Rabu, Mei 5

~ Dajjal Dan Kod-Kod Rahsia (Bahagian 1)~

Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.

the-ferons

Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.

Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.

Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.

Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.

Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.

Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.

Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.

quetzacoatyl

Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.

Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.

pyramid-of-the-sun-in-teotihuacan-mayan

Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap
dengan ketiadaan bucu


Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.

mayan2calendar

Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.


china-pyramid

Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?

one-dollar-bill

Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu. Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.

Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

3295192203_d9be27ea1b

Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.

japan_1

japan_7

japan_8

okinawa

Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun

Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

Manakala teori penulis pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.

2147981830_5e2bab3f79

Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City

Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.

axumobelisk405a-1700-yo-etopia

Obelisk di Ethiopia

obeliskegypt

Di Mesir

obeliskparis

Paris

obelisklondon

London

obeliskturkey

Turki

washington

Washington, Amerika

Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).

Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.

PALING MENGEJUTKAN!!!

Obelisk Di Putrajaya!

2 Comments:

syLph berkata...

kaum mayan dengan kaum maya tu sama ke? sebab dulu aku ada tahu pasal kaum maya dan semua teknologi diorg yang jauh lagi hebat dari zaman sekarang.

dan pasal obelisk *sory kalau salah eja* di putrajaya tu. kawan aku pun pernah cakap masa kitorg lepak sekali. dan dia pun sgt berminat pasal perkara yang kau bentang kan ni.

:)

Mohd Rasydan berkata...

Sylph : tamadun Mayan ni terletak di dalam hutan. kira di dalam pedalaman la. Yang hebatnya, kaum Mayan ni, amat la expert dalam pelbagai bidang. terutamanya dalam mengkaji bintang. tamadun mayan merupakan tamadun pertama yang membuat kalendar. ilmu-ilmu falak jgn sembang la. setakat na baca bintang, buruj, semua dalam genggaman diorg.

obelisk. hehe. g tengok sniri. bru ko rse seram tak seramnya Malaysia ni.

 
blogspot counter