Rabu, Jun 2

~ Apa Sudah Jadi : UKM Diceroboh? ~

Penglibatan Parti Pembangkang yang tidak betanggungjawab terhadap mahasiswa sudah sampai ke tahap kronik!

Pada PRK Hulu Selangor yang lepas, 4 orang pelajar Universiti Kebangsan Malaysia iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, King Chai dan Azlin Shafina Adzha telah ditahan oleh pihak Polis dalam satu sekatan jalan raya.

Turut ditemui bersama-sama mereka adalah 1000 keping CD dan 15 ribu keping risalah pelbagai tajuk yang semuanya berunsur hasutan dan mengenai PKR dan tajuk-tajuk seperti “Perisik Zionis dalam PDRM, Tolak BN Kerana Menindas Orang India” dan pelbagai tajuk lagi untuk diagih-agihkan ke seluruh Hulu Selangor.

Secara jelasnya dilihat bahawa mahasiswa-mahasiswa ini telah dipergunakan secara terang-terangan oleh DAP dan PKR dalam kempen mereka sedangkan pada waktu tersebut adalah waktu peperiksaan akhir di UKM.

Dan dalam press conference mereka baru-baru ini yang menggunakan (dipergunakan) Dewan Perhimpunan Cina KL, mereka telah menyatakan bahawa polis hanya menemui 1 keping CD sahaja sewaktu ditahan. Kecik-kecik dah diajar pandai menipu! Ini adalah di antara soft skill yang diajar kepada mahasiswa di universiti pada ketika ini oleh Pakatan Haram ini.

GAMBAR DIATAS : SEMASA MEREKA DICEKUP DI HULU SELANGOR TEMPOHARI!

Sementara itu pagi tadi di UKM, apa yg terjadi ialah 4 pelajar ini telah mengambil khidmat peguam yg terkenal bagi melaksanakan perintah injunksi bagi perbicaraan tatatertib mereka.

Mana la pelajar ni dapat duit untuk membayar peguam dan sebagainya untuk kes TATATERTIB Universiti? Mungkin gambar-gambar di bawah boleh menjelaskan siapa yang mempergunakan pelajar-pelajar ini.

Jika diamati betul-betul, kes 4 pelajar ini mirip Modus Operandi kes liwat Al-Juburi. Seperti seorang adik meniru gaya abangnya, tujuan mereka adalah untuk menangguhkan kes sampai kiamat! Persoalannya, kalau rasa tak bersalah, kenapa takut nak hadiri perbicaraan? Berani kerana benar, takut kerana salah..!

Kalau 4 pelajar ini dibiarkan terus bebas dan belajar di UKM atau di IPT kita, tak mustahil mereka akan menghasut dan mempengaruhi lebih ramai pelajar Melayu untuk ‘tunduk’ dan rela dipergunakan oleh DAP. Inilah contoh pelajar-pelajar yang tak tahu kenang jasa mak ayah mendoakan kejayaan dalam pelajaran agar dapat jadi manusia yang berguna di masa hadapan, sebaliknya kecik-kecik lagi dah jadi alat tunggangan DAPig!

GAMBAR DIATAS : SUASANA DI DATARAN CANSELORI UKM PAGI TADI (MAHASISWA + DAP)

Ini adalah email yang telah aku terima dari salah seorang pelajar yang mengaji disana! Apa nak jadi ni?

Pesanan HPK kepada adik-adik di U: Wahai adik-adikku yang sangat aku sayangi, janganlah kamu menghancurkan masa depanmu dengan membuat sesuatu yang akan kamu sesali di kemudian hari! Ini adalah waktu untuk adik-adik belajar, banyak lagi masa untuk berpolitik!

Ingatlah mak ayah di kampung, mereka begitu bersusah payah menghantar kamu ke sini bukan untuk menjadi BARUA manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab, mereka menghantar kamu ke U untuk kamu belajar dan menimba ilmu!

Wahai adik-adikku yang masih belajar, hentikanlah kegilaan ini, tumpukanlah perhatian dalam pelajaranmu, ingat bila adik-adik gagal nanti tidak akan ada sesiapa pun berada di sisi adik-adik untuk berkongsi tangisan, malah mereka inilah yang akan mencerca kamu atau mempergunakan kamu habis-habisan demi mengejar matlamat politik yang gila!

Aku merayu padamu wahai adik-adikku, kamu boleh bergiat dalam poltik tetapi cukuplah dengan ala kadar sahaja, percayalah golongan manusia tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan nafsu gila mereka sahaja! Sudahlah tu, tumpukan perhatian pada pelajaran!

Abang HPK mendoakan kejayaan kamu semua, jadilah manusia bermaruah wahai adik-adikku, janganlaha kamu dipergunakan, hidup mesti bermaruah dan berilmu!

Sumber : HOUSE PK!

4 Comments:

mizzbutterfly berkata...

ya ALLAH...teruknye...kenapa tak terdengr pun kekecohan pagi tadi... KING chai...quite famous kan die nih...ape nk jadi la...

Kambenggurun berkata...

kadang kala terfikir kenapa hubungan kekeluargaan yg sgt utuh boleh musnah dgn sekelip mata hanya kerana politik. hurm.. dunia2.

basiaq berkata...

kewujudkan SPIDER....Sex, POLITIC, Ideology, DEMOKRATIC, Economy, Race.....
misi mereka hampir berjaya....

learn english berkata...

hmm biar mahkamah tentukan benar ke salah..tapi!harus diingat..kalau mereka boleh join dalam politik or what so on sudah tentu kerana mendapat restu dari ahli keluarga..jadi tak ada alasan menghancurkan harapan ibu bapa or whatever something like that.mereka pasti berbangga kerana dalam melawan auku di mahkamah!kalau pembangkang masuk ukm dikata menceroboh tapi kalau orang kerajaan masuk boleh pulak?biarlah budak-budak tahun 1 ke 2 ke pilih sendiri apa yang hendak disertainya..mereka bukan bodoh..kalau rasa perjuangan gmukm tidak sesuai or salah mereka boleh keluar/tarik diri tak seperti aspirasi yang memaksa pelajar untuk kekal dalam tu.kalau nak keluar diugut segala.tidak bermaksud untuk memihak kpd mana-mana pihak namun berdasarkan pengalaman sendiri berasa sangat geram dan muak mendengar segala ugutan dan melihat taktik kotor yang dimainkan.sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui segalanya.waallahualam.

 
blogspot counter