Selasa, Mac 23

~ Tahniah Canselor UKM ~

blogger-emoticon.blogspot.com


KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini menerima anugerah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Anugerah itu disampaikan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhamaad Fa'iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, yang mewakili Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hammad, dalam satu kenyataan berkata DKKelantan adalah peringkat tertinggi yang dianugerahkan atau dikurniakan kepada Raja-Raja Melayu atau sesiapa yang dirasakan layak oleh Sultan atau pun Pemerintah Negeri Kelantan. Katanya, penganugerahan DK Kelantan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini mencerminkan satu hubungan yang rapat di antara negeri Kelantan dengan Negeri Sembilan dan hubungan yang rapat di antara dua institusi diraja khususnya.

Rombongan Tengku Bendahara Kelantan tiba di Istana Besar Seri Menanti dengan diiringi Tengku Seri Jaya, Raja Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias.

Turut menyaksikan istiadat penganugerahan itu ialah ahli Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Razi Kail; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan: dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf Ahmad. - Bernama


Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), melalui Presiden, Saudara Hamzah berkata "Saya bagi pihak semua ahli-ahli PMUKM yang lain ingin menyampaikan sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir merangkap CANSELOR UKM di atas penganugerahan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati DK Kelantan (Al-Yunusi) daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Semoga dengan penganugerahan ini, hubungan antara Negeri Sembilan dan Kelantan lebih erat, dan lebih rapat, dan pelbagai kerjasama, termasuk yang melibatkan universiti kebanggaan kita, Universiti Kebangsaan Malaysia dapat berjalan lancar dibawah naungan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM. Insya Allah."


0 Comments:

 
blogspot counter