Rabu, April 28

~ Luahan Simpati Terhadap Keluarga Aminulrasyid ~


Allahyarham Aminulrasyid Amzah

Saya berasa amat simpati dengan apa yang menimpa keluarga Aminulrasyid Amzah,15 yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis peronda apabila remaja tersebut cuba melarikan diri selepas diarahkan memberhentikan kereta.

Justeru, saya berharap agar semua pihak khususnya keluarga Allahyarham, dan kesemua pencinta kedamaian, dan pencari keadilan agar dapat bersabar dan bertenang sehingga siasatan terhadap kes ini selesai. Dan diharapkan juga tiada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini dengan tujuan mengeruhkan keadaan yang sudah sedia keruh ini.

Peguam-peguam telah pun dilantik. Dan kes ini mungkin akan dibicarakan di mahkamah mengikut prosiding-prosiding tertentu. Kita serahkan kepada panel peguam untuk menuntut bela terhadap apa yang berlaku kepada keluarga Allahyarham.

Secara jujurnya, saya amat yakin dengan integriti polis yang berjaya mengawal ketenteraman awam selama ini. Justeru, saya memohon dan meminta kerajaan khususnya pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes ini secara terperinci dan telus bagi memastikan hak dan keadilan kepada mereka (keluarga Allahyarham Aminulrasyid).

Pihak bertanggungjawab perlu menyiasat mengapa mangsa melarikan diri dan ingkar dengan arahan polis selain menyiasat rakan mangsa yang keluar dari kenderaan apabila kenderaan tersebut berjaya disekat pihak berkuasa. Pihak bertanggungjawab perlu juga meneliti semula laporan rakan adik Aminulrasyid yang didakwa dipukul oleh anggota polis lain semasa beliau sudah pun menyerah diri.
Report Aminulrasyid
Laporan oleh rakan Allahyarham

Saya yakin, tidak kesemua polis berniat untuk mengkucar-kacirkan keadaan dan keselamatan di Malaysia dengan tindak-tanduk yang mengancam keselamatan setempat. Justeru, saya memohon agar, polis yang terlibat ditahan reman dan dibawa ke pusat pemulihan atau pusat sakit jiwa untuk mengkaji masalah mental, kerasionalan, dan kewarasan diri,.

PDRM sewajarnya menghantar kursus etika dan tatacara menangani jenayah sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya setiap tindakan yang dibuat, adalah tepat mengikut situasi. Maka, tidak terjadilah seorang yang dikatakan sudah berpengalaman, tidak mengikut etika yang betul.

Kepada keluarga adik Aminulrasyid, banyakkan berdoa dan bersabar. Redhalah dengan pemergian beliau, kerana, Allah lebih sayangkan beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat, dan mendapat keberkatan dari Nya. InsyaAllah, saya doakan semuanya berjalan lancar.

YANG BENAR PASTI AKAN BERDIRI, YANG BATIL AKAN TERTUNDUK JUA!

2 Comments:

Rafi Harumin berkata...

keadilan mengiringi Allahyarham.. ameen Ya Robb..

Unknown berkata...

ashrafi : insyaAllah. mudah-mudahan pemergiannya mendapat rahmat dan belas ihsan dariNya. :)

 
blogspot counter