Selasa, Mac 23

~ Tahniah Canselor UKM ~

blogger-emoticon.blogspot.com


KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini menerima anugerah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Anugerah itu disampaikan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhamaad Fa'iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang mewakili Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hammad, dalam satu kenyataan berkata DKKelantan adalah peringkat tertinggi yang dianugerahkan atau dikurniakan kepada Raja-Raja Melayu atau sesiapa yang dirasakan layak oleh Sultan atau pun Pemerintah Negeri Kelantan. Katanya, penganugerahan DK Kelantan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini mencerminkan satu hubungan yang rapat di antara negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan hubungan yang rapat di antara dua institusi diraja khususnya.

Rombongan Tengku Bendahara Kelantan tiba di Istana Besar Seri Menanti dengan diiringi Tengku Seri Jaya, Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Turut menyaksikan istiadat penganugerahan itu ialah ahli Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Razi Kail; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan: dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad. - Bernama


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), melalui Presiden, Saudara Hamzah berkata "Saya bagi pihak semua ahli-ahli PMUKM yang lain ingin menyampaikan sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir merangkap CANSELOR UKM di atas penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Semoga dengan penganugerahan ini, hubungan antara Negeri Sembilan dan Kelantan lebih erat, dan lebih rapat, dan pelbagai kerjasama, termasuk yang melibatkan universiti kebanggaan kita, Universiti Kebangsaan Malaysia dapat berjalan lancar dibawah naungan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM. Insya Allah."


Isnin, Mac 22

~ NPL Consultant~

blogger-emoticon.blogspot.com
Assalammualikum dan salam sejahtera,

Taklimat Program Pengurusan Kredit Pinjaman (Program PKP)

Dimaklumkan satu taklimat mengenai Pengurusan Kredit Pinjaman oleh NPL Consultant Sdn Bhd akan diadakan pada:

Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 1400-1700
Tempat : Dewan Kuliah 2, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM.


Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan formula baru bagi membantu

mengutip semula hutang tertunggak dan meringankan beban yang ditanggung
oleh badan-badan pemberi pinjaman terutamanya PTPTN.

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk menghadiri ke taklimat tersebut seperti yang tertera di atas. Anda dibenarkan masuk pada bila-bila masa, sepanjang program ini berlangsung kerana setiap slot yang diacarakan mempunyai pengisian yang berbeza.

Sekian, terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang NPL Consultant di sini.


Khamis, Mac 18

~ Kebajikan Yang Perlu Dijaga ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

16/3/10, Selasa : Unit Kebajikan Pelajar (UKP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ke Klang, bagi melawat dan menziarah keluarga Allahyarhamah Azirah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP). Arwah yang merupakan mahasiswi Kolej Keris Mas, tahun 1, telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Disember 2009 akibat sakit buah pinggang. UKP yang diwakili oleh Puan Ruslinah telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sedikit bantuan kewangan untuk keluarga mangsa. Turut hadir sama ialah Exco Prasarana, Keselamatan, Dan Pengangkutan, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Saudara Mohd Rasydan bin Mohd Rais, dan En. Anuar dari Unit Kenderaan, UKM.

Wakil dari UKM ini bertolak dari Pusanika, UKM pada jam 10.45 pagi, dan tiba di rumah arwah pada jam 11.30 tengahari. Setibanya di sana, mereka disambut oleh Cik Halimah, kakak kepada arwah. Pada waktu itu, ayah arwah, En. Zulkifli telah keluar bekerja, manakala ibunya, Pn. Suzana keluar menghadiri kelas mengaji Quran di rumah kawannya.



Menurut Cik Halimah, arwah telah kembali ke rahmatullah setelah sebulan setengah terlantar di hospital dalam keadaan koma. Menurutnya lagi, keadaan arwah mula kritikal semasa minggu ulangkaji Semester 1, sesi 09/10.

'Semasa arwah berada di rumah pada minggu ulangkaji, arwah tak boleh bangun. Kami ingat arwah terkena keracunan makanan, sebab pada waktu itu, arwah deman dan mengalami muntah-muntah. Selain itu, arwah juga kerap membuang air kecil.' ujar Cik Halimah. 'Kerana tak sanggup melihat kesusahan dan penderitaan arwah, kami berpakat untuk memanggil ambulan, dan membawa arwah ke Hospital Kuala Lumpur.' ujarnya lagi.



Difahamkan, arwah tidak menunjukkan simptom-simptom awal penghidap penyakit buah pinggang. Namun, setelah diagnosis dijalankan, keputusan menunjukkan terdapat komplikasi pada kedua-dua buah pinggang arwah. Segala usaha telah dilakukan oleh pihak hospital, termasuklah Dialisis. Tetapi, segala usaha tidak berhasil. Dan arwah kembali ke rahmatullah pada 11 Disember 2009.

Tujuan utama Pn. Ruslinah dari UKP, UKM hadir adalah untuk memberi sumbangan Tabung Khairat Kematian, yang berjumlah RM 2,500.00 kepada keluarga mangsa. Selain itu, UKP juga memohon keluarga arwah untuk ke pejabat UKP di Pusanika, UKM untuk mengisi borang insurans, dan laporan perubatan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan. Apabila ditanya mengenai status PTPTN, Pn. Ruslinah memberi jaminan bahawa pihaknya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rasydan ketika dihubungi berkata, "Saya amat bersimpati terhadap keluarga mangsa. Saya juga baru dimaklumkan hal ini, oleh UKP. Seterusnya, kami merancang untuk menziarah keluarga mangsa dan cuba memberi bantuan sedaya upaya kami. Saya memohon kepada semua mahasiswa/i UKM untuk memaklumkan segala permasalahan mengenai kebajikan atau apa-apa sahaja, tak kisah sama ada dari segi kewangan atau tidak, terus kepada saya, PMUKM, atau UKP untuk kami mencari ruang-ruang yang boleh kami bantu untuk meringankan beban mahasiswa/i sekalian.'

Justeru, sesiapa yang mempunyai masalah, bolehlah menghubungi saudara Rasydan di talian 013-2509846, atau emelkan ke rasydanpmukm@gmail.com. Segala kerjasama, didahului dengan ucapan terima kasih.

Duduk dari kiri : Cik Halimah (kakak arwah), Puan Ruslinah (UKP), dan Pn. Suzana (ibu arwah)
Barisan kedua : En. Anuar (Unit Kenderaan), Rasydan (PMUKM)

Isnin, Mac 8

~ Pengambilan Sekretariat Prasarana, Keselamatan Dan Pengangkutan PMUKM ~

blogger-emoticon.blogspot.com

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera.

Pengumuman penting :

Klik sini Untuk Besarkan.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat, silalah sudi-sudikan diri untuk menghubungi saya dan menjadi sebahagian dari sekretariat ini. Tanpa anda, siapalah saya. Ayuh, bersama-sama kita menjaga kebajikan mahasiswa/i UKM. Insya Allah. :)

(p/s : Sesiapa yang berminat, nanti saya sediakan borang permohonan sukarelawan sekretariat. :) )


blogger-emoticon.blogspot.com
 
blogspot counter