Rabu, April 29

~ Antara Kekesalan Atau Pengajaran ~

Haish. Sedang orang lain bergembira kerana hanya tinggal 2 lagi paper sebelum mereka merdeka semester ini, aku berdukacita + stress + terkilan. Sebabnya, aku masih lagi perlu menghadapi peperiksaan Penderiaan Jauh, sedang orang lain sudah boleh memberi fokus yang lebih untuk subjek-subjek berikutnya. Apalah nasib. Ini semua salahku. Tiada siapa yang layak untuk di persalahkan melainkan diri sendiri. Sungguh ku kecewa dan agak tertekan dengan perbuatan yang telah aku lakukan.

Mujur dan syukur, aku punyai alasan yang kukuh untuk menangguh peperiksaan ini. Dengan sijil sakit yang diberikan oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan UKM, kini, aku punyai peluang kedua untuk menjawab peperiksaan Penderiaan Jauh itu. Itu pun sekiranya, pensyarah subjek berkenaan memberi kebenaran kepada ku untuk menduduki peperiksaan berkenaan semula di tempatnya. Walau apa pun keputusan pensyarah ku itu, aku tabah dan tetap akan terima keputusan nya. Kerana, semuanya berpunca dari diriku sendiri. Walaubagaimanapun, aku juga telah berusaha untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Segala prosedur UKM, telah pun ku ikut. Semuanya ku lakukan dalam masa kurang dari 1 jam. Dari meminta sijil sakit di Pusat Kesihatan, sehinggalah berjumpa Timbalan Dekan Prasiswazah. Namun, segalanya terpulang pada pensyarah ku. Aku pasrah.

Menjawab persoalan diatas, kini bukanlah masa untuk ku menyesal, kerana aku telah berusaha sehabis baik. Segalanya telah aku lakukan. Menyesal itu penting. Tetapi menyesal untuk perkara yang lepas, akan membuatkan diri kita lebih cepat tertekan. Aku akui, aku menyesal. Tetapi, Allah telah kurniakan aku kelebihan dari segi mengawal emosi. Meskipun orang selalu mengatakan aku jenis beremosi. Tetapi, emosi ku, bukanlah lahir dari dalam hati. Aku pandai mengawal emosi. Rakan-rakan yang rapat denganku, tahu perangaiku. Berbalik kepada persoalan diatas semula. Kes ku kali ini, lebih kepada menerima takdir yang telah ditetapkan, dan jadikan ianya pengajaran. Pengajaran kepada ku, rakan-rakan ku, dan semua orang. Antara pengajaran yang boleh diambil iktibar adalah :-

  1. Jangan tidur selepas subuh.
  2. Jikalau ingin tidur, tidurlah di bilik rakan-rakan yang mengambil paper yang sama.
  3. Jangan tidur lewat.
  4. Bersiap sedia.
  5. Tabah hadapi dugaan.
  6. Dan sebagainya.
Itu sahaja untuk entriku kali ini. Mudah-mudahan aku boleh menduduki peperiksaan Penderiaan Jauh. Doakanku. Terima kasih.


blogger-emoticon.blogspot.com Bertafakur dan muhasabah diri.

9 Comments:

basiaq berkata...

nnt ak setlekn prof jo..hehe

.millalara. berkata...

erk.. walaupun kurg jelas ngan maksud kamuu.. tp,, ape2 pun,, bertabah..bertabah..dan bertabah.. yeay!

Mohd Rasydan berkata...

to basiaq : aku bangga ada kawan cm ko..



to mil : haha.. mil.. sy xg xam la mil.. 2je..

Haniff Zaid berkata...

ko rilek je dan,rilek je..mlm ni futsal dlu k..

fadzlin hasani berkata...

satu lagi pengajaran..jgn lupa tuhan

Mohd Rasydan berkata...

to epen : aku xjji lg na g ke x.. kalo ada mood aku g.. k?

to fad : thanx.. :)

tehais berkata...

Sabar dgn dugaan yg dialami.Mayb ada hikmahnya ;)

Amal berkata...

dan~
napew??

:: eyeNa :: berkata...

yakin boleh..!!

 
blogspot counter