Sabtu, Disember 13

~Bulan Oh Bulan~

Masya Allah. Itulah ungkapan pertama ku tatkala aku melihat ke langit pada senja semalam. Bulan yang mengambang itu kelihatan amat dekat dengan bumi kerana ia kelihatan sungguh besar berbanding hari-hari lain. Mungkinkah satu petunjuk bahawa dunia akan berakhir atau mungkinkah ianya sekadar fenomena biasa yang mungkin pertama kali ku lihat? Wallahualam..


Gambar Dari Kamera Digital Ku: Coolpix Nikon (8x Zoom)

Selepas selesai solat Isyak, aku bersama 5 lagi rakan ku menyerbu rumah Teacher kesayangan kami, Teacher Sabariah di Ketapang Tengah. Di situ, kami menikmati sate yang dihidangkan oleh Teacher. Berborak sehingga jam 10.30 malam. Perjalanan kami ke destinasi seterusnya, rumah Roy, juga di Ketapang Tengah. Singgah untuk bertanya khabar. Sedar tak sedar, sudah hampir jam 1 pagi. Minta diri untuk pulang kerana aku belum berkemas untuk pulang ke UKM. '

SELAMAT TINGGAL PEKAN! (buat sementara waktu sahaja.. hehe..)

Snap:-


Zahir n Intan (Serba Biru)

Tipah, Intan n Piqah

Arilr, Roy, Me, n Zahir

0 Comments:

 
blogspot counter