Sabtu, April 10

~NEGERI SEMBILAN Vs. KEDAH ~




Baru selesai menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di antara Negeri Sembilan menentang Kedah di Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM 1). Corak perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini sedikit hambar walaupun banyak gerakan-gerakan cantik dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Perlawanan ini disudahi dengan kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan selepas menundukkan Kedah melalui sepakan penalti 5-4. Perlawanan penuh masa di antara kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan 1-1.

Gol-gol penalti Negeri Sembilan dijaringkan oleh, Norizam, Aidil Zafuan, Kunalan, Shukor Adan, dan Rezal. Dan gol-gol penalti Kedah dijaringkan oleh Shahrulnizam, Baddrol Bakhtiar, Azmi, dan Amiruddin.

Malang buat Kedah apabila sepakan penalti ke-6 diambil oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza tinggi melepasi palang gol. Sebelum Rezal yang menjaringkan gol penyamaan, menewaskan Helmi Eliza buat kali kedua.

Walau apa pun, kedua-dua pasukan telah mempersembahkan prestasi terbaik. Menang kalah adat pertandingan. Jangan kecewa dan berputus asa. Teruskan dengan prestasi yang cemerlang dan konsisten.

Buat semua penyokong, teruskan menyokong permainan bola sepak Malaysia. Tanpa kita, hala tuju bola sepak Malaysia, tidak tahu akan ke mana.


0 Comments:

 
blogspot counter