Ahad, Jun 6

~Sejarah Palestin Dari Fasa Silam~

Peristiwa Negara Palestin ini sering berkait dengan pelbagai gerakan, agenda, konspirasi, dan lain-lain, seperti gerakan Yahudi Sedunia, bagaimana Yahudi mempengaruhi US/British dan sebagainya. Cerita ni boleh disampaikan dalam 2 fasa, satu sejarah Palestin silam dan moden.

Sejarah Silam

Palestin adalah tempat yang amat bermakna untuk umat Islam kerana di sinilah terletaknya pusat kenabian. Ramai nabi-nabi telah pun diturunkan di situ, atau paling kurang pun, berkait dengan Palestin. Namun, hakikatnya kini Yahudi mendakwa Palestin adalah negara mereka, dengan alasan, mereka adalah penduduk asal di situ. Namun, mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah masyarakat Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yang menetap pada 2500 s.m.

Sejarah kenabian di Palestin bermula dengan nabi Ibrahim. Sudah semestinya kita semua ingat bagaimana nabi Ismail ditinggalkan di Mekah, dan asalnya mata air dari telaga zam-zam. Harus diingat, Nabi Ibrahim bukanlah dari bangsa Israel. Tetapi, anaknya, Nabi Ishak yang menetap kekal di Palestin selepas kewafatan baginda.

Bani Israel adalah keturunan dari nabi Yaakub (anak kepada nabi Ishak). Israel membawa maksud ORANG YANG BERJALAN MALAM . Yahudi pula datang daripada nama YAHUZA (anak kepada nabi Yaakub). Seperti yang kita sedia maklum, kisah nabi Yusof (juga anak kepada nabi Yaakub) dikhianati abang-abangnya, dan ditinggalkan di Padang Pasir, yang kemudiannya baginda diselamat, dan dibawa ke Mesir. Selepas menjadi pemerintah Mesir, baginda menjemput Nabi Yaakub dan keluarga berpindah ke Mesir. Selepas peristiwa itu, pusat kenabian berpindah ke Mesir dari Palestin, sehingga zaman nabi Musa.

Selepas peristiwa Nabi Musa melarikan diri dari Firaun melalui Laut Merah, bani Israel yang merupakan pengikut baginda, kembali ke Palestin. Namun orang-orang Yahudi ini tidak mahu masuk dan menjejakkan kaki ke Palestin, kerana pemerintah Palestin waktu itu bukan dari Bani Israel, yang berketurunan Yahudi. Justeru, dengan kedegilan, dan kebongkakan mereka yang merasakan mereka sebaik-baik bangsa itu, mereka sesat hampir 40 tahun. Selepas kewafatan Nabi Musa, dan Nabi Harun, Yahudi dipimpin kembali oleh Nabi Yusa'(dikenali sebagai Joshua) dan memasuki semula Palestin pada tahun 1190 S.M.

Di dalam Al-Quranul Karim, ada diceritakan kisah nabi Daud dan tentera Raja Talut. Raja Talut telah memberi dan menurunkan takhta kepada Nabi Daud sebagai raja, dan pemerintah Palestin. Selepas penurunan takhta kepada Nabi Daud inilah, bermulanya kerajaan Yahudi di Palestin. Nabi Daud ketika itu menukarkan nama bandar pemerintahan yang asalnya Madinatussalam, kepada Jerusalem pada tahun 995 S.M.

Selepas kewafatan Nabi Daud, zaman kegemilangan Yahudi bermula dengan legasi Nabi Daud, Nabi Sulaiman, mengambil alih tampuk pimpinan Palestin. Zaman itu berada di puncak dan dikenali di seluruh dunia, kerana kerajaan Nabi Sulaiman sangatlah besar, dan dengan mukjizat Nabi Sulaiman, Jin-jin dan alam-alam lain, turut berada di bawah kuasa baginda. Golongan-golongan Yahudi ini percaya, pemerintah agung mereka, Nabi Sulaiman, telah membuat kuil yang diberi nama, Haikal Temple di Jerusalem, hakikatnya, pada pandangan saya, Kuil itu sengaja dibuat-buat. Sebagaimana nasib Masjidil Aqsa yang kini hendak diroboh dan diruntuh kerana niat mereka untuk membuat Solomon Tample di bahagian bawah Masjidil Aqsa tersebut (Yahudi Zionis Conspiracy's)

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, Palestin terbahagi kepada dua (2) : pertamanya ialah Kingdom of Israel, yang kemudiannya ditewaskan oleh Parsi, dan satu lagi, Kingdom Of Yahudi, yang kemudiannya tewas kepada Nebuchadnezar. Yahudi dihalau ke Iraq, dan tak dibenarkan kembali ke Palestin pada tahun 500 S.M.

Pemerintahan bertukar tangan dari Parsi ke tokoh strategi dan perang terhebat, Alexander The Great, ke Rom, pada tahun63 S.M., sehinggalah Umar Al-Khatab mengambil semula Palestin pada tahun 638 M. Boleh diperhatikan, Yahudi cuma menjadi kerajaan di Palestin, cuma 4 kurun sahaja. Dari Nabi Daud, hingga sebelum Nebuchadnezzar iaitu dari tahun 1104 S.M sehungga 586 S.M, sementara umat Islam telah berkuasa dan memerintah selepas saidina Umar Al-Khatab selama 12 KURUN!!

Alexander The Great
Nebuchadnezzar

Bersambung --> Sejarah Palestin dari Fasa Moden

0 Comments:

 
blogspot counter