Alhamdulillah. Selesai sudah aku menjawab peperiksaan yang ditangguh pada minggu lepas, sebentar tadi. Peperiksaan yang bermula pada jam 2.30 petang tadi, diadakan di Makmal Komputer dan Penderiaan Jauh di Aras 4, bangunan Geologi. Alhamdulillah, kebanyakan soalan sama seperti Past Year yang telah ku baca. Dan, hampir keseluruhan soalan ku jawab, walaupun ku tidak yakin dengan jawapan nya. Namun, apa yang telah aku usahakan, aku bersyukur, dan mengharap usaha aku tidak sia-sia.
Kini, aku menanti satu lagi subjek untuk peperiksaan akhir semester 2 tahun 2 ini, iaitu, Geofizik. Malangnya, aku masih belum bermula untuk mengulangkaji subjek ini. Mudah-mudahan boleh ku ulangkaji bersama-sama teman pada malam ini, disamping menyiapkan laporan untuk dihantar. Moga segala usaha aku, diberkatiNya.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu ku pada semester ini. Terutamanya, rakan-rakan seperjuangan Geologi, JAKSA Kolej Aminuddin Baki sesi 08/09, JAKSA Kolej-kolej UKM, para pensyarah, para lab assistant, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, Encik, Tuan, Puan, Cik, Datuk-datuk, Haji dan Hajah, Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri dan seluruh warga Malaysia dan masyarakat Global yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung, jutaan terima kasih ku ucapkan. Segala jasa kalian tidak akan ku lupa. Sekian sahaja dari saya, kita kembali ke STUDIO. Assalamualaikum....
p/s : homesick! na balik umah.. huhu..
6 Comments:
laa seronoknyer nk blk umh..
daku blk gak, tp hy utk 2 ari jek!
uwwaa...
xbalik pun nad.. ade fieldwork 3 mgu...
ces,
buat ucapan mengalahkan penghargaan nak bubuh dalam tesis lak bunyi nye
ahaha....
ramai tolong ko kan dan..
yan aku tertarik ABANG-ABANG..
ABang sudah.... ko kan ade sorg je abg tersayang..
wau....
mantap u..
hahaha
hehe.. ramai sgt yg menolong.. kne la bg ucapan kat terima kasih kat sume.. hehe..
to abduh : blah la abduh.. siot tol perangai... hahaha
sama-sama kaseh.. ooOOppps ;p
Catat Ulasan