Selasa, April 27

~ Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 2~

Semester 1, Tahun 2.

Alhamdulillah, tahun ini aku dinaik dan dilantik menjadi Naib Yang Di Pertua (NYDP) Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kolej Aminuddin Baki (KAB). Semester ini merupakan semester yang paling mencabar kerana pada semester inilah kami mengikuti kursus Latihan Lapangan 1 dan Teknik Pemetaan yang memaksa kami membuat dan menghasilkan peta setiap minggu, bermula di Taman Pantun, UKM, disudahi di Port Dickson, Negeri Sembilan. Minggu pertama aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan kerana program yang sudah dirancang sejak pertengahan semester dua tahun 1, iaitu program Delegasi Ke Negeri Di Bawah Bayu. Minggu berikutnya, aku kembali bersama rakan-rakan lain, meneruskan projek menyiapkan peta di Taman Pantun. Pada mulanya, aku digandingkan bersama saudara Ferry Andriadi sebagai pasangan dalam menyiapkan projek menyiapkan peta-peta geologi ini. Namun, mungkin disebabkan tekanan, Ferry meninggalkan aku keseorangan menyiapkan projek-projek ini. Minggu berikutnya, aku cuba membuat peta berseorangan di Sungai Congkak. Malangnya, aku tak berdaya. Mujurlah, ketika itu, saudara Haniff Zaid (Epen), bersama pasangannya, saudara Manan, menerima aku untuk menjadi sebahagian dari kumpulan mereka, tatkala rakan-rakan lain sibuk membuat peta bersama pasangan masing-masing. Terima kasih tak terhingga buat Saudara Epen dan Manan. Semester ini membuatkan aku dan Epen semakin rapat. Dengar lagu dan nyanyi bersama-sama sepanjang perjalanan menuju lokaliti di dalam bas. Makan bersama-sama. Membuat peta bersama-sama. Di Ayer Hitam, kami berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan peta, dan kemudian minum di restoran 24 jam sehingga jam 3 pagi, sebelum sambung meneruskan kerjalapangan pada jam 7 pagi. Saat itu amat bermakna buatku kerana saat itu merupakan detik-detik kami mengenal sejarah, dan latar belakang masing-masing. Terima kasih, Epen.

Aku dan Epen di Port Dickson

Semester ini juga, kami memilih (walaupun sebenarnya dah ditentukan) ketua pengarah untuk dua program yang akan kami lakukan pada semester 2, tahun 2, iaitu Hari Keluarga Geologi, dan Majlis Makan Malam Geologi. Ketua Pengarah bagi Hari Keluarga Geologi ialah Saudara Aimirul Fahmi (Kashi), dan Ketua Pengarah bagi Majlis Makan Malam Geologi, saudara Amirruddin (Amet). Walaupun aku tak diberikan amanat untuk membantu apa-apa, tetapi, aku cuba untuk membantu sedaya upaya, terutamanya program Kashi (antara sahabat baikku di UKM). Aku cuba membantu mencari supplier untuk mencetak baju program bersama ketua ku, Saudara Shafiq. Shafiq yang sebenarnya banyak membuat kerja dari ku. Terima kasih, Shafiq. Alhamdulillah. Program Hari Keluarga berjalan dengan lancar tanpa masalah-masalah major.

Design baju program

Program Amet aku langsung tidak membantu, bahkan bertindak untuk tidak langsung menyertainya. Semuanya atas tindakan rasional ku sendiri, tanpa ada paksaan dan tekanan dari mana-mana pihak. Semasa ini, banyak masalah timbul dan hampir-hampir memecah belahkan batch kita. Alhamdulillah, selepas tindakan segera diambil ; melalui perjumpaan batch, melepaskan apa yang tidak puas hati, apa permasalahan sebenar, menyelesaikan masalah bersama-sama. Segala konflik dalaman dapat diselesaikan. Majlis Makan Malam juga berjalan dengan lancar walaupun tahun ini, junior-junior menyegarkan kembali apa kekurangan Majlis Makan Malam tahun sebelumnya. Tahniah buat semua kerana berjaya melalui saat-saat getir, dan mencabar. Tahniah buat Amet kerana berjaya menyerap tekanan, dan maaf kerana tidak turut serta dalam program anda. Aku ada sebab, dan aku berdiri atas prinsip aku. Maaf sangat-sangat.

Semester ini juga, bilik aku di K5B-222, dimeriahkan oleh saudara Hassan, Zaidul, Josh, Yazid, Shafiq, Waqi. Saat-saat itu dilalui penuh makna. Belajar sama-sama. Main sama-sama. Tidur sama-sama. Walaupun bilikku sangat kecil dan panas,tetapi dengan kehadiran mereka, aku rasa, aku lebih seronok duduk di bilik. Pernah satu masa, bilik yang khasnya untuk kapasiti seorang, dipenuhi oleh 7 orang serentak. Sungguh dan sangat meriah. :) Terima kasih kalian.

Kerjalapangan semester ini dijalankan di bahagian utara, yang mengambil masa selama seminggu, iaitu di sekitar Kedah, Perlis, dan Langkawi. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang kami menjalani kerjalapangan ini. Akan dikupas dan diceritakan kemudian. :)

Sedikit Sedutan Gambar Semasa Kerjalapangan....



Bersambung --> Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 3

0 Comments:

 
blogspot counter