Selasa, April 27

~ Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 1 ~

Alhamdulillah. Semester ini merupakan semester terakhir buat kita semua berkumpul bersama-sama. Selepas tiga tahun berlalu, segala pahit manis dilalui bersama, segala kenangan dan memori tercipta dengan kehadiran semua, tohmahan-tohmahan yang dilemparkan di mana kita berjaya menanganinya, saya fikir, kita semua cukup MATANG untuk menerus dan berada di dunia luar, Dunia Pekerjaan yang lebih mencabar.

Bermula dari Semester 1, Tahun 1, walaupun saya lebih rapat dengan Basir, Kashi, Auni, Abduh, Aiman, Waqi, Juwita, dan Rudy. tetapi, saya cuba memahami dan mendekati rakan-rakan lain. Waktu ini, saya masih tidak faham apa-apa. Semangat cintakan kolej lebih tinggi dari mana-mana semangat lain. Saya lebih banyak menghabiskan masa dengan sekretariat di kolej dari bersama-sama kalian. Kelas pun banyak yang tidak hadir dari hadir. Secara jujurnya, saya tidak langsung menghadirkan diri ke Karnival Hari Keluarga, dan Majlis Makan Malam. Semuanya kerana saya tidak kenal rapat dengan kalian. Tetapi, dengan kerjalapangan-kerjalapangan yang dilakukan. Saya semakin rapat dengan kalian. Bermula dengan rakan-rakan yang saya sebut di atas, saya merapati rakan-rakan lain. Saya semakin mengenali Josh, Amet, Samhan, Saleh, Ise, Zul, Lolo. Kenangan bermalam di Hotel ACBE, Kuala Pilah akan saya ingat sampai bila-bila.

Saya dan Josh

Kami di Negeri Sembilan

Lelaki Geologi

Tekun di Lokaliti

Semester 2, Tahun 2. Kenalan-kenalan saya bertambah ramai. Subjek-subjek seperti Mineralogi Optik, Paleontologi, dan Mineral Ekonomi menyebabkan saya lebih banyak menghabiskan masa dengan kalian. Tetapi, waktu itu, saya rapat dengan kelompok kumpulan yang sama waktu amali dengan saya sahaja. Dengan rakan-rakan lain, saya terputus hubungan. Saya akui, di dalam kelas juga saya duduk dengan kelompok kenalan saya sahaja. Saya takut untuk menyapa kalian. Saya takut saya tak diterima menjadi rakan kalian. Semester ini, saudara Azuan kerap datang ke bilik kami (saya dan auni). Kenangan menonton video Jeff Dunham amat menyeronokkan. Video-video itu masih lagi saya simpan hingga kini. Kerjalapangan semester ini dilakukan di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia, dan Pantai Timur. Bermula di Kelantan, kemudian ke Terengganu, dan akhir sekali ke Pahang. Malam menonton Narnia : The Prince Caspian masih segar dalam ingatan saya. Tayangan larut malam itu kami tonton di Berjaya Megamall, Kuantan. Kebanyakan yang membeli tiket untuk menonton pada malam itu lebih banyak tidur dari menonton, kecuali Ise yang fokus menonton filem itu. Terngiang-ngiang lagi reaksi Auni, "Abduh tengok cite tu dua posen je."

Di Penjom Gold Mine

Perjalanan Menuju Lokaliti

Justify FullMovie Pertama Bersama Rakan-rakan

Bersambung --> Perjuangan Yang Tidak Akan Berakhir : Part 2

0 Comments:

 
blogspot counter