the sun rolling high
Through the sapphire sky
Keeps great and small on the endless round

It's the Circle of Life
And it moves us all
Through despair and hope
Through faith and love
Till we find our place
On the path unwinding
In the Circle
The Circle of Life

It's the Circle of Life
And it moves us all
Through despair and hope
Through faith and love
Till we find our place
On the path unwinding
In the Circle
The Circle of Life

Enjoy!

Rabu, Disember 17

~AKU DI TAG! : Part 3~

Apelah nasib diri. Belum reda dengan tag sebelum ni, dah kena tag yang lain. Huhu..
Nyway, kak ikha, i'll answer all your question. K? And,

THIS IS MY ANSWER!

1. I love..
>>>Allah, The Messenggers of Allah, My Family, My Beloved One, n All My Friends

2. Right now I want...
>>>to remain cool (walaupun kepala dah nak pecah dah.. huhu..)

3. I feel like...
>>>nak dating je... (tapi, apakan daya.. hehe..)

4. I hate it when...
>>>ada je org na menyibuk pasal org len.. (u know what i mean)

5. I fear...
>>>of ALLAH (yg lain tu, xde masalah kot.. hehe)

6. I'm lonely without...
>>>friends n my beloved one

7. I need...
>>> idea for my program

8. Today I..
>>>pening pale..

9. Tomorrow I...
>>>will be better..

10. I just...
>>>a simple person

11. I want to meet...
>>>death..

12. I love it when...
>>>masa yang di spend, bermanfaat

14. I'm afraid of...
>>>takde benda yang perlu ditakutkan.. Allah will be with us..

15. I'm listening to...
>>>Bunga Citra Lestari : Ingkar

17. I wish I was in...
>>> rumah along with my family

18. I want to get...
>>> Subaru Impreza Black Edition (just like my wallpaper..hehe..)

19. I can...
>>>punch

20. I can't...
>>>fly

21. I have...
>>>my family,my pets, my beloved one, and all my friends

24. I haven't...
>>>fulfill my 2008 resolution (just like kak ikha)

25. I'm nervous to...
>>>bercakap dengan pengetua.. (cam cuak je.. huhu..)

26. My parent think i'm...
>>>a genius


27. I think...
>>>i'm genius.. (haha..)


28. I'm happy when...
>>>i feel happy

29. I'm sad when...
>>>a bad thing happen

30. I like eating...
>>>my mum's cook


31. I hate eating...
>>>takde kot.. (cuma tak suke tu adala..)

32. I love watching...
>>> EPL (chelsea.. haha..)

33. I love listening to...
>>>Sofaz: Raja Kasih Yang Hilang

34. I like playing...
>>>futsal ngan dak GEO

My sweet friends you've been tagged by me..
~FND
~Basiaq
~Dila
~kak Ana
~Ena

Sabtu, Disember 13

~AKU DI TAG! : Part 2~

Tatkala aku kebosanan duduk berkelana bersendirian di dalam bilik di kolej tercinta tak tahu nak buat apa, datangla satu mesej dari sisi blog ku berkata, "weh, aku tag ko~". Ya, aku di tag kali ni. Di tag oleh teman lama ku, FND. Untuk tidak menghampakan beliau, aku menjawab la tag itu.

Syarat-syaratnya:-

Rule 1

People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule 2

Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.



Hasilnya:-

1. Do you have secrets?

Yup.. Absolutely have..

2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?

Kalaulah ada....

3. Do you enjoy going to college?

Enjoy! Tu pun kalo membe-membe ada la.. Tak seronok duk sorg2..

4. What would you do with a billion dollars?

Ajak n bawak my big family pergi haji, beli Subaru sebijik, beli rumah sebijik sorang dan lain-lain yang akan difikirkan kelak.

5. Will you fall in love with your friend?

Dah berlaku dah pun. Hehe..

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

Both.. More blessed if parents blessing it too..

7. List 5 current favourite songs:(for now)

  • Miley Cyrus -7 Thing
  • One Republic -Stop and Stare
  • The Lima -Kau Ada Dia
  • The Rock -Aku Bukan Siapa - Siapa
  • Malique & M. Nasir -Mentera Beradu

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

biakan jela.. bunga bukan sekuntum...... (ayat pasrah)

9. List 5 favorite TV shows

  • CSI
  • Puaka Niyang Rapik
  • EPL (tv show ke?)
  • Guinness World Records
  • Pepaya (haha.. bikin orang stress je)

10. Do you have any regrets?

Ada.. Tapi.......

11. Would you be the person that you are if you were to be reborn?

Insya Allah

12. What do you want the most at the moment?

Subaru

13. What kind of person do you think the person that tagged you is?

Serious from outside look, from inside, LOVE ANIME!

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

No Comments.. Kalo boleh, married and moderate.. hehe..

15. What is your favourite color?

Black and sky blue

16. Would you give all in for a relationship?

Insya Allah if the one I loved is my wife-to-be.

17. If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?

Choose the one who really suitable for me.

18. What are the top 5 bands that you listen to or love?

  • Ungu
  • Sofaz
  • Westlife
  • The Lima
  • 3 Doors Down

19. Name 3 things you would like to do but never able to.

  • Jadi polis (haha..)
  • Buat perubahan pada dunia (xmampu..)
  • Being a good person (ada je benda jahat nak buat..)

20. People I have tagged

  • Kak Ikha
  • Kak Ana
  • Kak Jija
  • Abg Kid
  • Dila
  • Basiaq
sila-sila lah menjawab tag ini ye.. tq..

~Bulan Oh Bulan~

Masya Allah. Itulah ungkapan pertama ku tatkala aku melihat ke langit pada senja semalam. Bulan yang mengambang itu kelihatan amat dekat dengan bumi kerana ia kelihatan sungguh besar berbanding hari-hari lain. Mungkinkah satu petunjuk bahawa dunia akan berakhir atau mungkinkah ianya sekadar fenomena biasa yang mungkin pertama kali ku lihat? Wallahualam..


Gambar Dari Kamera Digital Ku: Coolpix Nikon (8x Zoom)

Selepas selesai solat Isyak, aku bersama 5 lagi rakan ku menyerbu rumah Teacher kesayangan kami, Teacher Sabariah di Ketapang Tengah. Di situ, kami menikmati sate yang dihidangkan oleh Teacher. Berborak sehingga jam 10.30 malam. Perjalanan kami ke destinasi seterusnya, rumah Roy, juga di Ketapang Tengah. Singgah untuk bertanya khabar. Sedar tak sedar, sudah hampir jam 1 pagi. Minta diri untuk pulang kerana aku belum berkemas untuk pulang ke UKM. '

SELAMAT TINGGAL PEKAN! (buat sementara waktu sahaja.. hehe..)

Snap:-


Zahir n Intan (Serba Biru)

Tipah, Intan n Piqah

Arilr, Roy, Me, n Zahir

~Tutu, Titi dan Toto~

I have three pets. All of them come in one species, TURTLE. I wish my lovely turtles can become Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT) one day to protect my family from any suspicious, disgusting, bad, and evil person who lived in this beautiful EARTH. I wish all type person I mentioned above disappear from my sight. I HATE!!

My Supposed To Be Hero Pets:-


Toto (the black one), Titi (the normal one) and Tutu (the upside down one)

From Left: Leonardo, Michelangelo, Donatello, Raphael

~Rumahku~

Alhamdulillah. Rumah baru ku yang mama nak sangat buat, kini dah hampir 60% siap. Berkat usaha dan ketekunan mama dan ayah, mereka mampu membina rumah impian mereka sendiri. Insya Allah, dalam bulan April 2009, akan kami sekeluarga berpindah ke sana. Rumah ini terdiri dari 6 bilik. 4 bilik di tingkat bawah, dan 2 bilik di tingkat atas. Antara gambar-gambar terkini rumahku dan rumah Aunty yang dah 80% siap..



Dari Pandangan Hadapan

Ambik Gambar Dari Dalam Kereta

Gambar Dari Pandangan Sisi 32 Darjah

Pandangan Sisi 47 Darjah

Rumah Aunty Yang Dah Hampir Siap

Ahad, Disember 7

~Dubai : Projek Mega~

Dari sekitaran gurun yang kering kontang, Dubai, yang merupakan ibu negara Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates a.k.a UAE) kini telah bertukar menjadi Metropolis Antarabangsa.
Dubai kini menjadi destinasi utama pelancong-pelancong yang hidup mewah untuk bersantai di sana. Negara yang kaya dengan minyak itu, melabur wang mereka untuk membuat projek-projek mega untuk menampung ekonomi dari sektor pelancongan. Projek mega mereka itu merupakan projek gila yang tak pernah difikirkan oleh orang kebanyakan. Dan, projek mega mereka tidaklah seperti projek mega di MALAYSIA yang sangat-sangat tak relevan. Dengan pemimpin negara yang korupsi dan gila dengan rasuah, memang wajarlah MALAYSIA menjadi seperti sekarang. Baiklah, malas untuk campur adukkan topik ini dengan politik. Jika kesempatan, aku akan membuka post mengenai politik pula.

Terdapat 20 Projek Mega yang Sedang dan Akan Dibuat di DUBAI:
(tekan untuk perincian)


01 Arabian Ranches

02 Business Bay

03 Culture Village

04 Discovery Gardens

05 Downtown Burj Dubai

06 Dubailand

07 Dubai Marina

08 Dubai World Central (DWC)

09 DWC Residential City

10 Emirates Living

11 Dubai Festival City

12 International City

13 Jumeirah Beach Residence

14 Jumeirah Park

15 Jumeirah Village

16 Palm Jebel Ali (PJA) and Dubai Waterfront (DWF)

17 The Lagoons

18 Palm Deira

19 The Palm Jumeirah

20 The World

Aku berharap suatu hari nanti tercapaila harapan untuk ke Dubai. Kalau tak dapat bekerja di sana pun, dapat pergi pun, jadilah. Huhu. Doakan aku ye kawan-kawan.

(sumber : http://www.gulfnews.com)

~Khas Untuk Kak Ikha~

Salam dan salam sejahtera semua. Post kali ini, aku tujukan khas untuk kak ikha. Hehe. Semoga kak ikha happy dengan post ini. Bukan nak menulis, bukan nak mencoret, hanya untuk meletak gambar dengan harapan kak ikha menatapnya sepuas hati. Untuk kak ikha, tataplah sepuas-puasnya. Hehe.


m&m's YummY!

Toblerone Versi Mega (RM20/satu)

Kit Kat

Semoga kak ikha berpuas hati. Ada lagi gambar lain, tapi tak berapa clear. Huhu. Don't worry kak ikha, saya ada beli something untuk semua. Perkampungan nanti kita tengok, ya?

Anyway, Salam Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

Khamis, Disember 4

~Ketagih Game~

Adoi.. Sebab suka-suka nak main game, kini aku dah ketagih game itu. Kalau tak bukak sehari game tu, aku rasa gelisah. Tak tenang je rasa kalau tak mengadap game tu. Selang dua jam, aku kembali ke laptop, kembali melihat orang-orang kampung membina kampung mereka atas kekreatifan ku. Game yang aku maksudkan ialah Virtual Villagers : The Secret City (click untuk mendownload).

Game ini berkisarkan mengenai kampung yang kita bina, di samping menyelesaikan berbagai 'puzzle'. Terdapat 16 puzzle yang perlu diselesaikan untuk menamatkan game ini.

Game ini merupakan kesinambungan dari siri-siri terdahulu, iaitu Virtual Villagers 1, dan Virtual Villagers 2. Pulau yang merupakan kampung mereka ini bernama Isola. Game ini amat seronok untuk dimainkan. Game ini dibekalkan hanya 60 minit masa permainan sahaja. Tetapi, usah risau, disini, aku bekalkan 'crack' untuk anda crack supaya tiada had masa dikenakan terhadap permainan anda. Anda boleh bermain sehingga lebam. Hehe..

crack: ReflexiveArcadeCrack
Readme

Kini, kampung ku telah masuk tahun ke 200 (tahun Isola). Penduduk ku kini mencecah 40 orang, dengan seorang Tribal Chief. Hanya 2 puzzle lagi untuk diselesaikan. Tidak sabar untuk ku habiskan game ini untuk ku meneruskan sirinya yang lain pula.

Jika anda ada masalah berkaitan game ini, bolehla bertanyakan disini, atau layari terus laman web Virtual Villagers : The Secret City. Binalah kampung anda dengan kekreatifan anda. Enjoy dan selamat bermain. ROCKS!!

Screenshot:


Tribal Chief's Lecturing

Collectibles Item To Increase Tech Point

Selasa, Disember 2

~Enjoy~

Walaupun sibuk dengan fieldwork, kitorang still sempat meluangkan masa untuk mereleasekan tension di petang hari. Semuanya kerana tahap kebosanan yang melanda minda dan emosi makhluk bernama insan ini. Hehe. Ni antara gambar-gambar yang sempat kitorang snap sepanjang mereleasekan tension di kala fieldwork.


Ni kat taman area Jeti Pekan Kuah

Boleh wat cover album ni..

Ni pun leh wat cover album gak..

Berjaya gak menolak kete ni sampai bergerak.. Haha..

Na coklat.. Huhu..

Di Makam Mahsuri

Mencelup Minyak Gamat Yang Sedang Dimasak

Entrance Beras Terbakar

Menjadi Spesies Boye Darat

Penanaman Basir

Memang enjoy la hidup ketika enjoy.

Relax is the best cure of tension and stress


Renung-renungkan dan selamat beramal...

Isnin, Disember 1

~Fieldwork Di Utara!~

Salam semua.. Apa khabar? Agak lama tak meng'update' blog ini dek kerana persediaan exam dan bersambung dengan fieldwork di bahagian baratlaut malaysia, yakni di negeri-negeri utara, iaitu di Kedah dan Perlis. Tak ketinggalan juga, Pulau Langkawi yang membosankan itu. Entah mengapa, aku rasakan, Langkawi amat membosankan. Mungkin juga terdapat tragedi gelap yang tak seberapa di sana. Semuanya kerana ATAN (penagih dadah yang dilaknat Allah). Malas aku na imbau kembali peristiwa hitam itu. (Aku xcite basiaq.. hehe..)

Ok, aku na kongsi cerita ngan korang pasal fieldwork aku di sana. Aku xnak citer satu persatu, sebab, kalo na citer satu persatu, puasla korang na baca.. Hehe..

Fieldwork Sem 3 ni berlangsung selama 7hari, iaitu bermula hari Sabtu hingga hari Jumaat minggu berikutnya. Keseluruhannya, fieldwork kali ni amat seronok. Sumenye kerana jasa lecturer-lecturer yang terdiri dari Prof. Basir Jasin, Prof. Madya Che Aziz Ali, Prof. Madya Dr. Juhari Mat Akhir, Prof. Madya Dr. Wan Zuhairi. Mereka memang sempoi gile.. Hehe.. Lokaliti fieldwork ni, sume sekali ada 22 tempat. Oleh kerana aku malas na citer banyak-banyak, aku sajikan gamba-gamba di sana. Kata orang, satu gamba lebih bermakna dari seribu ayat. So, kira aku da tulis beribu-ribu ayat la. Betul tak? Hehe..


Jaket Geologi

Ganas x? Hehe..

Kat Depan Hotel Seri Malaysia, Alor Setar

Kajian oleh bakal Geologist Negara

Di Air terjun

Kami di Air Terjun

Anwar Ibrahim di Lokaliti (yeke??)


Kami di Pesisir Pantai

Demi ILMU, sanggup kami berhujan

Aku rasa cukupla dulu untuk tatapan korang.. hehe.. Aku ada misi khas pulak ni. Sasaran penting menanti. Tak percaya? Ni aku tunjukkan bukti.



Da percaya? Hehe..

Selasa, November 11

~Menanti Wajah Sebenar Barack Obama~

Tiada siapa dapat memastikan apa yang berlegar di dalam fikiran seorang insan bernama Barack Obama ketika beliau menulis buku bertajuk "Dreams From My Father : A Story Of Race And Inheritance" yang diterbitkan pada tahun 1995 buat pertama kalinya.

Buku itu diterbitkan selepas Obama dilantik menjadi warga Afrika Amerika pertama menjadi presiden Harvard Law Review, dan sekali lagi diterbitkan menjelang detik dia menyampaikan ucapan di Konvensyen Kebangsaan Demokrat 2004.

Bermula sebagai senator, Obama yang selalu disebut-sebut pencipta sejarah itu akhirnya disahkan sebagai bakal presiden Amerika Syarikat mulai Januari tahun depan ketika seluruh dunia semakin muak dan mual dengan dasar membuli yang dilaksanakan pemerintah zalim dan paling dilaknat, George W Bush.

Obama, 47, disebut-sebut sebagai pembawa perubahan kepada AS.
Dan komen seumpama itu jugalah – jika anda masih mengingatinya – diucapkan masyarakat dunia ketika seorang lagi presiden daripada parti Demokrat, Bill Clinton, menduduki Rumah Putih menggantikan George W Bush pada 1993. Tetapi Clinton itu jugalah mencetuskan gerakan ketenteraan terhadap Iraq di bawah Saddam Hussein ketika dia memberi ucapan tahunan di depan Kongres AS. Untuk berlaku adil, memang tidak salah untuk berharap kepada Obama.

Dia merupakan presiden AS pertama bukan berkulit putih. Dia juga dianggap masih muda, sekali gus pengalamannya dipertikaikan lawannya sepanjang tempoh berkempen menjelang pemilihan baru-baru ini.

Namun, pendekatan digunakan kem Obama nampaknya benar-benar berjaya memukau bukan saja pengundi AS, malah berkesan mengolah kesamaan pendapat warga dunia. AS digambarkan bakal menjadi lebih lunak dan memahami perasaan manusia.

Rumah Putih juga dibayangkan bakal mengurangkan kesibukannya untuk berperang dengan sesiapa saja. Dalam tubuh Obama mengalir darah bukan Amerika sehingga dia dianggap akan lebih berperikemanusiaan.

Dalam asyik berkhayal mengenai keunikan itulah dia melantik Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf Rumah Putih – jawatan paling kanan dan rapat dengan presiden.

Emanuel – atau nama penuhnya Rahm Israel Emanuel – adalah anak kepada Benjamin M Emanuel, seorang bekas anggota kumpulan militan Israel, Irgun, yang aktif bergerak di Palestin di antara 1931 dan 1948.

Nama ‘Rahm’ itu sendiri dipilih bapanya sempena nama seorang daripada anggota pasukan separa tentera Israel, Lohamei Herut Yisrael (Lehi), Rahamin, yang terbunuh ketika bertugas di Palestin.

Untuk rekod, Lehi (bermaksud pejuang pembebasan Israel) adalah pertubuhan bawah tanah Zionis yang bergerak untuk mengusir tentera Britain dari Palestin menggunakan senjata. Ia juga membenarkan kemasukan tanpa had imigran Yahudi ke bumi Palestin bagi membentuk negara Israel.

Obama juga memenangi pilihan raya presiden ketika AS dan dunia menghadapi krisis kewangan parah. Memetik kata-katanya sendiri, krisis semasa ini dianggap cabaran paling serius dalam hidup. Justeru, Obama menggesa warga AS bersatu padu demi persamaan matlamat selepas pengundian selesai.

Akibat kegawatan kewangan itu, dianggarkan kini 10 juta warga AS kehilangan kerja atau bakal menjadi penganggur. Pakar ekonomi menjangkakan kesan sebenar daripada krisis itu belum muncul sepenuhnya.

Keadaan itu mengingatkan kita kepada suasana menjelang Perang Dunia Kedua dulu. Seluruh dunia termasuk Asia Tenggara menghadapi masalah pengangguran yang serius.

Justeru, jawapannya – perang!

Melalui peperangan, ekonomi boleh berkembang pesat. Saudagar senjata – yang kebanyakannya dikuasai kapitalis Yahudi atau Barat – memperoleh keuntungan lumayan.

Dalam era kacau-bilau, bukan saja negara berperang memerlukan senjata untuk mempertahankan diri, sebaliknya negara lain yang bimbang atau ditakut-takutkan akan berlumba-lumba menghulur kekayaan kepada syarikat pengeluar senjata.

Maka, Iran dan Syria adalah dua negara yang sangat berpotensi menjadi pencetus kepada pemulihan ekonomi gaya kapitalis AS itu.

Formula perang untuk ekonomi itu sentiasa berjaya mengurangkan pengangguran dan mencergaskan sektor industri.

Memanglah Obama mencanangkan dasar berdialog dengan negara ‘paksi jahat’ dilabel AS. Tetapi berbincang adalah berbincang dan sama sekali tidak terikat dengan penyelesaian aman. Perbincangan boleh saja gagal dan tindakan kekerasan boleh diambil jika keadaan memerlukan.

Pada masa sama, al-Qaeda dan Osama bin Laden masih terus menjadi isu di Rumah Putih. Walaupun al-Qaeda dilihat sebagai ‘bisul’ untuk Washington, hubungan AS dan kumpulan militan itu boleh dianggap sebagai benci tapi sayang.

AS sebenarnya boleh berterima kasih berkali-kali kepada al-Qaeda kerana memberikan mereka sedikit alasan menggunakan tentera di beberapa negara atau wilayah yang dianggap kurang jinak dengan mereka.

Di pihak lain, barangkali Osama sendiri melihat sesuatu yang menarik pada Obama. Justeru tiada sebarang kenyataan dibuat pemimpin tertinggi al-Qaeda itu setakat ini.

Pada 2004, Osama muncul mengecam Bush menjelang pilihan raya presiden. Kritikan dan ancaman Osama berjaya mempengaruhi pengundi supaya lebih fobia dan menyerahkan masalah pentadbiran negara itu sekali lagi kepada Bush.

Maka berjayalah Osama mengekalkan kebencian dunia kepada AS.

Kini, sementara menunggu masa Obama memasuki Rumah Putih, biarlah masa menentukan kecenderungan (dan wajah sebenarnya) untuk membawa perubahan kepada AS.

Obama memang bukan Osama, tetapi ada satu faktor yang merapatkan jurang kedua-dua mereka – kebimbangan terhadap keselamatan dunia.

Warga dunia boleh saja berharap kepada Obama. Tetapi untuk percaya kepadanya, tentu saja perlukan pertimbangan berkali-kali. Jika tidak, bersedialah untuk kecewa lagi.

Isnin, November 10

~Tergeliat Lidah~

Kepada siapa-siapa yang berjaya membaca ayat-ayat ini dengan sempurna tanpa cacat cela dan laju sebanyak 10kali, akan ku hadiahkan hadiah kepada anda.. haha.. silalah cuba..


****************************************************

she eat sixty six sticky stick of satay stick…


*****************************************************


peter piper pick a pack of pickle paper
a pack of pickle paper peter piper pick
if peter piper pick a pack of pickle paper
where’s a pack of pickle paper peter piper pick?

*****************************************************

Buaya biawak, buaya biawak, buaya biawak

*****************************************************

Pokok Kopi, Pokok Kopi, Pokok Kopi

*****************************************************

Lori, lori, lori, lori

*****************************************************

Lori lalu lalang layu

*****************************************************

Something in a thirty-acre thermal thicket of thorns and thistles thumped and thundered threatening the three-D thoughts of Matthew the thug - although, theatrically, it was only the thirteen-thousand thistles and thorns through the underneath of his thigh that the thirty year old thug thought of that morning

(ni special sket.. hehe..)

*****************************************************

Can you can a can as a canner can can a can? *****************************************************
SELAMAT MENCUBA!! Hehehe..



Ahad, November 9

~AKU DI TAG!~

Kelmarin aku mendapat satu comment dari kak jija yang menyatakan yang beliau sudah tag , dan mengharapkan aku menjawab tag beliau itu. Walaupun aku bukanlah seorang yang suka menjawab soalan, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan yang terlampau banyak, tetapi, disebabkan aku bosan, akan ku jawab semua soalan itu. For, kak jija, this is my answer.. :)

.:My Answer:.

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Ilmu (benda ke tu??)

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Apa ek? (banyak sangat la..) Alatulis kot.. (sebab nak exam.. hehe)

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
RumahKu Syurgaku

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
Selagi hayat dikandung badan.. (chewah.. haha)

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Sedang bercinta dengan seseorang.. (hehe)

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
McDonald.. (wat keje gile ngan auni n josh.. haha)

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
Ayat-ayat Cinta (for my beloved sister..)

8. Apakah nama penuh anda?
Rasydan, Rasy, Dan, Dan Besar, Idan, Rush, Rusyidan, Rasyidan, Ray, Adan, (mcm2 name..)

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
Mama & Ayah (both..)

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Riri Riri (My Friend from Iraq)

11. Christina atau Britney?
Dua-dua tak suke..

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
Selalu (kalau kat kolej la.. hehe..)

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
Crab Island (search kat yahoo.. hehe..)

14. Pelukan atau ciuman?
Dua-dua.. (hehe..)

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
Kak Jija - Kak Jija Yang Sangat Sempoi (AC DI SINI.. hehe)

16. 8 perkara yang amat saya gilai
Tidur, makan, tengok movie, men game, baca nota, surfing, men MOBWARS, g fieldwork, wat peta.. (da lebih da ni.. hehe.. )

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Yeke? Ek? Gud2.. Betul3.. Hmm.. Ooh.. Ok2.. Hehe.. (bosan gler.)

18. 8 buah buku yang paling terbaru di baca
Semuanya komik.. (hehe..)

19. 9 lagu yang boleh saya dengar berulang kali
Nasyid.. Banyak sangat.. (hehe..)

20. Perkara saya pelajari tahun lalu
Kawan boleh menjadi lawan.. Tegur biar bertempat..

21. Mangsa tag seterusnya
Nak tag.. Epen, basir, Fadzlin Hasani, Dr. Mahathir (hehe..)

.:Akhirnya!:.

Alhamdulillah. akhirnya aku berjaya gak siapkan report Geologi Struktur: Kerjalapangan di Lokaliti 3, Temerloh. Berkat usaha berterusan sampai tak tido malam semalam, siap gak report tu jam 11 tadi. Seksa nak wat benda tu. Da la ngan data takde nye, terpakselah aku adjust data-data orang lain supaya tak same. Kalo same, nampak sangat la mengopy (ada ke perkataan ini??) data orang lain.

Kini, hanya tinggal satu je keje lagi sebelum aku balik ke rumah. Siapkan unjuran dan plot kutub batuan kat makmal. Sib bek sume batuan aku da lukis. Na wat benda tu je sket. Pastu, aku nak balik ke rumahku syurgaku. Hehe.

Post ntah pape je sekarang. Otak tengah biol. Huhu.. :(



RUMAHKU SYURGAKU

Sabtu, November 8

.:Apa Nak Jadi!:.

Hm.. Hari ni dah masuk hari Ahad. Aku masih lagi di kolej tercinta, Kolej Aminuddin Baki. Jam menunjukkan jam 2.42 pagi. Aku masih lagi di meja study untuk membuat report Kerjalapangan di Temerloh yang perlu dihantar pada hari Isnin ni.

Banyak sungguh kerjanya. Ketua kumpulan ku, Kakashi meminta kami sekumpulan segera menyiapkan report itu sebelum Zohor. Tegas sungguh ketua ku itu. Hehe.

Apa-apa pun. Aku perlu teruskan perjuangan pada malam ini. Semoga aku berjaya.

GUDLUCK RASYDAN!! U CAN DO IT!!

Rabu, November 5

Ketenangan Itu Penting!

Ketenangan amat diperlukan ketika kita didalam keadaan tertekan. Ikuti kisah seorang guru dan anak muridnya, dan ambillah pengajaran yang berguna. Semoga anda berada dalam keadaan tenang sentiasa. :)

KISAHNYA
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"
Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."


Tenang tak sekarang??
hehe..
buat gaya ni untuk ketenangan jiwa anda...


1)


2)


3)



4)



Semoga anda tenang! :p

Selasa, November 4

Tribute To Mama!

Tanggal 11 Ogos 1961, lahirlah seorang insan yang amat ku sayang, ku cinta, dan ku sanjung setiap masa. Insan ini telah mengajar, mendidik, mengasuh, menyayang, mencinta aku sepenuh jiwa raga nya. Insan yang diberi nama Noorjihan ini telah banyak menabur kasih sayang yang tak terhingga kepada ku, adik beradik ku, dan sepupu-sepupuku. Ya, insan yang ku maksudkan ini adalah Ibu ku, dan kami, sekeluarga memanggilnya, MAMA..

Aku baru pulang dari rumah ku di Pekan, Pahang. Sepanjang cuti selama 5 hari, aku merasakan aku telah banyak menyusahkan mama. Segala makan minum, dan duit perbelanjaan ku, masih lagi mama tanggung. Walaupun banyak kali ku menolak, tapi, mama tetap menghulur dan meminta ku untuk menerima.

Mama ku seorang yang tabah. Kini, di rumah, mamalah yang menguruskan segala. Dari mengemas rumah, mencuci kain, sehinggalah menghantar dan menjemput adik-adikku dari sekolah. Semuanya bermula dari Raya ke-5. Tanggal 5 Oktober 2008, ayah yang ku sayang dan ku cinta telah ditimpa strok. Alhamdulillah, strok yang menimpa ayah tidak menyebabkan ayah lumpuh. Itu sudah cukup untuk kami bersyukur. Namun, segala ingatan ayah pada awalnya, hilang. Ayah tidak mengenal mama, isterinya yang telah bersamanya selama 27 tahun. Kami, anak-anaknya juga tidak ayah kenal. Namun, atas usaha mama membantu ayah mengingat kembali segala-gala nya, kini ingatan ayah semakin pulih. Ayah telah mengenali anak-anaknya, adik-beradiknya, ipar-iparnya, dan kebanyakan orang sekelilingnya. Namun, vocab ayah banyak yang telah hilang. Benda-benda banyak yang ayah lupa. Hendak bercakap sesuatu, ayah termenung dulu, sehinggalah mama yang telah memahami ayah, menyebut perkataan yang ingin ayah katakan.

Sejak rabu lepas, ayah diserang infection di kakinya. Kaki ayah bengkak. Sukar untuk ayah berjalan. Sejak hari itu la, mama mengurus segalanya. Mama jugalah menjadi nurse ayah di rumah. Segala ubat-ubat ayah, mama uruskan. Sudahlah sibuk mengajar di sekolah seharian. Balik saja ke rumah, mama melakukan kerja rumah pula. Sebelum ini, semasa ayah sihat, ayah membantu mama dari segi kerja rumah. Mencuci pakaian, menjemur, melipat kain, semuanya ayah lakukan. Malah, kadangkala ayah juga memasak untuk adik-adik yang berada di rumah. Kini, segalanya mama yang lakukan. Mama sangat tabah.

Bil-bil yang tertunggak mencecah RM1000. Semuanya mama langsaikan semalam. Walaupun sudah seribu habis, mama tetap memberi wang saku untuk aku. Menitis airmata ku ketika itu. Begitu besar pengorbanan mama kepada ku.

Sebelum pulang tadi, aku mencium pipi ayah, menasihati ayah supaya menjaga diri, dan berehat secukupnya. Ketika melangkah keluar dari rumah, airmata ku menitis lagi. Tidak ku sangka, keadaan yang sebelum ni elok, telah menjadi sebaliknya. Terlintas di fikiran untuk ku berhenti belajar. Menjaga ayah di rumah. Tapi, aku takut untuk bersuara. Bimbang mama berasa kecewa.
Aku kasihankan mama membuat segalanya di rumah. InsyaAllah, setiap kali cuti, akan aku membantu mama di rumah.

Mama

Meskipun dirimu manusia biasa
bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah lelah
membimbingku

Mama, maafkanlah aku
yang dulu sering tidak memahamimu
yang kadang meremehkanmu

Mama engkaulah segalanya bagi ku
tak pernah terlambat memberi kedamaian
semoga kau bahagia selalu
semoga aku dapat membahagiakanmu

Mama, aku amat mencintai mu,
aku amat menyayangi mu,
terimalah doa iringan kesejahteraan,
dari anakmu yang jauh.

I LOVE YOU MAMA!!


Mama
 
blogspot counter