Khamis, April 22

~ Latar Belakang Si Laknatullah : Tony Blair ~

Nama penuh si laknatullah ini adalah Anthony Charles Lynton Blair dilahirkan pada 6 May 1953. Dia merupakan ahli politik Buruh British (British Labour) yang kemudiannya menjawat jawatan Perdana Menteri United Kingdom sejak 2 May 1997-27 Jun 2007 (10 tahun). Dia merupakan ahli Parlimen Sedgefield dari tahun 1983-2007 (24 tahun) dan pemimpin Parti Buruh (Labour Party) dari tahun 1994-2007 (13 tahun). Dia melepaskan semua jawatan secara serentak pada Jun 2007.


Si laknatullah Tony Blair ini ditabal menjadi pemimpin Parti Buruh semasa pilihanraya kepimpinan yang berlangsung pada Julai 1994, selepas kematian mengejut penyandang sebelumnya, John Smith. Di bawah kekuasaan dan pemerintahannya, parti ini telah menggunakan istilah "New Labour" dan terus bergerak menuju cita-cita untuk menakluk negara. Tony Blair berjaya memimpin Parti Buruh mencipta kemenangan semasa Pilihanraya Umum 1997. Setahun pemerintahan Kerajaan "New Labour" ini, Tony Blair mengimplementasi manifesto-manifestonya, termasuk memperkenalkan :

  • Gaji minimum
  • Akta Hak Asasi Manusia dan Akta Kebebasan Bersuara,
Selain itu, tindakannya yang tidak termasuk dalam manifesto, termasuklah, tindakan memberi kuasa untuk mengawal kadar faedah kepada Bank Of England, dan memperkenalkan yuran tuisyen Universiti.

Peranan Tony Blair sebagai Perdana Menteri dilihat terutamanya berkaitan dengan polisi-polisi dan dasar negara asing, dan keselamatan, termasuklah Ireland Utara di mana, dia terlibat dengan Perjanjian Good Friday, pada tahun 1998. Semenjak bermulanya War On Terror pada tahun 2001, si laknatullah ini menyokong sepenuhnya dasar luar negara Amerika Syarikat, di mana, dia terlibat dan menyertai pencerobohan Afghanistan pada tahun 2001, dan pencerobohon Iraq pada tahun 2003. Enam tahun pertama, Tony Blair, mengarahkan tentera-tentera British berperang sebanyak lima kali ; jauh lebih banyak dari Perdana Menteri lain dalam sejarah British.

Tony Blair merupakan Perdana Menteri terlama dalam Parti Buruh, dan satu-satunya individu yang memimpin Parti Buruh memenangi Pilihanraya Umum tiga kali berturut-turut, dan satu-satunya Perdana Menteri Parti Buruh yang berkhidmat untuk ketiga-tiga penggal, dan salah seorang dari pemimpin yang berkhidmat sekurang-kurangnya empat tahun. Semasa hari perletak jawatannya sebagai Perdana Menteri, Tony Blair telah dilantik menjadi Utusan Rasmi Kuartet ke Timur Tengah, mewakili Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Russia.

Kini, setelah lama mencurahkan bakti menyeksa dan mencabul hak-hak negara-negara Islam, seperti Iraq dan Afghanistan, si Laknatullah Tony Blair ini ingin mencabul kehormatan negara Malaysia tercinta ini melalui syarahan nya di National Achieves Congress 2010 di Sunway Piramid Convention Centre, Petaling Jaya, melalui syarikat Success Resources pada 24 April 2010.

Justeru, saya dengan penuh semangat, menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan yang langsung ditolak sepenuhnya oleh masyarakat, terutamanya masyarakat Islam. Saya juga ingin memohon campurtangan pihak kerajaan untuk menghenti dan memaksa agar Kongres ini dibatalkan, atau paling tidak, penceramah nya ditukar. Bukan Tony Blair sahaja yang berjaya, ramai lagi tokoh-tokoh yang berjaya. Di Malaysia, kita ada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari untuk menceritakan pengalaman, susah senang, untuk bangkit, mencipta kejayaan.


TOLAK TONY BLAIR! TOLAK BUSH! TOLAK ISRAEL DAN ZIONIS!

0 Comments:

 
blogspot counter