Selasa, Oktober 28

Balqis

Sambil menghadap nota Geologi Struktur, terdengar berkumandangnye lagu yang betul-betul menyentuh perasaan manusia bergelar LELAKI.. Terimbau kembali nyanyian Kumpulan Nasyid Ko-Kurikulum UKM membuat persembahan di Festival Seni UKM 2008, yang berlangsung di DECTAR, UKM pada 26hb Oktober.. Nyanyian oleh Fitri UNIC dan rakan-rakan yang lain ini amat hebat sehingga mendapat tepukan yang gemuruh dari warga DECTAR..

Lagu yang ku maksudkan ialah Balqis dendangan UNIC.. Lagu yang menceritakan seorang ratu di zaman Nabi Sulaiman A.S yang bernama Balqis.. Ratu Balqis ini merupakan seorang pemerintah yang mempunyai kecerdasan akal, dan kebijaksanaan yang tinggi. Lantaran, Balqis dipilih untuk mengepalai kerajaan Saba' menggantikan ayahandanya, Raja Hadhad Syarhabil.. Walaupun pernah di gulingkan oleh Raja Amr, Balqis berjaya menawan balik kerajaannya berkat kebijaksanaan yang dimiliki nya.. Balqis memimpin kerajaan nya dengan adil dan saksama.. Kerajaan nya menjadi terkenal di sekitar kawasan Eropah pada ketika itu.. Kemewahan dan kekayaan yang berlipat kali ganda dan mempunyai bala tentera yang begitu ramai.. Sayang sekali, apa yang disembah oleh kerajaan Balqis, adalah Sang Suria..

Lantas, apabila Hudhud milik Nabi Sulaiman A.S menyampaikan berita tentang kerajaan Balqis, Nabi Sulaiman A.S menghantar surat meminta Ratu Balqis memeluk Islam.. Setelah mendapat surat, Ratu Balqis membuat mesyuarat bersama-sama Pembesarnya.. Pembesar-pembesarnya mencadangkan agar berperang dengan kerajaan Sulaiman.. Akan tetapi, berkat kebijaksanaannya, Balqis menghantar hadiah terlebih dahulu kepada Nabi Sulaiman A.S dengan niat untuk melembutkan hatinya.. Namun, usahanya sia-sia kerana harta dan kekayaan Nabi Sulaiman A.S lebih hebat dari Kerajaan Saba'.. Nabi Sulaiman terkenal dengan mukjizatnya yang boleh berbicara dengan haiwan, memahami bahasa semut, dan mempunyai bala tentera yang terdiri dari Jin dan Manusia.. Angin sebagai kenderaannya, burung-burung sebagai tempat untuk berbicara.. Sungguh hebat Nabi Allah ini.. Masya Allah..

Setelah hadiahnya ditolak, Ratu Balqis mengarah bala tenteranya bersamanya ke Kerajaan Sulaiman untuk bertemu Nabi Sulaiman A.S.. Setelah mengetahui akan kehadiran Ratu Balqis, Nabi Sulaiman, memerintahkan Jin Ifrit untuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman dan melakukan perubahan agar Ratu Balqis tidak mengenalinya.. Apa yang diubahnya adalah kaca yang diletakkan sebagai lantai singgahsana Ratu Balqis itu..
Sampainya Ratu Balqis ke Kerajaan Sulaiman, Ratu Balqis berjumpa Nabi Sulaiman A.S di singgahsana nya sendiri.. Bertanya Nabi Sulaiman A.S kepada Ratu Balqis, "Singgahsanamu kah ini?", menjawab soalan itu, Ratu Balqis menjawab, "Mungkin.".. Tahulah Nabi Sulaiman A.S., kebijaksanaan wanita bernama Balqis itu.. Hendak menjawab tidak, singgahsana itu seakan-akan singgahsananya, hendak menjawab YA, mustahil singgahsananya dipindahkan dalam masa yang singkat..

Terimbau kembali Ratu Balqis akan kisah seorang nabi yang mampu memindahkan singgahsana dalam masa yang sekejap, lantas Ratu Balqis akur akan perintah Allah dan memeluk Islam, lalu menjadi isteri yang taat kepada Nabi Sulaiman A.S..

BALQIS
UNIC

Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria

Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuhan kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah mengubahi sekeping hati
Akhirnya Balqis akur jua akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya

Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya.

Download: UNIC-Balqis

0 Comments:

 
blogspot counter