Aliran derasmu dari Gunung Nuang,
destinasinya ke Selat Melaka,
berbekalkan sumber air yang bersih,
kau menjadi sungai terpenting.
Sungai Langat,
Dengan kehadiran bijih timah,
mineral-mineral industri yang lain pada satu ketika,
kau gah menjadi perantara yang terkenal.
Sungai ku,
walaupun terdapat kawasan paya di laluanmu,
jika sekiranya ia diusahakan,
aku yakin,
sebenar-benar yakin,
kau mampu terkenal,
menjadi tempat pelancongan seperti di Johor.
Engkaulah menghubungkan universitiku denganmu,
aliranmu dinamakan Alur Ilmu,
dari FPI ke FST,
engkau mengalir tanpa henti.
Sungai Langat,
Cuma satu yang aku harapkan,
pulihlah dirimu seperti sediakala,
tanpa pencemaran yang nyata,
tanpa sampah dan sarap yang berleluasa,
aku yakin,
kau GEMILANG seperti dulu.
Hasil nukilan dan idea asal : MOHD RASYDAN BIN MOHD RAIS A119727
(berenang di sungai langat)
Sajak diatas adalah hasil nukilan ku sendiri. Terpaksa dibuat kerana ia merupakan assignment ku untuk kursus, Sumber Bumi. Subjek Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa. Kelakar sungguh rasanya membuat sajak kerana aku bukanlah sasterawan untuk menulis sajak yang begitu puitis. Aku bukanlah seperti Basir yang penuh dengan idea-idea untuk membuat sajak. Aku juga bukanlah seperti Waqi yang rajin. Hasilnya, itulah sajak aku yang tak seberapa.
p/s: sape nak tiru, amiklah.. Hantar kat mane2 suratkabar. Leh dapat name.. hahaha.
2 Comments:
wowieeeee~
sy terkesima hingga mengalirkan air mata.. hahaha~
hahaha.. terkesima tahap hebat sungguh anda..
Catat Ulasan