Jumaat, April 30

~ Konspirasi Bola Sepak Global : Part 2~

Pada logo Manchester United, terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak Nombor 13, secara jelas atau tersirat, jikalau diperhatikan secara teliti. Angka 13, merupakan angka yang melambangkan 'angka sial' bagi masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti dibawah pada logo ini, maka, anda akan mendapati satu pentagram, bintang berbucu 5 yang terbalik yang merupakan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan UNITED, seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama Baphomet.




image image

Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan DEWA bagi masyarakat Hindu (agama yang diciptakan oleh puak-puak Dajjal). Sekali lagi unsur agama paganisme selain RA diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, jika akan dapati angka 13, pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh :

M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1+=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (MA=MASON) huruf N,C,H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat agka kesukaan penyembah syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5=13
N,C,H,E,S,T
N=14, C=3, H=8, E=5, S=19, T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli darjat 33, menyembah syaitan dalam ritual mereka.

AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo berkenaan jelas menggambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib Knight Templar pla kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knights of Templar dan salib Kristian :

SALIB TEMPLAR
image
SALIB KRISTIAN


image

SALIB TEMPLAR DI LOGO AC MILAN

image

Knights of Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knights of Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.

Pada logo berkenaan, terdapat angka 1899, yang mungkin kita faham sebagai tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun, sebaliknya, secara tersiratnya, jikalau 1 & 8 ditambahkan akan membentuk 9, dan jika 9 berkenaan digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666, yang mana angka 666 adalah angka Lambang Raksasa, Mark of Beast atau angka kejahatan.

Pada logo AC MILAN juga jikalau salib berkenaan disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat di sebelah X berkenaan, akan membentuk XIII, yang mana angka 13, jga terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan, jikalau dimainkan nombornya :

A=1 C=3 M=13, akan membentuk 13,13, dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan.

image

Secara umumnya, para penyokong kelab-kelab berkenaan, jikalau kita perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para penyokong kelab lain. Mereka jga gemar merosakkan harta benda awam dan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga, sama ada di Eropah, mahupun di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini, sehinggakan sanggup berbelanja lebih dengan membeli cenderahati yang berharga puluhan, ratusan, hingga ribuan ringgit.

image

Lebih menyedihkan, ada yang memakai tanduk ala 'Devil' semata-mata menunjukkan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi. Mereka jga sanggup menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam.

Dajjal lebih mengetahui diri kita lebih dari kebanyakan dari kita tahu, dan dia menggunakannya untuk melemahkan kita. Dan, dia menggunakan kelemahan kita ini untuk merosakkan jiwa kita tanpa kita sedar.

Adakah ini yang mahu anda jadikan sebagai pujaan? Sedarkah kita semua menghabiskan banyak duit dengan dengan membeli jersi-jersi yang mempunyai lambang-lambang mereka ini Tidak kurang mereka yang memakainya ketika solat. Mereka sesungguh tidak akan berputus asa menjahkan kita dari Allah SWT. Dan, sedarkah anda, sepanjang anda menyokong, memuja mereka, anda telah memuja syaitan, dan telah menduakan Allah (walaupun tanpa niat)?

Masih tidak percaya? Lihat persamaan yang agak ketara ini :

image

Bukankah muka SYAITAN di logo MU hampir sama dengan muka Baphomet, dan pentagram tersebut? Lihat bagaimana 'dia' tersenyum kepada kita yang menyokong dia.

image

Bagaimana pula dengan yang ini? Adakah ini gambar singa seperti kebanyakan orang fikirkan? Adakah ini singa jantan? TIDAK! Ini adalah seekor singa betina, kerana singa jantan mempunyai 'Mahkota' iaitu rambutnya, dan singa di logo Chelsea ini tidak. Kenapa singa betina? Kerana ini :

image

Ini adalah Firaun 'singa betina', TEFNUT. Inilah apa yang diletakkan didada kita sebenarnya. Bukan seperti seekor singa garang seperti yang mulanya kita fikirkan.

image Checkered floor



image

image

Masonic/Kabalistic Moon and Star

image

Fleur-de-lis, simbol kerajaan-kerajaan lama Eropah terutamanya Perancis dan juga simbol kepada Priory of Sion

image

priory of sion

image

Mahkota diatasnya yg mempunyai salib adalah sama seperti St Thomas’ Cross yg menjadi symbol St Thomas Christians (Nasrani Menorah)

Selama kita memakai PAKAIAN MEREKA selama itulah kita membawa gambar firaun, iblis, syaitan dan keturunannya dan lambang-lambang lain yg memuja mereka

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Al-Hijr 39-40

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Muhammad Bin Abdullah


~ Konspirasi Bola Sepak Global : Part 1~

Para peminat bola sepak global dinasihati untuk membaca artikel ini dengan hati terbuka. Jika ada sebarang permasalahan, bolehlah terus menghubungi saya. Elakkan pergaduhan. Jika ada perselisihan faham, selesaikan dengan cara berdamai. Terima kasih.

Tujuan artikel ini dikongsikan adalah untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah dirancang dan sudah dibuat oleh puak-puak Dajjal laknatullah, iaitu golongan Illuminati, Freemason, The Hidden Hand, Secret Societies, dan pelbagai lagi. Selain itu, artikel ini juga akan mendedahkan mengapa sesetengah logo dipilih untuk mewakili kelab-kelab yang lain.

Mudah-mudahan anda semua dapat membaca artikel ini dengan hati yang tenang, dan minda yang terbuka. Selamat membaca. :)

MANCHESTER UNITED & AC MILAN :
Kedua-dua pasukan ini sangat terkenal di seantero dunia. Mustahil bagi peminat bola sepak tidak mengenali kedua pasukan ini. Masakan tidak, apabila ditanyakan pada si anak yang belum meningkat remaja, mereka mengagung-agungkan kedua kelab ini. Sangat terkenal.

Pasukan yang memiliki segala macam kelebihan. Hebat di gelanggang, dan mempunyai barisan pemain handalan, hasil dari sumber kewangan yang stabil dan kukuh. Pencapaian? Usah ditanya. Pelbagai trofi dan kejuaraan telah dikecapi. Sama ada di negara sendiri (England dan Itali), di benua Eropah, mahupun di persada dunia. Kedua-dua kelab ini mempunyai penyokong dari seluruh pelusuk dunia, waima di Malaysia, negara tercinta ini.

Namun, di sebalik nama dan pencapaian yang telah mereka gapai, dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dari penyokong mereka, mereka sebenarnya menyimpan misteri yang belum lagi dikupas. Misteri yang tersimpan ini terdiri daripada pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, bersifat masonik, dan kawalan minda (mind control). Dana yang terlalu banyak menjadi misteri, kerana ianya dikaitkan dengan kegiatan Freemason yang sentiasa membantu untuk membiayai sesuatu yang dia (Freemason) yakin mampu melakukan kerja untuk mengawal minda penduduk bumi.

image image

Apabila dikaji, pemilik Manchester United, Malcolm Glazer, merupakan seorang warga Amerika Syarikat, yang berbangsa Yahudi, SANGAT memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Pemilik AC Milan, yang diterajui oleh Silvio Berlusconi (Perdana Menteri Itali) pula merupakan seorang ahli mason (Freemason) yang sentiasa mengamalkan ajaran Mason.

imageMalcolm Glazer

Glazer dan Ferguson serta trofi MU

Berlusconi dan Inzaghi dan trofi AC Milan

PERSAMAAN :

Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, kesyaitanan, dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan warna kebanggaan atau warna rasmi, bagi syaitan itu sendiri.

Di dalam teori tenaga (yang telah saya kaji dan baca), pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi, dan kita dinasihatkan oleh agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran di merata-rata tempat pada waktu senja. Kita juga tidak digalakkan tidur selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja. Maka, benarlah kata orang-orang lama.
Keluar rumah semasa senja akan disampuk ; tidur selepas Asar akan jadi gila.
imageFrekuensi cahaya merah yang tinggi

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus, atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Untuk kepastian, sila perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo di bawah :

image imagePerhatikan garis hijau yang membentuk mata dan perkataan united dibawahnya? United under the one eye?? Bersatu di bawah mata satu?? Hebat sungguh perancangan dan konspirasi Dajjal laknatullah dan sekutunya ini.

Pada logo Manchester United, terdapat satu 'Devil' yang sedang memegang 'garfu' yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan 'Red Devil' (Syaitan Merah) cukup menerangkan segalanya, kerana ianya merupakan simbolik lambang berkenaan dan turut digunakan oleh Manchester United, selain MUFC, Man Utd, Man U, dan MU, bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua garisan merah di atas dan bawah logo, disatukan oleh dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan, membentuk sebiji mata, yang diperkatakan oleh pengkaji konspirasi, sebagai mata Ra, atau Amon-Ra, yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.

image image the one eye of Ra, the Sun God (the al-seeing eye)

Bersambung --> Kegilaan Penyokong AC Milan, MU, Chelsea & Lain-lain

Khamis, April 29

~ Illuminati Freemason Kabbalah Dalam Sherlock Holmes ~

- Cerita kartun popular dari Jepun iaitu Detektif Conan sebenarnya mengambil sempena nama penulis cerita Sherlock Holmes iaitu Sir Arthur Conan Doyle-


Filem Sherlock Holmes arahan Guy Ritchie sepanjang 2 jam itu berisi banyak elemen Illuminati-Kabbalah dan Freemason.

Dalam filem ini diceritakan bagaimana kisah seorang detektif bernama Holmes yang selalu didampingi rakannya DR. John Watson dalam mengungkap misteri pembunuhan berantai yang dilakukan oleh Lord Henry Blackwood salah seorang penyihir ulung yang merupakan anak 'haram' dari Sir Thomas Rodrum ketua persaudaraan rahsia kuil empat ordo.

Blackwood menjadi buruan kaerana mempraktikkan Black Magic dengan disertai pembunuhan terhadap 5 gadis dan mencuba untuk membunuh gadis yang keenam namun dapat digagalkan oleh Holmes dan kawan-kawan. Blackwood pun kemudian dijatuhi hukuman gantung dan dieksekusi. Namun dengan sihirnya dia dapat "bangkit" kembali dari kubur dan melakukan pembunuhan terhadap beberapa orang serta mengambil alih kepemimpinan kuil empat ordo yang ia jadikan kenderaan untuk menguasai parlimen Inggeris.

Dibanding filem-filem konspirasi lainnya, mungkin filem ini dinilai lebih berani dan terkesan vulgar. Pasalnya, adegan yang dimainkan di dalamnya secara terang-terangan mempertontonkan ritual Kabbalah yang selama ini sangat esoterik dan rahsia. Mereka bahkan berani menunjukkan seperti apa tempat "ibadah" mereka saat melakukan ritual sihir dan melakukan koneksi terhadap iblis.

Pada bahagian intro sahaja, filem ini sudah mempertontonkan ritual "Mind Control" yang merupakan praktik sihir dengan mengendalikan fikiran manusia dan disertai dengan penyeksaan hingga pembunuhan. Ritual ini biasanya dilakukan oleh Kaum Kabbalis dalam sebuah Loji tertutup. Selain disertai dengan penyeksaan, terkadang ritual ini juga "diselangi" dengan persetubuhan. Dalam filem ini pula diceritakan bahawa Blackwood merupakan anak haram dari Thomas Rodrum yang dihasilkan dari persetubuhannya dengan seorang wanita saat dia melakukan sebuah ritual.

Kabbalah sejatinya merupakan ajaran yang kemudian hari diadopsi oleh beberapa ordo sempalan dari agama Yahudi dan Nasrani seperti Illuminati dan Templar. Ordo Illuminati yang didirikan oleh Adam Weishaupt misalkan, telah menjadikan ajaran Kabbalah ini sebagai sebuah 'akidah' dan menolak dogma-dogma autoriti gereja katolik saat itu. Illuminati yang bererti "tercerahkan" atau "penerangan" merupakan ordo yang lahir dari 'pemberontakan' terhadap seluruh konsep agama-agama yang telah mapan.

Adam Weishaupt sendiri yang keturunan Yahudi dan dulunya seorang pendeta Jesuit memutuskan untuk keluar dari lingkungan gereja lalu menimbulkan penyelewengan 'akidah' dengan melahirkan doktrin-doktrin baru yang berbasis kosmopolitan dan universaliti. Untuk menyebarkan doktrin ini, Weishaupt kemudian membetuk jaringan konspirasi yang dikenal dengan Luciferian Conspiracy serta Synagogue/church of Satan (gereja syaitan).

Dalam filem ini, simbol-simbol Illuminati dipertontonkan dengan sangat jelas dan begitu norak. Seperti simbol Bintang (pentagram) terbalik yang merefleksikan kepala Baphomet iaitu seekor kambing yang mereka sembah dan sangat dikultuskan. Baphomet sendiri telah menjadi simbol utama bagi para pengikut gereja syaitan sedari dulu.

Dalam ceritanya ini, dikisahkan tentang 'jemaah' kuil empat ordo yang memiliki sebuah "kitab mantra" berupa kitab sihir dengan tulisan Ibrani yang penuh dengan praktik mistik. Sama halnya dengan Bani Israil yang telah lama melakukan penyelewengan terhadap Taurat dan menggantinya dengan Talmud yang jauh dari ajaran Tauhid Samawi. Hal tersebut disebabkan etnik Bani Israil yang telah lama terpengaruh oleh efek paganisme Mesir jauh hari sebelum diturunkannya Taurat.

Oleh kerana itu, setelah lama berinteraksi dengan pribumi yang masih menganut budaya pagan, akhirnya Bani Israil terkontaminasi dengan teologi setempat dan lambat-laun meninggalkan Millah Ibrahim. Segolongan dari mereka kemudian terpengaruh untuk menyembah sesuatu yang "nyata" dan hanya mahu menyembah kepada zat yang dapat ditangkap oleh panca indera saja. Maka tak ayal ketika dibebaskan Nabi Musa dari rejim Fir'aun mereka lalu meminta Nabi Musa untuk membuatkan sebuah "tuhan" sebagaimana "tuhan" yang disembah oleh kaum yang mereka temui dalam sebuah perjalanan.

"Dan kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala mereka, Bani lsrail berkata: "Hai Musa. buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala)" Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu Ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat Tuhan)." (QS. Al-A'raf [7]: 138).

Hawa nafsu yang dimiliki Bani Israil untuk menyembah berhala sudah tak terbendung lagi, saat Nabi Musa meninggalkan mereka guna memenuhi panggilan Allah untuk menerima wahyu di bukit Sinai selama 40 malam, akhirnya di bawah pimpinan Samiri mereka mengumpulkan perhiasan emas untuk dilebur dan dijadikan sebuah patung lembu yang nantinya akan mereka sembah. Padahal saat itu Nabi Harun masih bersama mereka namun tetap saja tidak dihiraukan.

Lembu memang suatu simbol yang sangat penting dalam ritual kaum pagan, dalam filem Sherlock Holmes ini, pimpinan rahsia kuil empat ordo, Sir Thomas Rodrum, juga menggunakan cincin emas yang berukirkan kepala lembu. Hingga akhirnya cincin itu dirampas oleh Lord Blackwood saat dia membunuh Sir Thomas guna mengambil alih kekuasaan ordo tersebut secara paksa.

Satu lagi simbol paling penting bagi kaum pagan Fir'aun yang hingga kini masih berdiri tegak di kawasan Gyza-Mesir, iaitu Pyramid dan Sphinx. Pyramid adalah bangunan yang sengaja dirancang untuk menyimpan mumia raja-raja Mesir, sedangkan Sphinx yang merupakan representasi dari makhluk berbadan singa dan berkepala manusia berada tepat di depan Pyramid seolah pintu gerbang yang menjaga Pyramid itu sendiri.

Dalam filem ini, simbol Pyramid muncul berkali-kali; seperti souvenir yang terletak di meja kantor Sir Thomas dan ruang peribadatannya yang memang "berkiblat" kepada simbol Pyramid dimana Pyramid tersebut juga "dijaga" oleh Sphinx. Bezanya, Sphinx di sini terdiri dari empat unsur; iaitu berkaki singa, berekor lembu, bersayap helang, dan berkepala manusia.

Jika diamati, hujung Pyramid tersebut terdapat siratan cahaya yang mirip dengan Pyramid pada logo uang satu dollar AS. Tiada lain itu adalah simbol all-seeing eye atau eye of providence. Iaitu satu mata yang penglihatannya mencakup segalanya.

Satu mata disinyalir sebagai sebuah simbol Lucifer yang sebahagian lain mengertikannya dengan "antikristus." Dalam Islam, antikristus bererti dajjal, kerana Rasulullah saw. sendiri telah memberitahu bahwa salah satu ciri fizik yang paling menonjol dari dajjal adalah matanya yang buta satu (a'war) dan di jidatnya terdapat tulisan ka-fa-ra.

credited : Satu Umat

Rabu, April 28

~ Luahan Simpati Terhadap Keluarga Aminulrasyid ~


Allahyarham Aminulrasyid Amzah

Saya berasa amat simpati dengan apa yang menimpa keluarga Aminulrasyid Amzah,15 yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis peronda apabila remaja tersebut cuba melarikan diri selepas diarahkan memberhentikan kereta.

Justeru, saya berharap agar semua pihak khususnya keluarga Allahyarham, dan kesemua pencinta kedamaian, dan pencari keadilan agar dapat bersabar dan bertenang sehingga siasatan terhadap kes ini selesai. Dan diharapkan juga tiada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dengan tujuan mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh ini.

Peguam-peguam telah pun dilantik. Dan kes ini mungkin akan dibicarakan di mahkamah mengikut prosiding-prosiding tertentu. Kita serahkan kepada panel peguam untuk menuntut bela terhadap apa yang berlaku kepada keluarga Allahyarham.

Secara jujurnya, saya amat yakin dengan integriti polis yang berjaya mengawal ketenteraman awam selama ini. Justeru, saya memohon dan meminta kerajaan khususnya pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes ini secara terperinci dan telus bagi memastikan hak dan keadilan kepada mereka (keluarga Allahyarham Aminulrasyid).

Pihak bertanggungjawab perlu menyiasat mengapa mangsa melarikan diri dan ingkar dengan arahan polis selain menyiasat rakan mangsa yang keluar dari kenderaan apabila kenderaan tersebut berjaya disekat pihak berkuasa. Pihak bertanggungjawab perlu juga meneliti semula laporan rakan adik Aminulrasyid yang didakwa dipukul oleh anggota polis lain semasa beliau sudah pun menyerah diri.
Report Aminulrasyid
Laporan oleh rakan Allahyarham

Saya yakin, tidak kesemua polis berniat untuk mengkucar-kacirkan keadaan dan keselamatan di Malaysia dengan tindak-tanduk yang mengancam keselamatan setempat. Justeru, saya memohon agar, polis yang terlibat ditahan reman dan dibawa ke pusat pemulihan atau pusat sakit jiwa untuk mengkaji masalah mental, kerasionalan, dan kewarasan diri,.

PDRM sewajarnya menghantar kursus etika dan tatacara menangani jenayah sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya setiap tindakan yang dibuat, adalah tepat mengikut situasi. Maka, tidak terjadilah seorang yang dikatakan sudah berpengalaman, tidak mengikut etika yang betul.

Kepada keluarga adik Aminulrasyid, banyakkan berdoa dan bersabar. Redhalah dengan pemergian beliau, kerana, Allah lebih sayangkan beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat, dan mendapat keberkatan dari Nya. InsyaAllah, saya doakan semuanya berjalan lancar.

YANG BENAR PASTI AKAN BERDIRI, YANG BATIL AKAN TERTUNDUK JUA!

Selasa, April 27

~ Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 2~

Semester 1, Tahun 2.

Alhamdulillah, tahun ini aku dinaik dan dilantik menjadi Naib Yang Di Pertua (NYDP) Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Aminuddin Baki (KAB). Semester ini merupakan semester yang paling mencabar kerana pada semester inilah kami mengikuti kursus Latihan Lapangan 1 dan Teknik Pemetaan yang memaksa kami membuat dan menghasilkan peta setiap minggu, bermula di Taman Pantun, UKM, disudahi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Minggu pertama aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan kerana program yang sudah dirancang sejak pertengahan semester dua tahun 1, iaitu program Delegasi Ke Negeri Di Bawah Bayu. Minggu berikutnya, aku kembali bersama rakan-rakan lain, meneruskan projek menyiapkan peta di Taman Pantun. Pada mulanya, aku digandingkan bersama saudara Ferry Andriadi sebagai pasangan dalam menyiapkan projek menyiapkan peta-peta geologi ini. Namun, mungkin disebabkan tekanan, Ferry meninggalkan aku keseorangan menyiapkan projek-projek ini. Minggu berikutnya, aku cuba membuat peta berseorangan di Sungai Congkak. Malangnya, aku tak berdaya. Mujurlah, ketika itu, saudara Haniff Zaid (Epen), bersama pasangannya, saudara Manan, menerima aku untuk menjadi sebahagian dari kumpulan mereka, tatkala rakan-rakan lain sibuk membuat peta bersama pasangan masing-masing. Terima kasih tak terhingga buat Saudara Epen dan Manan. Semester ini membuatkan aku dan Epen semakin rapat. Dengar lagu dan nyanyi bersama-sama sepanjang perjalanan menuju lokaliti di dalam bas. Makan bersama-sama. Membuat peta bersama-sama. Di Ayer Hitam, kami berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan peta, dan kemudian minum di restoran 24 jam sehingga jam 3 pagi, sebelum sambung meneruskan kerjalapangan pada jam 7 pagi. Saat itu amat bermakna buatku kerana saat itu merupakan detik-detik kami mengenal sejarah, dan latar belakang masing-masing. Terima kasih, Epen.

Aku dan Epen di Port Dickson

Semester ini juga, kami memilih (walaupun sebenarnya dah ditentukan) ketua pengarah untuk dua program yang akan kami lakukan pada semester 2, tahun 2, iaitu Hari Keluarga Geologi, dan Majlis Makan Malam Geologi. Ketua Pengarah bagi Hari Keluarga Geologi ialah Saudara Aimirul Fahmi (Kashi), dan Ketua Pengarah bagi Majlis Makan Malam Geologi, saudara Amirruddin (Amet). Walaupun aku tak diberikan amanat untuk membantu apa-apa, tetapi, aku cuba untuk membantu sedaya upaya, terutamanya program Kashi (antara sahabat baikku di UKM). Aku cuba membantu mencari supplier untuk mencetak baju program bersama ketua ku, Saudara Shafiq. Shafiq yang sebenarnya banyak membuat kerja dari ku. Terima kasih, Shafiq. Alhamdulillah. Program Hari Keluarga berjalan dengan lancar tanpa masalah-masalah major.

Design baju program

Program Amet aku langsung tidak membantu, bahkan bertindak untuk tidak langsung menyertainya. Semuanya atas tindakan rasional ku sendiri, tanpa ada paksaan dan tekanan dari mana-mana pihak. Semasa ini, banyak masalah timbul dan hampir-hampir memecah belahkan batch kita. Alhamdulillah, selepas tindakan segera diambil ; melalui perjumpaan batch, melepaskan apa yang tidak puas hati, apa permasalahan sebenar, menyelesaikan masalah bersama-sama. Segala konflik dalaman dapat diselesaikan. Majlis Makan Malam juga berjalan dengan lancar walaupun tahun ini, junior-junior menyegarkan kembali apa kekurangan Majlis Makan Malam tahun sebelumnya. Tahniah buat semua kerana berjaya melalui saat-saat getir, dan mencabar. Tahniah buat Amet kerana berjaya menyerap tekanan, dan maaf kerana tidak turut serta dalam program anda. Aku ada sebab, dan aku berdiri atas prinsip aku. Maaf sangat-sangat.

Semester ini juga, bilik aku di K5B-222, dimeriahkan oleh saudara Hassan, Zaidul, Josh, Yazid, Shafiq, Waqi. Saat-saat itu dilalui penuh makna. Belajar sama-sama. Main sama-sama. Tidur sama-sama. Walaupun bilikku sangat kecil dan panas,tetapi dengan kehadiran mereka, aku rasa, aku lebih seronok duduk di bilik. Pernah satu masa, bilik yang khasnya untuk kapasiti seorang, dipenuhi oleh 7 orang serentak. Sungguh dan sangat meriah. :) Terima kasih kalian.

Kerjalapangan semester ini dijalankan di bahagian utara, yang mengambil masa selama seminggu, iaitu di sekitar Kedah, Perlis, dan Langkawi. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang kami menjalani kerjalapangan ini. Akan dikupas dan diceritakan kemudian. :)

Sedikit Sedutan Gambar Semasa Kerjalapangan....



Bersambung --> Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 3

~ Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 1 ~

Alhamdulillah. Semester ini merupakan semester terakhir buat kita semua berkumpul bersama-sama. Selepas tiga tahun berlalu, segala pahit manis dilalui bersama, segala kenangan dan memori tercipta dengan kehadiran semua, tohmahan-tohmahan yang dilemparkan di mana kita berjaya menanganinya, saya fikir, kita semua cukup MATANG untuk menerus dan berada di dunia luar, Dunia Pekerjaan yang lebih mencabar.

Bermula dari Semester 1, Tahun 1, walaupun saya lebih rapat dengan Basir, Kashi, Auni, Abduh, Aiman, Waqi, Juwita, dan Rudy. tetapi, saya cuba memahami dan mendekati rakan-rakan lain. Waktu ini, saya masih tidak faham apa-apa. Semangat cintakan kolej lebih tinggi dari mana-mana semangat lain. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan sekretariat di kolej dari bersama-sama kalian. Kelas pun banyak yang tidak hadir dari hadir. Secara jujurnya, saya tidak langsung menghadirkan diri ke Karnival Hari Keluarga, dan Majlis Makan Malam. Semuanya kerana saya tidak kenal rapat dengan kalian. Tetapi, dengan kerjalapangan-kerjalapangan yang dilakukan. Saya semakin rapat dengan kalian. Bermula dengan rakan-rakan yang saya sebut di atas, saya merapati rakan-rakan lain. Saya semakin mengenali Josh, Amet, Samhan, Saleh, Ise, Zul, Lolo. Kenangan bermalam di Hotel ACBE, Kuala Pilah akan saya ingat sampai bila-bila.

Saya dan Josh

Kami di Negeri Sembilan

Lelaki Geologi

Tekun di Lokaliti

Semester 2, Tahun 2. Kenalan-kenalan saya bertambah ramai. Subjek-subjek seperti Mineralogi Optik, Paleontologi, dan Mineral Ekonomi menyebabkan saya lebih banyak menghabiskan masa dengan kalian. Tetapi, waktu itu, saya rapat dengan kelompok kumpulan yang sama waktu amali dengan saya sahaja. Dengan rakan-rakan lain, saya terputus hubungan. Saya akui, di dalam kelas juga saya duduk dengan kelompok kenalan saya sahaja. Saya takut untuk menyapa kalian. Saya takut saya tak diterima menjadi rakan kalian. Semester ini, saudara Azuan kerap datang ke bilik kami (saya dan auni). Kenangan menonton video Jeff Dunham amat menyeronokkan. Video-video itu masih lagi saya simpan hingga kini. Kerjalapangan semester ini dilakukan di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia, dan Pantai Timur. Bermula di Kelantan, kemudian ke Terengganu, dan akhir sekali ke Pahang. Malam menonton Narnia : The Prince Caspian masih segar dalam ingatan saya. Tayangan larut malam itu kami tonton di Berjaya Megamall, Kuantan. Kebanyakan yang membeli tiket untuk menonton pada malam itu lebih banyak tidur dari menonton, kecuali Ise yang fokus menonton filem itu. Terngiang-ngiang lagi reaksi Auni, "Abduh tengok cite tu dua posen je."

Di Penjom Gold Mine

Perjalanan Menuju Lokaliti

Justify FullMovie Pertama Bersama Rakan-rakan

Bersambung --> Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 2
 
blogspot counter