Rabu, April 29

~ Antara Kekesalan Atau Pengajaran ~

Haish. Sedang orang lain bergembira kerana hanya tinggal 2 lagi paper sebelum mereka merdeka semester ini, aku berdukacita + stress + terkilan. Sebabnya, aku masih lagi perlu menghadapi peperiksaan Penderiaan Jauh, sedang orang lain sudah boleh memberi fokus yang lebih untuk subjek-subjek berikutnya. Apalah nasib. Ini semua salahku. Tiada siapa yang layak untuk di persalahkan melainkan diri sendiri. Sungguh ku kecewa dan agak tertekan dengan perbuatan yang telah aku lakukan.

Mujur dan syukur, aku punyai alasan yang kukuh untuk menangguh peperiksaan ini. Dengan sijil sakit yang diberikan oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan UKM, kini, aku punyai peluang kedua untuk menjawab peperiksaan Penderiaan Jauh itu. Itu pun sekiranya, pensyarah subjek berkenaan memberi kebenaran kepada ku untuk menduduki peperiksaan berkenaan semula di tempatnya. Walau apa pun keputusan pensyarah ku itu, aku tabah dan tetap akan terima keputusan nya. Kerana, semuanya berpunca dari diriku sendiri. Walaubagaimanapun, aku juga telah berusaha untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Segala prosedur UKM, telah pun ku ikut. Semuanya ku lakukan dalam masa kurang dari 1 jam. Dari meminta sijil sakit di Pusat Kesihatan, sehinggalah berjumpa Timbalan Dekan Prasiswazah. Namun, segalanya terpulang pada pensyarah ku. Aku pasrah.

Menjawab persoalan diatas, kini bukanlah masa untuk ku menyesal, kerana aku telah berusaha sehabis baik. Segalanya telah aku lakukan. Menyesal itu penting. Tetapi menyesal untuk perkara yang lepas, akan membuatkan diri kita lebih cepat tertekan. Aku akui, aku menyesal. Tetapi, Allah telah kurniakan aku kelebihan dari segi mengawal emosi. Meskipun orang selalu mengatakan aku jenis beremosi. Tetapi, emosi ku, bukanlah lahir dari dalam hati. Aku pandai mengawal emosi. Rakan-rakan yang rapat denganku, tahu perangaiku. Berbalik kepada persoalan diatas semula. Kes ku kali ini, lebih kepada menerima takdir yang telah ditetapkan, dan jadikan ianya pengajaran. Pengajaran kepada ku, rakan-rakan ku, dan semua orang. Antara pengajaran yang boleh diambil iktibar adalah :-

  1. Jangan tidur selepas subuh.
  2. Jikalau ingin tidur, tidurlah di bilik rakan-rakan yang mengambil paper yang sama.
  3. Jangan tidur lewat.
  4. Bersiap sedia.
  5. Tabah hadapi dugaan.
  6. Dan sebagainya.
Itu sahaja untuk entriku kali ini. Mudah-mudahan aku boleh menduduki peperiksaan Penderiaan Jauh. Doakanku. Terima kasih.


blogger-emoticon.blogspot.com Bertafakur dan muhasabah diri.

Selasa, April 28

~ RS vs UCL ~

Adoi. Nape lah ada exam sok? blogger-emoticon.blogspot.com
Huhu. Baru plan nak tengok semifinal UCL malam ni. Huhu. Wise thinking to make correct desicion. Habiskan study dulu, baru tengok UCL, tu pun kalau abis study. Hehe.

Anyway, sape-sape yang menang malam ni, aku tak kisah pun. 2-2 hebat. Hehe..

CHELSEA vs BARCELONA



Isnin, April 27

~ 4 Paper To Go ~

Alhamdulillah.. Sudah 3 paper sudah ku jawab, kini hanya tinggal 4 paper lagi, iaitu TITAS, Penderiaan Jauh, Sumber Bumi dan Latihan Lapangan II, dan Geofizik.

Buat semua bakal Geologist tahun 2, All The Best, Gudluck. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran peperiksaan akhir semester 2. Goodluck Semua.

blogger-emoticon.blogspot.com


Sabtu, April 25

~ Award From Dalila ~



Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this

Terima kasih di atas Anugerah yang diberikan oleh Mantan Jaksa Akademik KAB sesi 08/09. Setinggi penghargaan kepada beliau kerana dengan senang hatinya, memberikan anugerah ini kepada saya. Terima kasih sekali lagi. Untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, saya dengan ini dengan suka hati dan berbangga tidak lupa berbesar hati, memanjangkan dan menyampaikan anugerah yang saya terima ini kepada 10 orang yang lain. Untuk itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan siapakah 10 yang bertuah menerima anugerah ini. Berikut merupakan pemenang-pemenang Anugerah ini.. And, The Awards Goes to...................

1. Basiaq
Rakan yang telah bersamaku 3 tahun. 3 tahun bersama, pelbagai kenangan di rasa. Yang paling aku ingat sekali siaq, time kita g Mid Valley mase bulan pose.. haha..

2. Haniff Zaid a.k.a Epen
Rakan Geologi ku.. Banyak membantu dan menolong ku.. Sangat-sangat menghargai persahabatan bersama beliau.

3. Abg Kid
Abang felo kolej ku. Banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan memberi kata-kata semangat semasa aku menjadi Jaksa. Tq abg Kid.

4. Amal a.k.a Siv
Rakan Geologi ku juga. Seorang yang friendly, and masuk air. haha... Suke berkawan dengan beliau.

5. Mila Jaksa Kajai
First impression ku terhadap beliau, Sporting.. walaupun xmengenali secara rapat, tapi, aku rasakan, beliau sangat sporting.. :)

6. FND
rakan satu praktikum ku.. sama-sama menimba ilmu sewaktu di KMNS. Seorang yang pendiam, dan peminat manga dan anime. Happy berkawan dengan beliau.. :)

7. Kak Ika
Rakan Jaksa, merangkap macam kakak dah ni.. hehe.. Seorang yang sporting, dan ceria. Tapi, takut hantu.. Haha.. Sorry kak ika.... :)

8. Sakinah
Rakan satu sekolah, malahan satu kelas lagi. Sewaktu di SMK Tengku Abdullah, Pekan. Rindu untuk kembali sewaktu di zaman persekolahan dulu. haish....blogger-emoticon.blogspot.com

9. Kak Ana
Mantan Jaksa Akademik KAB sesi 07/08. Bagaikan kakak kepadaku, selalu membantu ku dalam pelajaran. Selalu memberi kata-kata semangat sewaktu menghadapi masalah. Seorang yang suka membantu. Happy sangat dapat kenal dengan Kak Ana. Kak Ana, thanx 4 all u have give to me... Really APPRECIATE it! :)

10. Muiz N Abduh
Rakan Jaksa ku juga. Bagaikan adik beradik mereka ini. Dimana saja, selalu berdua. Suka duka dikongsi bersama. Itulah persahabatan sejati. hehe.. Thanx for being my friend.. :)

Itu lah sepuluh orang yang menerima award dariku. Kepada sesiapa yang tak dapat, inform kan kat aku, nanti aku bg yang lain pulak.. Hehe.. Kepada penerima, Thanx Sebab Menceriakan Hidupku dengan Persahabatan dan Memori-memori Indah. Thanx A Lot!!

blogger-emoticon.blogspot.com

Jumaat, April 24

~ Dekati Personaliti : Frank Lampard ~


Nama Penuh
:
Frank James Lampard, Jr.
Tarikh Lahir
:
20 Jun 1978
Tempat Lahir
:
Romford, England
Tinggi
:
183 Cm (6 ft 0 in)
Posisi
:
Midfielder
Kelab
:
Chelsea
(Nombor 8)

Lampard memulai karirnya di West Ham United pada tahun 1994. Dia kemudiannya dipinjamkan ke Swansea City sebelum kembali semula ke West Ham dan seterusnya mempamerkan prestasi memberansangkan. Chelsea akhirnya membawanya ke Stamford Bridge pada tahun 2001 dan menjadikannya pemain utama hingga kini.

Masih banyak fakta lain yang menarik untuk diketahui tentang Lampard, dan ini sepuluh di antaranya:

10. Lampard berasal dari keluarga pemain bola. Ayahnya, Frank Senior, merupakan Bekas Pembantu Pengurus di West Ham, sementara pakciknya, Harry Redknapp adalah Pengurus Portsmouth. Jamie Redknapp, Bekas Pemain England merupakan saudara sepupunya. Oleh kerana status dan minat keluarganya yang terikat erat dengan dunia bola sepak, keluarga ini digelar The Redknapps oleh media England.

9. Lampard adalah PENJARING TERBANYAK CHELSEA hingga kini dengan 110 gol, mengatasi Dennis Wise yang menjaringkan 76 gol hingga 17 Desember 2006.

8. Lampard sempat disebut sebagai THE MOST FORTUNATE PLAYER oleh jurnalis The Times Martin Samuel kerana kejayaannya menggegarkan jaring lawan dengan cara deflect, laluan bola berubah arah kerana terkena pemain lain. Namun The Guardian menyanggahnya dengan menunjukkan statistik, 6-7% gol Lampard terhasil dengan cara tersebut.

7. Lampard memegang rekod sebagai PEMAIN DENGAN PENAMPILAN BERTURUT-TURUT terbanyak di EPL dengan 164 caps.

6. Lampard adalah satu dari lima pemain England yang kerap dicemuh peminat The Three Lions. Empat pemain lain adalah John Barnes, David Beckham, Peter Crouch dan Owen Hargreaves.

5. Sejak ibunya, Pat, meninggal kerana pneumonia, Lampard selalu mendedikasikan golnya kepada ibunya dengan menunjuk ke langit semasa celebration goal.

4. Elen Rives adalah tunang Lampard. Walaupun belum berkahwin secara rasmi, pasangan ini sudah dikurniai dua puteri, Coco Patricia dan Isla.

3. Totally Frank adalah judul buku autobiografi yang menceritakan tentang rahsia kehidupan peribadinya dan reaksinya atas kegagalan England di Piala Dunia.

2. Walaupun tidak berminat untuk mencampuri dunia politik, Lampard tetap menyatakan sokongannya kepada Parti Konservatif. Namun dia menegaskan, namanya tidak pernah digunakan untuk meraih undi semasa pilihanraya umum.

1. Serba dua. Lampard memiliki dua kereta yang cukup mahal, Aston Martin DB9 dan Ferrari 612 Scaglietti. Ia juga memiliki dua anjing mastiffs Perancis yang diberi nama Daphne dan Rocco.




blogger-emoticon.blogspot.com
Akhirnya, berjaya juga meng'update' blog... hehe..

Selasa, April 21

~ Tag From Skieyn ~

Second Tag for today... Huh...
blogger-emoticon.blogspot.com

Pemberi : NURUL SAKINAH YANG AGAK MANIS DIPANDANG
Penerima : Rasydan yang sentiasa berfikiran positif.
Ucapan : Tag ini dibuat untuk menjaga hati pemberi sahaja.. hahaha..

award rules :
1. Insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

::Tentang Saya::
1. Handsome
2. Hitam Manis tetapi bergaya
3. Asyik online
4. Suke lepak2
5. Tak garang tapi orang takut
6. selalu berusaha turun kan berat badan tp xturun2
7. Suke subjek geologi, tapi tak pernah score pun.. huhu
8. sangat aktif walaupun malas
9. suke bermain futsal dengan rakan-rakan geo
10. diberi high expectation oleh orang ramai (masalah ni.. huhu)

::Award neh dipanjangkan kepada::
1.Basir
2. Kak Ika
3.Abg Kid
4.Muiz
5.Abduh

~ Tag From Basir ~

Agak lama aku tak menjawab tag dari rakan-rakan, dan teman. Hari ni, Basir, sahabatku, me-'request' untuk aku menjawab tag. Baiklah Basir, aku jaga hati ko, aku jawabla jugak. Haha. Berikut merupakan tag yang telah aku jawab. :-


1. If someone says, “Is this okay?” … you say?.
Hmm.. Ko rase cm ne??

2. How would you describe yourself?.
Basir.. Tolong jawab.. Aku segan la.. hahaha..

3. What do you like in a girl?.
Sweetness

4. How do you feel today?
Bengang tak tentu pasal..

5.What is your life’s purpose?.
Apa yang dah ditentukan olehNya..

6. What is your motto?.
Give Up will make ur life miserable..

7. What do your friends think of you?.
Basir, jawab lagi skali.. haha..

8. What do you think of your parents?.
Loving, caring, and so on.

9. What do you think about very often?.
My career?

10. What is 2 + 2?.
2 couple dating bersama2

11. What do you think of your best friend?.
Nice

12. What do you think of the person you like?.
Simple, attractive, and nice.

13. What is your life story?.
Ask Peter..

14. What do you want to be when you grow up?
that's i always think about..

15. What do you think of when you see the person you like?.
shivering* hahaha..

16. What will you dance to at your wedding?.
when Peter ask me to dance

17. What will they play at your funeral?.
Ask Peter

18.What is your hobby/interest?.
Hanging around

19. What is your biggest fear?.
Allah and His Greatest Power

20. What is your biggest secret?.
Cannot go.. haha..

21. What do you think of your friends?.
Enjoyable...

22. What will you post this as?
Post As Blog

23.say something bout the person tagged you.
Funny

24.tagged...
Anyone, anyhow, anywhere..

Terjawab da segala persoalan ko.. hehe..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Ahad, April 19

~ Bermulalah ~

Mulai hari ini sehinggalah 9 Mei 09, warga UKM akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Untuk warga Geologi UKM, kita akan bermula pada hari esok sehinggalah kertas terakhir pada 8 Mei 09. Gudluck kepada semua, dan saya doakan yang terbaik untuk anda. Mudah-mudahan dipermudahkan kita untuk menjawab peperiksaan. Jawab dengan tenang dan bacalah soalan berhati-hati. ALL THE BEST! WISH YOU BEST OF LUCK!

Jadual Peperiksaan

21/04 ~ STAG 2002 Stratigrafi Malaysia
24/04 ~ ZZZT 2313 Asas Pengurusan Kualiti
27/04 ~ STAG 2033 Geokimia Dan Kaedah Peralatan Geologi
28/04 ~ ZZZT 1033 Tamadaun Islam Dan Tamadun Asia Tenggara
29/04 ~ STAG 2032 Penderiaan Jauh
04/05 ~ STAG 2042 Sumber Bumi Malaysia Dan Latihan Lapangan II
08/05 ~ STAG 2012 Geofizik


P/s: Kalaulah boleh tanya PETER pasal soalan....

~ Peter Oh Peter ~

Hari ni aku nak bercerita sikit pasal satu laman web yang boleh men'detect' kebanyakan data-data personal si penanya soalan. Nampak macam berhantu je laman web ni, awal-awal aku berkecimpung. Setelah berkecimpung, ternyata laman web ni memang berhantu. 4 soalan yang aku bertanya, 4-4 soalan die menjawab dengan betul. Bermula dengan soalan 1:

Petition : Peter, please answer the following question :
Question : What is my name?
-----Loading-----
Answer : Mohd Rasydan Bin Mohd Rais

(masa ni da cuak gile da.. huhu..)


blogger-emoticon.blogspot.com

Soalan 2 :

Petition : Peter, please answer the following question :
Question : What is my room number?
-----Loading-----
Answer : K5B-222

(huhu.. betul jugak.. tp, mse ni da excited da.. hehe..)
blogger-emoticon.blogspot.com

Soalan 3 :

Petition : Peter, please answer the following question :
Question : How many person live in my next room?
-----Loading-----
Answer : 3
(memang betul pun.. blik sebelah ni ada Adam, John, ngn Shafarin..)


blogger-emoticon.blogspot.com

Soalan 4 :

Petition : Peter, please answer the following question :
Question : How many person live in my room?
-----Loading-----
Answer : 2
(masa ni aku da cuak da, terus tutup laptop, terus tido. sebab bilik yang aku tinggal ni single je..)

Just for information, Peter, tak akan menjawab secara direct, bile kite tanye soalan kat die. Kita terpaksa mengulang berkali-kali soalan yang sama. Dan, ada ketikanya, die akan refuse untuk menjawab soalan kite. So, semoga berjaya.

Walau apa pun yang berlaku, yakin dan tetapkan lah hati kita pada yang MAHA ESA, MAHA MENGETAHUI segalanya. Jangan dilayan sangat Peter ni. Mungkin die ada belaan or something yang kita tak tahu macam mane die boleh tahu personal detail kita.

Wallahualam..

Untuk bersama PETER, klik di SINI

Rabu, April 15

~ My Life ~

Kalian Sebahagian Dari Hidup Ku.
Terima Kasih Di Atas Nikmat Tuhan.

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com



~Social Networking Web~




*credit to http://www.catzer.com*

~Sajak : Sungai Langat~

Sungai Langat,
Aliran derasmu dari Gunung Nuang,
destinasinya ke Selat Melaka,
berbekalkan sumber air yang bersih,
kau menjadi sungai terpenting.

Sungai Langat,
Dengan kehadiran bijih timah,
mineral-mineral industri yang lain pada satu ketika,
kau gah menjadi perantara yang terkenal.

Sungai ku,
walaupun terdapat kawasan paya di laluanmu,
jika sekiranya ia diusahakan,
aku yakin,
sebenar-benar yakin,
kau mampu terkenal,
menjadi tempat pelancongan seperti di Johor.

Engkaulah menghubungkan universitiku denganmu,
aliranmu dinamakan Alur Ilmu,
dari FPI ke FST,
engkau mengalir tanpa henti.

Sungai Langat,
Cuma satu yang aku harapkan,
pulihlah dirimu seperti sediakala,
tanpa pencemaran yang nyata,
tanpa sampah dan sarap yang berleluasa,
aku yakin,
kau GEMILANG seperti dulu.

Hasil nukilan dan idea asal : MOHD RASYDAN BIN MOHD RAIS A119727

blogger-emoticon.blogspot.com (berenang di sungai langat)

Sajak diatas adalah hasil nukilan ku sendiri. Terpaksa dibuat kerana ia merupakan assignment ku untuk kursus, Sumber Bumi. Subjek Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa. Kelakar sungguh rasanya membuat sajak kerana aku bukanlah sasterawan untuk menulis sajak yang begitu puitis. Aku bukanlah seperti Basir yang penuh dengan idea-idea untuk membuat sajak. Aku juga bukanlah seperti Waqi yang rajin. Hasilnya, itulah sajak aku yang tak seberapa.

blogger-emoticon.blogspot.com

p/s: sape nak tiru, amiklah.. Hantar kat mane2 suratkabar. Leh dapat name.. hahaha.

blogger-emoticon.blogspot.com

Ahad, April 12

~Cinta Jangan Dinanti~

Biar kuungkap cinta
Cinta begitu besar
Biarkan itu menjadi
Rasa indah yang ku miliki


Cinta tak sepantasnya
Tertutup tertepis saja
Biarku ungkap semua
Perasaanku terhadap mu


Ku pasti bisa bahagiakan dirimu
Secepatnya sebekunya takkan perasaanku
Slama ini


Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati


Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati


Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku pasti kan sampai mati
Janganlah ada ragu dihati
Ku tak akan membuatmu terluka
Cintamu jangan dinanti-nanti
Cintaku tulus kan sampai mati

p/s: For my love..................

(Download - CLICK HERE)

*CREDIT TO ABDUH*

~Kebingungan~

Adoi. Merujuk kepada tajuk diatas, aku tengah kebingungan sekarang ni. Macam mana lah aku nak study. Huhu. Asyik tak de mood je nak study. Boleh lingkup aku sem ni. Huhu.

Ya Allah. Berilah kekuatan untuk aku mengharungi dugaan Mu ini.

p/s: NOT IN THE MOOD!

Jumaat, April 10

~I'm Back~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hehe.. Lama tak berceloteh di blog ini. Sesungguhnya, masa amat mencemburui diri ini bermula sebulan yang lalu. Terlalu banyak kerja yang terpaksa ku lakukan sehingga akhirnya, aku jarang mempunyai masa terluang untuk menulis post. Hehe. Memandangkan peperiksaan akhir semester sudah hampir seminggu je lagi, sekarang tibalah masa untuk aku mengundurkan diri dari dunia yang mengkhayalkan. Aku perlu fokus untuk peperiksaan akhir ini. peperiksaan yang akan menentukan hala tuju majoring Geologi. Minta-mintalah aku dapat majoring yang telah ku pilih iaitu Geologi Petroleum.

Orait~.
Untuk post ini, aku nak berkongsi satu video yang memang lawak gile ni ngan korang. Lagu yang dinyanyikan oleh adik Faizal Tahir, iaitu Anas Tahir, bersama Akbar. Dengarkan.....




 
blogspot counter