Khamis, Disember 4

~Ketagih Game~

Adoi.. Sebab suka-suka nak main game, kini aku dah ketagih game itu. Kalau tak bukak sehari game tu, aku rasa gelisah. Tak tenang je rasa kalau tak mengadap game tu. Selang dua jam, aku kembali ke laptop, kembali melihat orang-orang kampung membina kampung mereka atas kekreatifan ku. Game yang aku maksudkan ialah Virtual Villagers : The Secret City (click untuk mendownload).

Game ini berkisarkan mengenai kampung yang kita bina, di samping menyelesaikan berbagai 'puzzle'. Terdapat 16 puzzle yang perlu diselesaikan untuk menamatkan game ini.

Game ini merupakan kesinambungan dari siri-siri terdahulu, iaitu Virtual Villagers 1, dan Virtual Villagers 2. Pulau yang merupakan kampung mereka ini bernama Isola. Game ini amat seronok untuk dimainkan. Game ini dibekalkan hanya 60 minit masa permainan sahaja. Tetapi, usah risau, disini, aku bekalkan 'crack' untuk anda crack supaya tiada had masa dikenakan terhadap permainan anda. Anda boleh bermain sehingga lebam. Hehe..

crack: ReflexiveArcadeCrack
Readme

Kini, kampung ku telah masuk tahun ke 200 (tahun Isola). Penduduk ku kini mencecah 40 orang, dengan seorang Tribal Chief. Hanya 2 puzzle lagi untuk diselesaikan. Tidak sabar untuk ku habiskan game ini untuk ku meneruskan sirinya yang lain pula.

Jika anda ada masalah berkaitan game ini, bolehla bertanyakan disini, atau layari terus laman web Virtual Villagers : The Secret City. Binalah kampung anda dengan kekreatifan anda. Enjoy dan selamat bermain. ROCKS!!

Screenshot:


Tribal Chief's Lecturing

Collectibles Item To Increase Tech Point

2 Comments:

Tanpa Nama berkata...

huhaa baru rasa camane ketagihan video game |3

Mohd Rasydan berkata...

hehe.. ko pun ketagih game ke? game pe?

 
blogspot counter