Jumaat, April 24

~ Dekati Personaliti : Frank Lampard ~


Nama Penuh
:
Frank James Lampard, Jr.
Tarikh Lahir
:
20 Jun 1978
Tempat Lahir
:
Romford, England
Tinggi
:
183 Cm (6 ft 0 in)
Posisi
:
Midfielder
Kelab
:
Chelsea
(Nombor 8)

Lampard memulai karirnya di West Ham United pada tahun 1994. Dia kemudiannya dipinjamkan ke Swansea City sebelum kembali semula ke West Ham dan seterusnya mempamerkan prestasi memberansangkan. Chelsea akhirnya membawanya ke Stamford Bridge pada tahun 2001 dan menjadikannya pemain utama hingga kini.

Masih banyak fakta lain yang menarik untuk diketahui tentang Lampard, dan ini sepuluh di antaranya:

10. Lampard berasal dari keluarga pemain bola. Ayahnya, Frank Senior, merupakan Bekas Pembantu Pengurus di West Ham, sementara pakciknya, Harry Redknapp adalah Pengurus Portsmouth. Jamie Redknapp, Bekas Pemain England merupakan saudara sepupunya. Oleh kerana status dan minat keluarganya yang terikat erat dengan dunia bola sepak, keluarga ini digelar The Redknapps oleh media England.

9. Lampard adalah PENJARING TERBANYAK CHELSEA hingga kini dengan 110 gol, mengatasi Dennis Wise yang menjaringkan 76 gol hingga 17 Desember 2006.

8. Lampard sempat disebut sebagai THE MOST FORTUNATE PLAYER oleh jurnalis The Times Martin Samuel kerana kejayaannya menggegarkan jaring lawan dengan cara deflect, laluan bola berubah arah kerana terkena pemain lain. Namun The Guardian menyanggahnya dengan menunjukkan statistik, 6-7% gol Lampard terhasil dengan cara tersebut.

7. Lampard memegang rekod sebagai PEMAIN DENGAN PENAMPILAN BERTURUT-TURUT terbanyak di EPL dengan 164 caps.

6. Lampard adalah satu dari lima pemain England yang kerap dicemuh peminat The Three Lions. Empat pemain lain adalah John Barnes, David Beckham, Peter Crouch dan Owen Hargreaves.

5. Sejak ibunya, Pat, meninggal kerana pneumonia, Lampard selalu mendedikasikan golnya kepada ibunya dengan menunjuk ke langit semasa celebration goal.

4. Elen Rives adalah tunang Lampard. Walaupun belum berkahwin secara rasmi, pasangan ini sudah dikurniai dua puteri, Coco Patricia dan Isla.

3. Totally Frank adalah judul buku autobiografi yang menceritakan tentang rahsia kehidupan peribadinya dan reaksinya atas kegagalan England di Piala Dunia.

2. Walaupun tidak berminat untuk mencampuri dunia politik, Lampard tetap menyatakan sokongannya kepada Parti Konservatif. Namun dia menegaskan, namanya tidak pernah digunakan untuk meraih undi semasa pilihanraya umum.

1. Serba dua. Lampard memiliki dua kereta yang cukup mahal, Aston Martin DB9 dan Ferrari 612 Scaglietti. Ia juga memiliki dua anjing mastiffs Perancis yang diberi nama Daphne dan Rocco.




blogger-emoticon.blogspot.com
Akhirnya, berjaya juga meng'update' blog... hehe..

2 Comments:

ika jamil berkata...

ensem si lampard nu ghupanaya.....
hiiih...
masuk exam ke nie...

Mohd Rasydan berkata...

hehehe.. masuk2. kalo masuk, confirm sy dapat A.. hahaha

 
blogspot counter