Sabtu, Jun 12

~ Kebajikan Yang Perlu Dijaga ~

Paip besar di hadapan Canselori dan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) telah mengalami masalah sekitar 6.15 petang tadi. Paip besar yang dijadualkan untuk ditukarkan bermula Jun 2010 ini telah pecah, dan mengakibatkan jalan diatas nya terangkat. Selepas mendapat tahu kawasan berkenaan mengalami masalah, Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan PMUKM, saudara Rasydan, terus menghubungi pihak keselamatan, Wisma Aman, untuk meletakkan kon di jalan berkenaan untuk mengelakkan warga UKM khususnya dari situasi yang tidak diingini.

Ketika dihubungi, saudara Rasydan memaklumkan bahawa pihak JPP telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan (maintenance) untuk membuat penyelenggaraan secepat mungkin. Turut berada bersama beliau ialah dua wakil dari syarikat kontraktor berkenaan, En. Mizan, dan En. Mawi.

Menurut En. Mizan, proses penyelenggaraan akan bermula pada esok hari, kerana hari sudah gelap, dan kakitangan kebanyakannya sedang bercuti. Untuk tindakan awal, mereka akan menutup aliran air paip berkenaan, kerana, air yang melimpah keluar, akan mengeruhkan keadaan, dan merosakkan lagi jalan.

Sehubungan itu, warga UKM dinasihatkan :

  • Berwaspada dan sentiasa berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan (jalan dari Canselori ke KTHO, atau dari Kajai ke FSSK) kerana kondisi jalan berkenaan agak teruk memandangkan jalan berkenaan telah terangkat, dan mendap.
  • Menyimpan air untuk kegunaan harian masing-masing bermula hari ini sehingga ke hari yang akan diberitahu kelak, kerana, aliran air paip berkenaan telah ditutup untuk mengelakkan jalan berkenaan menjadi semakin teruk.
Pihak PMUKM akan menggesa dan mendesak kontraktor berkenaan menyelesai dan membuat penyelenggaraan secepat mungkin demi memastikan kebajikan warga UKM sentiasa terbela. Segala maklumat akan disampaikan secepat mungkin. Segala kerjasama dari semua pihak kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Dan segala kesulitan amat dikesali.

GALERI :


Lokasi Jalan : Di depan Canselori dan KTHO


Air mengalir keluar dari paip pecah mengakibatkan jalan teralih

Jalan terangkat (Di garisan tengah)

Pecah dan teralih

Jalan yang pecah dan terbelah

Jalan raya terangkat di bahu jalan

Jalan rosak yang membahayakan penunggang motosikal terutamanya.

2 Comments:

josh berkata...

sahabat, sila selesaikan masalah ini segera supaya kami warga ukm dapat menikmati bekalan air.
sahabat, jangan sampai keluar surat khabar ye? haha

Kambenggurun berkata...

paip kat situ mmg selalu bocor kan?

 
blogspot counter