Khamis, Mei 27

~ Terima Kasih JPP UKM ~

UKM melalui Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM telah bertindak pantas di atas aduan, dan respons PMUKM dan pelajar lain mengenai jalanraya yang rosak teruk, membahayakan dan agak kritikal yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya dua kemalangan mengakibatkan kecederaan di belakang Pusanika. Alhamdulillah, pada petang ini, JPP UKM bersama kontraktor yang bertanggungjawab telah menurap jalanraya yang berlubang di belakang Pusanika, dan jalan dari Pavillion menuju ke Kelab Golf Danau.

Wakil PMUKM, saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan, dan Pengangkutan), saudara Yudha (Exco Keusahawanan) dan saudari Siti Nur Hana (Exco Informasi dan Penerbitan) telah hadir ke tempat kejadian dan menemu bual dua kakitangan dari JPP, En. Shahrizan, dan En. Saiful.

' Pihak JPP akan melakukan penambahbaikan, dan penurapan jalan secara berperingkat. Hal ini kerana, dana yang ada tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan. Kami perlu menyimpan dana, untuk membuat penambahbaikan yang melibatkan perkara-perkara urgent seperti dalam kes ini.', katanya. Tambahnya lagi, 'Pihak JPP akan mengutamakan keadaan-keadaan kritikal terlebih dahulu untuk dibuat penambahbaikan.'

Apabila ditanya mengenai cadangan PMUKM untuk menambah speed table di depan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), En. Saiful membalas, ' Setiap speed table yang ingin dibuat perlu dilihat keadaan, dan kesesuaiannya. Kami sudah menerima surat, dan cadangan dari PMUKM, cuma kita akan lihat semula surat tersebut.'

Pihak PMUKM melalui saudara Rasydan (Exco Prasarana, Keselamatan dan Pengangkutan) juga ada bertanyakan mengenai status alur ilmu, dimana alur ilmu kini telah dipenuhi lumpur-lumpur yang tebal, semak samun, dan tumbuh-tumbuhan liar melata, yang menyebabkan alur ilmu berbau busuk, dan tidak lagi indah. En. Shahrizan menjawab, 'Mengenai alur ilmu, pihak JPP kini telah pun menyiapkan kontrak, dan kini, sudah berada di Bendahari UKM untuk dibuka tendernya. Memerlukan sedikit masa, dan kos yang banyak untuk memulihara alur ilmu ini.'

InsyaAllah, pihak PMUKM akan cuba sedaya upaya memperjuangkan kebajikan, keperluan, dan keselamatan mahasiswa/i UKM. Pihak PMUKM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Shahrizan, dan En. Saiful yang begitu mesra, dan peramah dan bersikap terbuka dalam menjawab segala persoalan dari pihak PMUKM.

Ucapan jutaan terima kasih juga buat JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN (JPP) atas keprihatinan, kepekaan, dan tindak balas yang pantas dalam memastikan keselamatan, dan kebajikan pelajar terjaga. Terima kasih.

Sebelum penambahbaikan :
Hujan menambahkan lagi kerosakan jalan

Inisiatif JPP untuk menutup terlebih dahulu jalan yang rosak ini.

Penambahan pasir dan tanah untuk penambahbaikan jangka pendek.

Semasa penambahbaikan :

Pekerja kontrak membuat penambahbaikan jalan

Meratakan jalan

Saudara Rasydan dan En. Shahrizan

Saudara Yudha, Rasydan, dan En. Shahrizan

Membaiki jalan yang rosak dan kritikal

Suara Anda, Suara Kami. Kebajikan Anda, Kebajikan Kita Bersama!

Rabu, Mei 26

~ Presiden PMUKM - "Tenang Hadapi Perbicaran" ~

KENYATAAN PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:

4 PELAJAR UKM DI DAKWA DI ATAS KESALAHAN AUKU

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jurusan Sains Politik bakal dibicarakan pada 2 dan 3 Jun ini di Mahkamah Universiti. Mereka bakal dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pindaan 2008, yang secara jelas melarang kesemua pelajar IPTA, kecuali UIAM dan UITM menyertai, atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik, atau mana-mana pertubuhan, badan, atau kumpulan yang menyalahi undang-undang. Tindakan mereka yang mengecam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) umumnya, dan UKM, khususnya adalah tidak wajar dan menunjukkan ketidak matangan mereka. Tuntutan mereka yang meminta UKM menarik balik dakwaan juga merupakan tuntutan yang tidak berasas. Pada hemat saya, mereka sepatutnya menghadiri prosiding dan perbicaraan dahulu dan memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Tindakan menghantar referendum, memorandum dan membuat petisyen yang mendesak dan terlalu agresif itu, bakal mengeruhkan keadaan lagi.

Bercakap soal AUKU. AUKU telah pun dipinda pada tahun 2008. Pindaan yang jelas melarang pelajar menyertai mana-mana parti politik, saya lihat lebih banyak kebaikan dari keburukan. AUKU ini tidaklah menyekat dan menghalang mana-mana pelajar dari kegiatan berpersatuan, apatah lagi membina kemahiran insaniah seperti yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. AUKU pindaan 2008 telah memberikan kebebasan berpersatuan kepada pelajar, dimana-mana ianya membenarkan pelajar universiti menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan sama ada atau ianya ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada ia di dalam atau di luar universiti, dan sama ada ia di dalam atau luar Malaysia, kecuali parti politik, sama ada di dalam atau luar negara, pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenalpasti oleh menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Larangan politik keatas pelajar dapat dilihat kebaikannya melalui beberapa perkara berikut. Pertamanya, penglibatan pelajar secara aktif dalam politik akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama dalam kalangan pelajar. Lebih membimbangkan apabila universiti yang sepatutnya aman dan tenang dan sesuai untuk belajar, menjadi tidak kondusif akibat daripada pergerakkan politik yang kadangkala, bahkan sepanjang masa mempunyai percangahan ideologi, visi, dan misi perjuangan.

Keduanya ianya mengelakkan pelajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh mempengaruhi keutamaan pelajar untuk menuntut ilmu. Apakah perasaan ibu bapa yang berniat melihat kejayaan anaknya dalam pelajaran, tiba-tiba ditangkap dan dihukum buang daripada universiti? Saya pasti, menitik air mata ibu, berkecai harapan dan impian bapa, apabila anak mereka didakwa dan dihukum sedemikian. Matlamat, harapan, dan impian ibu bapa juga perlu diberi perhatian, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

Pelajar universiti telah menerima hampir 90% subsidi pendidikan daripada peruntukan kewangan kerajaan. Maka, sudah pasti, kerajaan mengharapkan pelajar tersebut memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, dalam usaha untuk membantu meningkatkan mutu dan taraf hidup, dan seterusnya menaikkan lagi nama Malaysia di persada dunia.

Berkenaan kenyataan keempat-empat tertuduh ingin membuat kerja lapangan di Hulu Selangor, saya fikir, tiada sebarang masalah dan halangan untuk mereka membuat sedemikian untuk kajian ilmiah mereka, sekiranya, mereka mendapat kebenaran bertulis daripada pensyarah, dan di sokong oleh Prof. Dato’. Dr. Mohammad Abdul Razak, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM. Pekeliling universiti telah pun dikeluarkan , dimana intipatinya melarang mana-mana pelajar terlibat atau menunjukan simpati dan sokongan pada mana-mana parti politik, tidak hanya menjurus kepada sebahagian parti politik sahaja. Sebagai seorang pelajar yang boleh dikatakan membawa imej dan nama UKM, saya fikir, kita perlu mematuhi peraturan-peraturan universiti, apatah lagi, larangan TNC HEPA yang merupakan “ayah” kepada kita di bumi UKM.

Jadi, saya berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan menjadi agenda atau isu kepada mana-mana parti politik. Kepada pelajar yang terbabit, Ismail Aminuddin, Hilman Idham , Woon king Chai, dan Azlin Shafina Adzha, saya berharap agar anda semua tenang dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. Pihak PMUKM akan membantu sebaik mungkin untuk melindungi dan memperjuangkan kebajikan anda. Jangan turuti hati,perasaan dan nafsu amarah kerana kelak, ia bakal menyusahkan anda dan orang-orang disekeliling anda. Gunalah akal ciptaan Ilahi sebaiknya. Sesungguhnya, akal yang baik menunjuk anda seorang yang bijaksana, professional, dan yang paling penting, MATANG.

“MAHASISWA TUNJANG ASPIRASI UNIVERSITI”

MOHD HAMZAH ZAINUL ABIDIN

PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Isnin, Mei 24

~ Keagungan Dan Kemuliaan Junjungan Besar ~

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…”
desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Rasulullah s. a. w. bersabda, “Sampaikan pesanku walau sepotong ayat”.

Subhanallah, semoga bermanfaat.

~ Mencontohi Kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz ~

Membaca sebuah laman yang dicadangkan oleh sahabat, saudara Abdul Rahman atau panggilannya dalam blog, Tok Arab, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak latar belakang tokoh Islam terbilang, seorang khalifah yang disegani, tak lain tak bukan, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz.

Kedudukan beliau:


Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.


Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."



Kehidupan beliau menuntut ilmu:


Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.


Pelantikan beliau sebagai Khalifah:


Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:


Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"


Keadilan beliau:


Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.


Kematian beliau:


Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
Wallahu'alam...

Mudah-mudahan kita sebagai umat Islam, dapat mencontohi keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz. InsyaAllah.

sumber : tripod

Sabtu, Mei 22

~ The Special One ~

Perlawanan akhir, Liga Juara-juara Eropah (Champions League) antara pasukan handalan Itali, Internazionale (Inter Milan) menentang pasukan dari German, Bayern Munchen (Bayern Munich) telah berlangsung tepat jam 2.45 pagi (waktu Malaysia) dengan Santiago Bernabeu (Stadium Real Madrid) menjadi stadium bagi perlawanan akhir ini.

Milito menjadi wira Inter apabila menjaringkan dua gol pada minit 35, dan minit 70. Gerakan dan permainan cantik kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan ini tidak bosan untuk ditonton. Milito dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Tahniah Inter Milan! Tahniah Milito! Tahniah 'Special One'!

Gambar-gambar Sepanjang Perlawanan :

Penyokong Bayern

Penyokong Inter

Tanda Hormat : Jose Maurinho dan Bekas Ketua, Van Gaal

Wira Inter : Diego Milito

Saat-saat Akhir Bersama Inter : Bersama Marco Materazzi

Kejayaan Milik Skuad Yang Teristimewa : The Special One

~ Salam Ulangtahun UKM ~


Konsert DiRaja UKM 2010, sempena Ulang Tahun Ke-40 UKM ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan seluruh warga Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Canselor, dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, dan DYMM Raja-raja Melayu yang tidak ternilai dek emas dan permata.

Konsert ini menggabungkan lebih 60 orang pemuzik yang terdiri dari kakitangan, pelajar-pelajar UKM dari Ijazah, Sarjana hingga ke peringkat Doktor Falsafah, dan Alumni UKM yang merupakan Ahli Bersekutu bagi kumpulan yang amat hebat, iaitu Kumpulan Orkestra UKM.

Lagu-lagu yang dipilih untuk dipersembahkan, telah digubah semula muziknya oleh Mohamad Adzan Mohd Fadzil, Pegawai Kebudayaan di Pusat Kebudayaan UKM. Dato' Johari Salleh yang merupakan tokoh muzik terkenal tanahair, yang juga merangkap Felo Kanan, Bahagian Kokurikulum, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) UKM, turut terlibat dalam persembahan orkestra, dimana beliau menjadi konduktor. Persembahan orkestra ini turut diserikan dengan penglibatan kumpulan tarian ARTISUKMA dan nyanyian oleh dua artis undangan yang terkemuka, iaitu Aishah, dan Roy.

Konsert kali ini menjadi bertambah menarik, apabila anakanda DYMM Tuanku Canselor, YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, mempersembahkan Persembahan Piano Solo yang dialunkan dengan merdu sekali. Anak kepada Datuk Seri Malek Radzuan, Mohd Hajizzam Datuk Seri Malek Ridzuan, turut terlibat dalam penganjuran Konsert DiRaja UKM 2010, apabila menyanyikan lagu Ku Cari Damai Di Hati, sebelum berduet dengan Nur Suhaida Mat Harun dengan mendendangkan lagu Doa Buat Kekasih. Nur Suhaida sebelum itu menyanyikan lagu Ayat-ayat Cinta yang dipopularkan oleh Rossa.

Sesungguhnya penganjuran konsert ini merupakan satu usaha UKM dalam mempertingkatkan dan memartabatkan seni persembahan Orkestra yang unggul dengan menerapkan daya apresiasi muzik secara ilmiah dan menggalakkan integrasi para pemuzik.

SELAMAT ULANGTAHUN KE-40 UKM!


Khamis, Mei 20

~ Yuran Aktiviti JAKSA : Kolej Kediaman UKM ~

Menjawab dan respons kepada segala persoalan dan pertanyaan saudara/i mahasiswa/i UKM mengenai Yuran Aktiviti JAKSA Kolej Kediaman UKM yang dibayar sebanyak RM 100 saban sesi, di sini, saya ingin memberi perincian di atas setiap ringgit yang anda bayarkan kepada pihak kolej melalui Bendahari UKM. Berikut merupakan perinciannya.

  1. Aktiviti JAKSA : RM 30.00
  2. Jamuan Tahunan : RM 20.00
  3. Kebajikan : RM 10.00
  4. T-Shirt MMP : RM 16.00
  5. Bilik Sumber : RM 20.00
  6. Kad Kolej : RM 4.00
JUMLAH RM 100.00

sumber : Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM.

Sehubungan itu, suka saya mengingat dan menasihati rakan-rakan, saudara/i, mahasiswa/i UKM beberapa perkara.

1. Jangan membayar apa-apa yuran lain yang diminta pihak kolej, misalnya t-shirt kolej, kerana anda telah pun membayar t-shirt kolej berharga RM 16.00 yang standard, dan sama bagi semua warga kolej anda, kecuali, t-shirt program anjuran JAKSA kerana ianya merupakan cara untuk menyatakan sokongan anda kepada pimpinan JAKSA kolej kediaman anda. Jikalau betul-betul tidak berkemampuan, sila jelaskan kepada JAKSA anda.

2. Perjuangkan kebajikan anda. Anda telah membayar yuran kebajikan sebanyak RM 10.00 seorang. Justeru, jika anda dapati kebajikan anda tidak terjaga, misalnya tiada paip air, pili air rosak, tombol pintu rosak (bukan sengaja dirosakkan), lampu kalimantang terbakar, segeralah lapor kepada JAKSA Kebajikan anda, dan pihak pengurusan kolej kediaman masing-masing. Masalah air merupakan masalah utama semua Kolej Kediaman. Pihak UKM akan mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini bermula Jun 2010.


3. Manfaatkan Bilik Sumber Kolej Kediaman anda. Anda berhak mendapat ruang untuk berada di bilik sumber kolej kediaman anda masing-masing atas bayaran RM 20.00. Jadikanlah amalan membaca, amalan rutin harian anda. Jadikan diri anda, individu yang mempunyai pemikiran luas, dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Yang penting, elakkan maksiat, dan perkara sumbang.


4. Teruskan dan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan JAKSA Kolej Kediaman anda. RM 30.00 dan RM 20.00 masing-masing digunakan untuk setiap program anjuran mereka. Jikalau anda tidak berpuas hati dengan program mereka, jumpalah mereka, dan nyatakan lah luahan hati anda secara berhemah. Jangan memboikot. Mereka juga insan biasa. Kesilapan dan kekhilafan sentiasa berlaku pada insan lemah. Nasihati, dan berilah sokongan sepadu mungkin kepada JAKSA yang memegang amanah ini.


5. Kad Kolej yang telah anda bayar sebanyak RM 4.00 itu merupakan identiti dan bukti yang menunjukkan anda merupakan pelajar yang menetap dan menginap di kolej itu. Bawalah ia kemana sahaja atas faktor berjaga-jaga, dan keselamatan. Setiap kolej memuatkan 1000 pelajar, kecuali di Kolej Za'aba dan Kolej Keris Mas yang memuatkan sehingga 2000 pelajar dan mungkin lebih lagi. Mustahil bagi pihak pengurusan kolej, termasuk JAKSA, dan Felo untuk mengenali kesemua pelajar yang menginap di kolej itu. Berilah kerjasama sebaik mungkin kepada pihak pengurusan kolej yang menjaga kebajikan dan keselamatan anda sepanjang anda berada di kolej kediaman di bawah pengurusan mereka.


LAPORAN KHAS : EXCO PRASARANA, KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN, UNIT KEBAJIKAN, PMUKM.

~ Parasit Pemakan Lidah ~

Cymothoa exigua atau juga dikenali sebagai "kutu pemakan lidah" merupakan sejenis parasit yang hidup didalam mulut ikan. Ia masuk melalui insang dan pergi ke bahagian lidah mangsanya sebelum menyedut darah yang ada pada bahagian tersebut perlahan-lahan. Lidah ikan tersebut akan mengecut sehingga hanya bahagian pangkalnya sahaja yang tinggal. Parasit ini kemudiannya akan melekatkan dirinya sendiri pada bahagian pangkal lidah mangsanya dan menggantikan lidah tersebut dengan dirinya.



Parasit ini tidak mengakibatkan lain-lain kecederaan dan ikan yang dihinggapi dengan parasit ini juga boleh menggunakannya sebagai lidah. Ia juga tidak akan mencederakan manusia melainkan jika dipegang hidup-hidup.




Ia biasanya dapat dijumpai di kawasan pantai California. Parasit ini dapat hidup dengan menyedut darah pada bahagian arteri dan memanipulasi makanan dalam bentuk partikel ketika ikan tersebut menjamah makanannya.


Kutu ini mempunyai saiz sepanjang antara 3 hingga 4 sentimeter.

Bayangkan jika anda sedang enak makan ikan dan terjumpa kutu ni dalam ikan tersebut... hehe..



Ikan untuk santapan anda. :)

Selasa, Mei 18

~ Organisasi Antarabangsa : Persekitaran, Autonomi Dan Kuasa ~

Organisasi merupakan kesatuan, atau susunan yang terdiri daripada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu pertubuhan. Organisasi ini juga boleh ditafsir sesuatu yang melibatkan aktiviti berkumpulan, atau yang bercorak perbadanan. Belakangan ini, organisasi-organisasi ini tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti ada penambahan, atau pendaftaran sesuatu organisasi, sama ada di Malaysia ini sendiri, atau, di mana-mana tempat di dunia ini. Organisasi Antarabangsa (International Organisation) pula merupakan satu organisasi yang melibatkan kumpulan-kumpulan dari pelbagai negara yang dikumpulkan di organisasi itu. Antara contoh Organisasi Antarabangsa ini ialah, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan lain-lain.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) / United Nation (UN) yang masih tidak mampu menyelesaikan masalah di Palestin. Apa guna PBB jika tiada usaha digunakan untuk mencapai keamanan?? Relevankah??

Setiap organisasi, punya pemimpin. Apabila dikaitkan dengan kepimpinan dalam sebuah organisasi, maka, terang lagi bersuluh jika kita katakan ianya melibatkan kuasa dan status di dalam organisasi tersebut. Kali ini, penulis ingin mengupas sebuah jurnal, tulisan Michael N. Barnett dan Martha Finnemore yang bertajuk The Politics, Power, and Pathologies of International Organization. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam jurnal ini. Antaranya ialah, persekitaran organisasi antarabangsa, autonomi organisasi antarabangsa, kuasa organisasi antarabangsa, dan pelbagai perkara lain.

Menurut Michael N. Bartett, dan Martha Finnemore, Organisasi Antarabangsa (IO), bertambah secara eksponen saban tahun. Kebanyakan teori menjelaskan bahawa, penubuhan IO ini, respons kepada masalah kekurangan atau ketidak lengakapan maklumat, kos-kos transaksi, dan untuk menambah baik, kebajikan, dan kesejahteraan ahli-ahli mereka. Terdapat tiga perspektif yang boleh dibahaskan dalam kita membincangkan IO ini.

Perspektif pertama, ianya menawarkan pandangan berbeza dari segi kekuatan IO, dan apa atau bagaimana, mereka penting atau terlibat dalam politik dunia. Masalah ini telah menjadi isi atau intipati utama bagi perdebatan Neoliberal Instutionalis, dengan Neorealis saban tahun. Organisasi global bertanggungjawab lebih daripada sekadar memudahkan kerjasama dengan membantu negara-negara untuk mengatasi kegagalan pasaran, tindakan kolektif yang dilema, menentukan tanggungjawab dan bidang kuasa di kalangan mereka, dan masalah yang berkaitan dengan pilihan sosial yang saling bergantung.

Perspektif kedua adalah memberikan teori asas untuk merawat IO sebagai pelaku autonomi dalam politik dunia, dan dengan demikian, memberi sebuah cabaran, atau tentangan bagi ontologi statisme yang berlaku dalam teori-teori yang melibatkan hubungan antarabangsa. Walaupun segala perhatian mereka ditumpukan kepada institusi antarabangsa, namun, hasilnya, satu keputusan atau hasil yang berorientasi secara teorinya menunjukkan Neoliberal Institusionalis dan rejim mereka, melayan IO ini sama seperti negara-negara pluralis lakukan. Pandangan Weber berkenaan kuasa normatif dari pihak berkuasa yang rasional dan sah adalah mewujudkan birokrasi, dan impak atau kesannya terhadap cara penghasilan birokrasi yang bertindak melakukan kawalan sosial, dengan memberikan pengetahuan asas, untuk mencabar pandangan yang dilemparkan, dan seterusnya bertindak melayan IO seperti agen, bukan hanya struktur organisasi biasa.

Pandangan atau perspektif ketiga dan terakhir ialah menawar atau memberi sudut pandang yang berbeza dari yang digunakan untuk menilai keinginan IO. Sedang realis, dan pembuat polisi mengambil masalah ini untuk diselesaikan, beberapa pelajar dari IO dikejutkan dengan masalah prestasi dan keinginan mereka yang kritikal. Sebahagian dari optimis-optimis yang datang dari Pusat Ajaran Liberalisme Klasik melihat IO sebagai cara damai, atau cara aman, untuk menguruskan perubahan teknologi yang pesat, dan bersifat global, jauh lebih baik daripada alternatif yang sering digunakan, iaitu, melalui peperangan.

Justeru, rawatan perlu diberikan kepada IO yang mengalami masalah kritikal, untuk membina semula pemikiran organisasi mereka.

TEORI YANG BERKAIT DENGAN ORGANISASI

Didalam bidang Sains Sosial, terdapat dua cabang yang luas, berkait dengan organisasi. Yang pertama, ekonomistik dan menumpu kepada asumsi, atau memegang instrumentasi yang rasional, dan yang berkait dengan kecekapan. Keduanya adalah sosiologis yang difokuskan kepada isu-isu legitimasi, dan kuasa. Terdapat tiga perkara utama yang dibincang melalui dua puak ini. Antaranya ialah :

i) IO dan lingkungan atau persekitarannya

Melalui pendekatan ekonomik terhadap organisasi, lingkungan atau persekitaran diandai dan dianggap sebagai sosial yang sangat tipis, tanpa peraturan-peraturan sosial, isi-isi yang bercorak kebudayaan, atau pelaku-pelaku lain di luar yang membina organisasi. Persaingan, pertukaran dan tekanan konsekuen untuk kecekapan adalah ciri-ciri persekitaran yang dominan, yang menggalakkan pembentukan dan perilaku organisasi. Ahli-ahli sosiologi, sebaliknya, mengkaji organisasi dalam situasi bukan pasaran, dan akibatnya, mereka memulakan tanpa apa-apa andaian. Organisasi dilayan sebagai ‘Fakta sosial’ untuk disiasat; sama ada mereka melakukan apa yang mereka nyatakan, atau mereka buat secara efisien, adalah merupakan soalan yang bercorak empirikal, bukan andaian secara teori, melalui pendekatan ini. Respons pertubuhan atau organisasi bukan hanya ke pada pelaku yang mengejar keuntungan bercorak material dalam lingkungan semata-mata, juga kepada norma-norma dan paksaan budaya yang membentuk pemikiran sesebuah organisasi, dan memahami konsep visi, dan misi mereka. Lingkungan ini boleh ‘memilih’ dan menyokong organisasi untuk membuat alasan selain dari efisien, dan perilaku responsif yang sering diketengahkan. Sebagai contoh, organisasi boleh mencipta, atau menyokong atas dasar legitimasi dan normatif yang sesuai, lebih dari output efisien ; mereka boleh mencipta bukan untuk apa yang mereka buat, tetapi, lebih kepada diri mereka, iaitu, apa yang mereka wakili, secara simboliknya, dan nilai-nilai yang mereka wujudkan.

ii) Autonomi IO

Mengikut logik ekonomistik, teori rejim dan pelbagai sarjana yang bekerja di dalamnya, umumnya, mereka memperlaku atau melayan IO sebagai ciptaan negara-negara yang direka untuk mendapatkan kepentingan atau faedah negara dengan lebih banyak. Analisi perilaku IO seterusnya menumpukan pada proses agregasi keutamaan negara ahli, melalui interaksi strategic dalam struktur dari IO tersebut. Pernyataan Waltz mengenai definisi redusionisme ialah, ‘memahami dengan mengetahui sifat-sifat dan interaksi antara (bahagian) mereka.’ Teori-teori yang dikemukakan menyebabkan, layanan ke atas IO menjadi layanan sebagai mesin pembuat dasar peribadi, dimanipulasi oleh pelaku-pelaku lain. Akibatnya, penyalahgunaan kuasa berlaku.

iii) Kuasa IO

Jika IO mempunyai autonomi dan kuasa di dunia, terdapat beberapa kuasa berdasarkan status mereka sebagai laman budaya yang dibina pihak berkuasa. Tiga jenis kuasa IO yang luas adalah :

  1. Mengklasifikasikan dunia, membuat kategori dan tindakan pelaku
  2. Memperbaiki definisi dalam dunia social
  3. Mengartikulasi dan menyebarkan norma-norma baru, prinsip dan pelaku di sekitar dunia.

Organisasi Antarabangsa yang jelas menunjukkan, ahli-ahli akan bersetuju jika dan hanya jika mereka mendapat keuntungan. Hakikatnya, perjuangan apa yang mereka ketengahkan??

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kuasa dan status sesebuah organisasi, terutamanya Organisasi Antarabangsa (IO) perlu dikaji semula kerana, kedudukan pihak berkuasa yang memberi IO kuasa autonomi ini akan mengakibatkan penyalah gunaan kuasa, jika sekiranya tidak dipantau, dan seterusnya memberi impak kepada masyarakat sekitar. Selain itu, ruang lingkup, atau persekitaran IO, autonomi IO, dan kuasa IO yang berbeza takrifannya melalui ahli-ahli ekonomi, dan ahli-ahli sosiologi, menyebabkan IO ini tidak mempunyai halatuju dan ketetapan dalam melaksanakan dasar, visi, dan misi, seperti yang awal mereka lakukan.

Dari sudut positifnya, IO mampu mengawal dan menambah baik kebajikan ahli-ahlinya melalui perjuangan-perjuangan mereka. Selain itu, ianya merupakan satu organisasi dan pertubuhan yang boleh merapatkan silaturrahim dan kerjasama antara negara-negara ahli, yang seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negara masing-masing.

P/S : ini merupakan penulisan pertama penulis dalam penghasilan artikel untuk majalah. InsyaAllah, penulis akan lebih kerap menulis, untuk memberi dan berkongsi sedikit idea, supaya kita dapat sama-sama menimba, dan berkongsi ilmu yang luas ini.

Majalah - Muat turun di sini (PDF - 375KB)

Khamis, Mei 13

~ Konspirasi? : Mahathir, Anwar Dan Nik Aziz (Bahagian 2) ~

Sekarang mari kita muhasabah diri kita.MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??

Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason,ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.

Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad.Kita tahu dia seorang Islam seperti kita. Jangan persoalkan imannya. Itu urusan Tuhan.

Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam,sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam. Tiada.Anwar seorang Islam seperti kita. Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas. Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube, skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria. Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.

Anwar seorang Islam seperti kita.Jangan ragu.

Nik Aziz? Tidak perlu diulas. Jika diulas,ini namanya pembaziran.

Wahai manusia yang mengaku Islam,

Justeru itu, tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka,dengan hati penuh tulus ikhlas mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman. Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis. Jika kita bersangka baik dengan mereka, bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas lambat laun sekiranya Mahathir seorang Mason sejati, insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya. Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun, nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Loh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam, sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik, membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri. Mungkin setelah berada di alam barzah, Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya. Na'uzubillah min zalik.

Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal Laknatullah,ditetapkan iman dan perjuangan?

Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman, insyaAllah, Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia, jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah. Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma. Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya, maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat. oh, dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.

Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat. Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam. Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya. Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri. Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz, insyaAllah sudah pasti 1000 oarng tadi akan mendapat manfaatnya. Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz,maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat, jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura.FIKIRKANLAH.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada. Jika Mahathir, ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh, insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba. JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya, maka terkejutlah Dajjal Komunis. Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.

JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH,MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.

Mungkin ini semua sebuah utopia,fikir sesetengah pesimis.Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi, dijajah dan dihalau. Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu, tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain.Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecahbelah.

Tidak ada ruginya kita bersangka baik. Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.


Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia.Kekuasaan di tangan-Nya.Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa.

~ Konspirasi? : Mahathir, Anwar Dan Nik Aziz (Bahagian 1) ~

Bangsa Melayu mempunyai pemimpin-pemimpin tersendiri yang mampu membawa perubahan kepada bangsa itu sendiri. Pemimpin-pemimpin ini merupakan seseorang yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam misi membawa ideologi, dan pegangan objektif sama ada bersifat individualistik, kemasyarakatan, ataupun holistik, yakni menyeluruh. Di Malaysia, tiga pemimpin yang ingin saya sampai dan kongsikan ini tidak asing lagi bagi kita semua. Ya, seluruh pelusuk masyarakat Malaysia mengenali mereka.

Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.

Seorang digelar Mahafiraun,seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika.Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.



Tiga Masons Melayu

Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh.Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri.Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist, para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia.

Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal. Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata.

Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani.Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.

Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.

Soalannya sekarang,adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?

Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya.Jawapan kadangkala tidak membantu,malah menyusahkan,memecahbelahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan.KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI.Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik,mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.

Kita tidak perlukan jawapannya sekarang.Walaupun salah seorang,atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam,namun itu bukanlah tujuan kita.Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita.Dengan kata lain,apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan.

TUN DR. MAHATHIR

Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran, percaturan ekonomi dan pembangunan. Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan. Jika beliau adalah seorang diktator, ya.. beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT. Putrajaya, adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia.Jika tidak asbab inisiatif beliau, Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri. Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri. Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.J epun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional. Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.

Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama. Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia. Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau. Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya. Semua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau. Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB. Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani. Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain. Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

Katakan saya ialah Dajjal The Antichrist.Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah.Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar,beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Dia hanya menyuapkan pembangunan semata,menghina janggut nabi, menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t.

Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam? Jakim? Ahh...Jakim hanyalah topeng sahaja.Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini? Semakin lama si JAKIM ini bernafas,selagi itulah agama dikurung didalam surau,masjid dan pejabat agama.Ya,ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka,adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi? Hipokrit, mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.

Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini. Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati. Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar, peneraju kesatuan dan pertubuhan, amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap. Percakapannya memukau, gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan. Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM, sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS, sebuah gerakan Islam berteraskan politik. Ini kerana percaturan beliau yang selama ini diimpikan ialah; memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit, memulihkan dari dalam, menerajuinya dan mungkin menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.

Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang diimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah. Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.

Namun, panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno. Plannya yang pertama tercapai.Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri. Di masa-masa kegemilangan beliau, Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi. Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir. Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar, sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara. Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih.Selepas itu,seolah-olah dirancang, satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.



Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik.Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya. Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau. Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam. Anwar bingkas mempertahankan dirinya. Beliau mengambil jalan revolusi. Road show dan demonstrasi jalanan. Dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara. Jika Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya? FIKIRKAN RAHSIA INI.

Di dalam penjara, Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya. Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat. Hina sehina-hinanya. Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan, sudah tentu ini amat-amat menekan beliau. Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara, beliau mengalami trauma yang amat dasyat. Dibogelkan dan dipukul. Dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya,walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi, itu bukan persoalannya sekarang.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,inilah masanya untuk bertindak.Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara. Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat. Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti. Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan. Saya akan mengagak,sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya.

Teorinya tidak susah,orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain,maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah. Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya,namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat. Hahaha...mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya. Mereka datang bukan dengan tangan kosong, tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara. Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan. Dia musuh No. 1 negara sekarang. Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya? Fikirkan. Strategi bijak saya ini akan mengena. Saya ialah Dajjal,Manusia Bijak. Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia??Siapa Dale Carnegie? Anthony Robbins? Neuro-Linguistic Programming? Itu semua sampah!Rubbish!Seni mindcontrol saya lebih dasyat!

Setelah keluar dari penjara,Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara.Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik.Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya.Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya,dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya.Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama,dan teka...adakah Anwar akan menuruti langkah kami?

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%.Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist.Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja.Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain.Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja,kuil dan tokong.Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal.Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar.Al-Gore sudah tentu idola Anwar.HIdup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan hartabenda ke atasnya.Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia,apa maknanya itu?Ya..ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason.Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia,selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.

Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.

TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu. Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau berjuang atas nama agama Islam. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik, tetapi seorang pemimpin spiritual. Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini. Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir. Saya akan dekati Nik Aziz ini. Bagaimana saya mahu dekati dia? Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama. Haha...tidak susah. Malah amat senang sekali. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya, hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam. Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah. Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak, berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya. Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap. Dia semakin tua. Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah. Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Saya biarkan dia menerajui PAS supaya umat Islam tidak bersatu. Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif. Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam UMNO jadi orang Islam dalam UMNO akan jauh hati dengan PAS dan semakin benci dengan PAS dan Hukum Allah nya. Jadi biarlah UMNO dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan. Nik Aziz semakin tua,dan semakin nyanyuk hehehe... lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri. Akhirnya parti PAS akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk. Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat Islam di dalam UMNO dan PAS. Saya akan jadikan PAS itu seolah-olah Sunnah dan UMNO itu Syiah.Tidak mustahil orang-orang PAS dan UMNO akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah, India, Iran atau Pakistan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%. Kenapa? Sebab dialah Parti PAS banyak mendapat susah sekarang. Bila Pas nak muzakarah dengan UMNO, kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh? Bila gagal,boleh kutuk-kutuk UMNO pula. Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan, si tua ni lagi yang buat masalah. Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing. Tidak boleh disentuh langsung. Haram. Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja? Biar betul si tua ni. Pelik dan semakin pelik. Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli UMNO. Tidak beragak langsung. Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang UMNO kepada agama Islam sendiri? Betul-betul pening dengan si bangka ini.

Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.


Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama.Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan;mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.Tiga bahagian ini cukup untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu.Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan,menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa.Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?

Mari kita main permainan teka-meneka.JIka Mahathir adalah Mason,Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya.JIka Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan,ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand.Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan.Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal.Mason perlu berjaya dengan mudah.Lihat senarai presiden Amerika.Berapa ramai yang menjadi Mason?Berapa ramai yang tidak?Dan Nik Aziz.

Jika dia seorang Mason,ini adalah sesuatu yang istimewa.Dan unik.Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason.Bodohla The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat.Mereka akan diuji.Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.

bersambung --> bahagian 2

Selasa, Mei 11

~ Panji Hitam Dari Ufuk Timur ~

Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak terkalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknat yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dariTimur.

7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.


9. Sabda Nabi SAW
:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)


11. Sabda Nabi SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.

(Iman Muslim)


16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.
(At-Tarmizi)

 
blogspot counter